lurus akal | tulus hati; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
safi | Ar bersih, murni, suci, tulus hati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lurus hati | tulus hati; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
curang I | 1. tidak jujur, tidak lurus (tulus) hati: orang-orang yg munafik senantiasa berhati ~; 2. tidak setia (khianat) kpd suami (isteri, tunangan dsb) dgn menjalin hubungan cinta dsb dgn orang lain; mencurangi 1. menipu, membohongi, mengakali; 2. berlaku tidak setia kpd (suami, isteri dsb): dia ~ gadis itu; kecurangan keadaan curang, ketidakjujuran: ~ pegawai itu dapat diketahui oleh Jabatan Penyiasat Kecurangan; saya mempunyai bukti yg kukuh mengenai ~ suami saya itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tulus hati | lurus hati, ikhlas, jujur, terus terang: dgn rasa ~ ikhlas ia menyambut panggilan orang itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tulus hati (ikhlas) | lurus hati; tidak ada tipu muslihat; jujur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tulus, = ~ hati (ikhlas) | lurus hati; tidak ada tipu muslihat; jujur. | Kamus Pelajar |
tulus, = ~ hati (ikhlas) | ketulusan; ~ hati kebersihan dan kejujuran hati. | Kamus Pelajar |
tulus | = ~ hati = ~ ikhlas lurus hati, ikhlas, jujur, terus terang: dgn rasa ~ ikhlas ia menyambut panggilan orang itu; menuluskan menjadikan tulus (bersih, suci), membersihkan (niat dll): hendaklah tuluskan hatimu pd berbuat kebaikan kpd Allah; ketulusan perihal tulus; ~ hati kebersihan dan kesucian hati, kejujuran: manusia telah mensia-siakan kejujuran dan ~ hatinya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lurus | 1. tidak bengkok, lempang: garis yg ~; keris bermata ~; 2. tegak betul: berdiri ~; garis yg tegak ~; 3. benar, jujur: ia menjawab dgn ~; ia seorang hulubalang yg gagah berani serta ~ dan setia kpd tuannya; 4. tidak bersalahan, tepat benar, betul: terjemahan ~; ~ hati = ~ akal tulus hati; ~ tabung terlalu jujur; terlampau ~, kurus, terlampau cerdik, terkedek prb hendaklah pandai-pandai berlaku atau membawa diri dlm pergaulan (jangan terlalu jujur dan jangan terlalu cerdik); selurusnya sebenarnya, sebetulnya; berselurus membuat sesuatu dgn jujur, berlaku lurus; selurusan berhadapan betul, setentang; melurus menjadi lurus: apabila kapal itu menjunam ke hadapan atau ke belakang, jarum kompas akan ~ balik; meluruskan menjadikan lurus (lempang, tegak, dll): ia ~ kakinya; ia pun membongkok akan membaiki dan ~ tegak rumpun padi; kelurusan 1. perihal lurus (lempang, tegak, dll); 2. perihal lurus (benar, jujur), kejujuran: ia dapat menunjukkan kecekapannya dan ~ hatinya; pelurusan perihal (proses) meluruskan sesuatu: projek ~ jalan itu; pelurus alat utk meluruskan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |