telahan | sesuatu yg ditelah, agakan, dugaan: Tuk Guru membuat ~ berkenaan nasib Tengku Long; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beribarat | 1. mengandungi ibarat: dia gemar benar membaca cerita-cerita yg ~; 2. memberi pengajaran (petunjuk) dgn menggunakan ibarat: Tuk guru itu selalu ~ pd masa dia mengajar agama; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
telah II | menelah mengatakan apa-apa yg akan terjadi, menenung, menilik, meramalĀkan: tidak dapat dia ~ apa yg akan terjadi pd dirinya; telahan sesuatu yg ditelah, agakan, dugaan: Tuk Guru membuat ~ berkenaan nasib Tengku Long; penelahan perihal (perbuatan dsb) menelah, penenungan, ramalan; penelah orang yg menelah, tukang ramal, penenung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ibarat | 1. umpama, seperti, misal: agama itu ~ suatu suluh bagi menunjukkan jalan yg lurus dan selamat; 2. contoh yg baik yg terkandung dlm sesuatu cerita (perumpamaan dll), pengajaran, teladan: ambillah ~ drpd cerita itu; cerita ~ cerita yg mengandungi pengajarĀan; 3. cerita (pantun, sajak, dll) yg dijadikan perbandingan atau kiasan (bagi mengatakan sesuatu maksud); kias ~ bahasa berbunga-bunga yg mempunyai erti dua lapis serta dalam maksudnya; beribarat 1. mengandungi ibarat: dia gemar benar membaca cerita-cerita yg ~; 2. memberi pengajaran (petunjuk) dgn menggunakan ibarat: Tuk guru itu selalu ~ pd masa dia mengajar agama; mengibaratkan 1. mengumpamakan, menyamakan, membandingkan (sesuatu benda dgn yg lain): pd manusia spt inilah dapat diibaratkan pepatah: bercerai hidup umpat-umpatan, bercerai mati puji-pujian; 2. menganggap: dia ~ buku sbg temannya pd waktu lapang; 3. mengatakan sesuatu (selalunya yg berupa nasihat) dgn berbagai-bagai kiasan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |