tugas II | ark; menugas menuduh tanpa sebarang bukti yg nyata: dituduh akan dia kafir dan ditugas ia mencabul segala gundik ayahnya; tukas I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tukasan | dakwaan yg tidak beralasan; tugas II. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tukas I | ; menukas, menukasi mendakwa tanpa bukti yg cukup, menuduh sembarangan; tukasan dakwaan yg tidak beralasan; tugas II. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dah II | tugas, dinas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
komisi II | IB 1. badan utk tugas (kajian, siasatan, dsb) tertentu, suruhanjaya; 2. = pergi ~ pergi ke sesuatu tempat utk menyiasat (menyelidiki) sesuatu perkara; 3. = barang ~ barang orang lain yg atau utk dijualkan dgn mendapat upah (komisen); menjual ~ menjual barang orang dgn menerima upah (komisen); 4. = wang ~ (bayaran) yg diterima sbg upah menjualkan barang orang: lebih banyak barang yg laku, lebih besar ~ yg diperoleh; mengomisi menyelidiki, memeriksa, menyiasat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pos II | 1. pondok atau tempat polis (tentera dll) berjaga: si Amat masih menjaga ~nya; 2. jawatan atau kedudukan orang yg menjalankan tugas (pegawai dll); 3. Id rumah atau tempat orang menjaga (mengawasi) gunung berapi dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tunggak II | ; menunggak 1 belum membayar hutang, ansuran dll. 2 tidak menyudahkan pekerjaan; masih ada pekerjaan yg belum siap. tertunggak masih belum dijelaskan, dilunaskan, dibereskan dsb (bkn bayaran, hutang, tugas dsb): Bayaran pinjamannya masih banyak yg ~. Pihaknya cuba menyelesaikan kes yg ~ sejak beberapa tahun kebelakangan ini. tunggakan 1 hutang, ansuran dll yg masih belum dijelaskan. 2 sisa pekerjaan yg masih belum diselesaikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
olah II | ; mengolah mengerjakan sehingga menjadi sesuatu yg lain (yg dapat digunakan, lebih sempurna, dll): getah dan bijih yg dikeluarkan di negeri ini dihantar keluar utk diolah; cerpen yg diolah drpd perbendaharaan lama; ~ bahan mentah mengerjakan bahan-bahan mentah supaya menjadi barang yg boleh digunakan dll; ~ tanah mengerjakan tanah utk ditanami; olahan cara mengolah atau diolah: dgn itu susunan dan ~nya amat penting, agar dapat bahasa itu menjalankan tugas-tugasnya; pengolahan perihal (usaha, perbuatan, dsb) mengolah: Belanda memasuki perkebunan itu dan menjalankan tugas ~ kelapa sawit; kejayaan cerita ini ialah kerana keberanian pengarangnya dan ~nya yg segar; pengolah orang yg mengolah, alat utk mengolah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
canggih II | 1. moden dan kompleks (alat), sofistikated: walau bagaimanapun ~ peralatan yg dipunyai oleh sesuatu badan, selagi yg mengerjakannya tidak menguasai bidang yg mahu diusahakan, maka selagi itulah timbul kesalahan; 2. hebat, menarik, moden (bangunan, pakaian, dll): Liyana kelihatan begitu ~; 3. tugas dgn berkesan, sesuai dgn perkembangan masa: wanita ~; mencanggihkan menjadikan seseorang atau sesuatu (teknologi, peralatan, pakaian, dll) canggih; kecanggihan perihal (sifat, keadaan, dsb) canggih: ~ senjata-senjata moden sangat dikagumi oleh banyak pihak; pencanggihan perbuatan mencanggihkan sesuatu: peluasan dan ~ jurnalisme berbahasa Melayu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
paruh II | ; separuh salah satu bahagian drpd sesuatu yg dibahagi dua; setengah: ~ drpd hartanya dibagikan kpd anaknya. ~ akhir pusingan atau perlawanan paling hampir ke peringkat akhir (bkn pertandingan bola sepak, badminton dsb). ~ mahir belum cukup mahir atau belum terlatih sepenuhnya utk melakukan sesuatu pekerjaan atau tugas khusus. ~ mati hampir hendak mati; setengah mati. ~ sedar tidak sedar sepenuhnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |