tuli-tuli | sj tali (drpd benang sutera, emas, perak, rotan, dll) utk melekatkan sarung keris pd tali pinggang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
batir-batir | perhiasan pd tuli-tuli keris yg dibuat drpd emas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
torek | (torék) 1. sj penyakit telinga bernanah yg baunya busuk dan boleh mengakibatkan tuli; 2. tuli; tolek. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bisu | tidak dapat bercakap (kerana rosak alat pertuturan atau kerana tuli sejak lahir), kelu, gagu; ~ tuli bisu dan tuli; filem ~ filem yg tidak bersuara; bagai si ~ berasian, terasa ada terkatakan tidak prb tidak dapat mengatakan sesuatu walaupun tahu; yg ~ penggera (penghalau) ayam prb seseorang itu bagaimanapun bodoh atau lemahnya ada juga gunanya;berbisu berdiam diri, tidak mahu bercakap;membisu berdiam diri, tidak mahu bercakap, tidak memberi khabar: ia diam ~;kebisuan 1. keadaan bisu: ~nya berpunca drpd kerosakan organ pertuturannya; 2. keadaan sunyi sepi kerana orang-orang yg berada di sesuatu tempat itu membisu: dlm ~ itu, aku mulai berasa hairan dan bingung;pembisuan perihal (sikap) membisu: ~ orang-orangnya ditafsirkan sbg satu persetujuan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bisu tuli | bisu dan tuli; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tuli | tidak dapat mendengar (kerana rosak alat pendengaran), pekak; ~ sebelah tidak dapat mendengar dgn sebelah telinga; buta ~ tidak mempedulikan sesuatu apa; menulikan = ~ telinga 1. menyebabkan jadi tuli (kerana terlalu kuat bunyinya dll), memekakkan: teriakan penjaja itu ~ telinga; 2. membuat tuli (dgn sengaja), berpura-pura tuli (kerana tidak mahu mendengar dll); ketulian perihal tuli, kepekakan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tuli | menulikan menyebabkan menjadi tuli (kerana terlalu kuat bunyinya); memekakkan: ~ telinga berpura-pura tidak mendengar; membuat tuli. | Kamus Pelajar |
bisu | tidak dpt berkata-kata kerana rosak alat pengucapannya atau kerana tuli sejak lahir; kelu. ~ tuli tidak dpt berkata serta tidak dpt mendengar. membisu sengaja tidak mahu berkata-kata; sengaja mendiamkan diri: Pemimpin itu memandang tepat pd orang-orang yg sedang ~ di hadapannya. kebisuan hal atau keadaan bisu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menulikan | = ~ telinga 1. menyebabkan jadi tuli (kerana terlalu kuat bunyinya dll), memekakkan: teriakan penjaja itu ~ telinga; 2. membuat tuli (dgn sengaja), berpura-pura tuli (kerana tidak mahu mendengar dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tuli | tidak dpt mendengar kerana alat pendengarannya rosak; pekak: buta ~ tidak mengendahkan sesuatu apa pun. menulikan menyebabkan menjadi tuli (kerana terlalu kuat bunyinya); memekakkan: ~ telinga berpura-pura tidak mendengar; membuat tuli. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |