bertidak | mengatakan tidak, menafikan: anaknya meratap dan ~ akan tuduhan-tuduhan itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beralasan | mempunyai alasan, ada asasnya, berdasarkan alasan, berasas: ia tersenyum, kerana leteran emaknya itu ~ kesihatan; tuduhan-tuduhan yg tidak ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengalaskan | 1. menjadikan (meletakkan sbg) alas: ~ sehelai tikar di bawah meja; 2. mengasaskan (mendasarkan) pd: ~ tuduhan-tuduhan pd cakap orang sahaja; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meneutralkan | 1. menjadikan neutral (tidak berpihak ke mana-mana), menjadikan berkecuali: ~ bandar Baitulmuqaddis; 2. ki menjadikan tidak berbahaya atau berbisa (racun dll), menawarkan, melunturkan (bisa dll): ~ tuduhan-tuduhan lawan; 3. (Kim) menjadikan larutan neutral (dgn menambahkan asid pd larutan berbes dan menambahkan bes kpd larutan berasid); 4. (Fiz) menjadikan sesuatu (zarah dll) tidak bercas; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memberatkan | 1 menyebabkan menjadi berat; menaruh sesuatu sehingga menjadi berat: Ia ~ tali kailnya dgn timah. 2 menjadikan sesuatu tuduhan lebih kuat; menguatkan tuduhan: Saksi pihak pendakwa ~ tuduhan terhadapnya dgn memberikan beberapa keterangan. 3 menganggap lebih penting; mementingkan: Ia ~ soal parti drpd urusan rumah tangganya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
melekat | sah (tuduhan dll), berlaku: tuduhan membunuh yg dimajukan ke atasnya tidak ~ dan beliau dibebaskan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tohmah | = tohmahan tuduhan yg berdasarkan syak wasangka, tuduhan yg melulu: dia tidak terlepas drpd ~ mereka; mentohmah membuat tuduhan yg melulu: Siti Haida menceritakan bahawa dlm masa menjanda dirinya pernah ditohmah dan difitnah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memberatkan | 1. menyebabkan menjadi berat; menaruh sesuatu sehingga menjadi berat:Ia ~ tali kailnya dgn timah. 2. menjadikan sesuatu tuduhan lebih kuat; menguatkan tuduhan: Saksi pihak pendakwa ~ tuduhan terhadapnya dgn memberikan beberapa keterangan. 3. menganggap lebih penting; mementingkan: Ia ~ soal parti drpd urusan rumah tangganya. | Kamus Pelajar |
dakwa | aduan (tuntutan, tuduhan) yg dikemukakan di mahkamah; kena ~ dituntut (dituduh) dlm perkara; ~-dakwi berbagai-bagai aduan (tuntutan, tuduhan); berdakwa sl 1. sedang dlm pembicaraan, berbicara: maka Naina Sura Dewana pun ~ dgn Raja Mendaliar; 2. sedang dlm urusan perkara (sedang dituntut hakim dll), sedang menghadapi tuntutan (tuduhan), berperkara: kerana sebab ~ ini tuan hamba mengupah hamba; mendakwa 1. mengemukakan tuduhan (aduan, tuntutan) terhadap seseorang dll ke mahkamah (utk pengadilan), mengemukakan (seseorang dll yg dituduh) di mahkamah (utk dibicarakan): sesiapa sahaja yg melanggar undang-undang negara boleh didakwa di mahkamah; 2. mengatakan atau mengemukakan sesuatu sbg satu kenyataan atau kebenaran, mengaku: orang Quraisy ~ agama merekalah yg benar; mereka ~ telah melihat beberapa orang awam ditembak mati oleh pemberontak itu; mendakwai menuntut (hak dll); mendakwakan menuntut (sesuatu), menuduhkan; terdakwa orang atau pihak yg didakwa (dituntut mahkamah); dakwaan 1. tuduhan (tuntutan, aduan) yg dikemukakan utk diadili (di mahkamah): sesuatu ~ terhadap perbuatan jenayah dimajukan oleh Jabatan Peguam Negara atau pihak polis; 2. sesuatu yg dikatakan (dikemukakan dsb) supaya diterima sbg satu kenyataan atau kebenaran: beliau membuat ~ tentang kemenangan pasukan tenteranya itu dlm satu sidang akhbar; pendakwaan perbuatan mendakwa, pengemukaan (penyampaian) sesuatu dakwaan (tuduhan): Inspektor Ali telah melakukan ~ terhadap Busu; pendakwa (orang, pihak) yg mendakwa: pihak ~ dijangka akan memanggil lebih drpd 20 orang saksi; ~ raya pegawai yg mendakwa bagi pihak kerajaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tuduhan | apa-apa yg dikatakan utk menuduh; dakwaan: Semua ~nya tidak benar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |