Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tum.buh] | تومبوه

Definisi : 1. hidup dan menjadi bertambah besar atau sempurna (benih, pokok, rambut, dll): anak kelapa sudah mulai ~; janggutnya ~ panjang; 2. menjadi besar (tubuh badan dll), sedang naik: perempuan muda yg sedang ~; 3. terbit, terjadi, timbul (perkara): jika ~ satu-satu hal, aku tidak tahu, aku tidak mahu bertanggungjawab lagi; ~ di tanah yg gembur prb anak gadis yg kaya ibunya; di mana ~ di situ disiang prb jika telah terjadi sesuatu perkara atau perselisihan barulah diperiksa (diselesaikan); kerambil ~ di matanya prb a) perempuan muda yg elok rupa parasnya dan kaya pula; b) pembesar negeri yg cerdik lagi berada; tak ~ tak melata prb orang mengatakan tentang sesuatu perkara itu tentulah ada sebabnya; bertumbuh hidup, tumbuh: pokok labu air itu ~ menjalar ke sana ke mari; menumbuhi tumbuh (hidup) di: orang yg darahnya kotor selalu ditumbuhi jerawat; menumbuhkan 1. menjadikan tumbuh, menjadikan berkecambah: baja ini gunanya utk ~ benih semaian itu dgn cepat; 2. menjaga atau memelihara supaya tumbuh (hidup, berkembang, dll) dgn sempurna, memperbesar, memperkembang: tidaklah lebih menguntungkan bagi Filipina utk pindah kpd bahasa Melayu-Indonesia drpd ~ bahasa Filipina itu; 3. mendatangkan (menimbulkan, menerbitkan) sesuatu perasaan (perselisihan dll): pertentangan mata antara gadis dgn pemuda itu akhirnya ~ kasih sayang yg tiada taranya; tumbuhan 1. sesuatu yg tumbuh (berkecam­bah, hidup, dll); 2. = tumbuh-tumbuhan segala yg hidup dan berbatang (berakar, berdahan, berdaun, dll), pokok: paku-pakis mempunyai beberapa sifat yg sama dgn tumbuh-tumbuhan berbunga; 3. Jk sj bisul dlm daging; ~ dwimusim (Bio) tumbuhan yg menamatkan kitar hidupnya dlm dua musim, spt kubis dan lobak merah; ~ saka (Bio) tumbuhan yg hidup lebih drpd dua tahun (biasanya berbatang keras, berbunga serta berbuah pd setiap musim), mis pokok jati; ~ semusim (Bio) tumbuhan yg menyempurnakan keseluruhan kitar hidup-nya dlm satu musim tanaman (satu tahun), mis padi, jagung; ketumbuhan 1. ditumbuhi oleh: halaman rumah yg dahulunya dijagai dan ditanami bunga, sekarang ~ lalang; 2. penyakit kulit (yg mudah berjangkit), cacar; jenis-jenisnya: ~ bungkus, ~ jagung, ~ jintan, ~ ketumbar, dll; 3. (Ubat) tisu yg membesar atau mem­bengkak secara tidak normal, mis tumor; 4. = tumbuhan Jk sj bisul dlm daging; pertumbuhan perihal tumbuh, perkem-bangan: pokok yg tidak cukup baja dan air akan terbantut ~nya; penumbuhan perihal menumbuhkan: jaminan itu tidak akan bererti kalau usaha ~ bahasa itu sendiri tidak berjalan dgn sewajarnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tum.buh] | تومبوه

Definisi : ; ~ kelapa = ~ nyiur sj tumbuhan (pokok), Arthrophyllum diversifolium. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tum.buh] | تومبوه

Definisi : 1 hidup dan bertambah besar (ttg benih, pokok dll). 2 menjadi besar ttg tubuh dsb); membesar. 3 timbul dan bertambah sempurna (ttg bahagian tubuh spt gigi, rambut). 4 timbul atau terbit sesuatu hal: Jika ~ sesuatu perkara, beritahu saya. menumbuhi tumbuh di: Kulitnya ditumbuhi bintik-bintik merah. menumbuhkan 1 menjadikan tumbuh atau hidup; memelihara su­paya berkembang atau bertambah besar. 2 menimbulkan atau mem­bangkitkan sesuatu perasaan: Apa yg ~ perselisihan itu? tumbuhan 1 = ketumbuh sesuatu (spt bintil, ketuat) yg tumbuh atau hidup pd sesuatu yg lain. 2 = tumbuh-tumbuhan segala yg hidup dan berbatang (berakar, ber­dahan, berdaun dsb); pokok: ~ dan binatang memerlukan makanan dan air. ~ semusim tumbuh-tumbuhan yg hidup hanya satu musim (spt jagung, kacang). ketumbuhan 1 tisu yg mem­besar atau membengkak secara tidak normal, spt tumor. 2 sj penyakit kulit yg disebabkan oleh virus; cacar. 3 ditumbuhi (oleh): Kawasan itu ~ lalang dan duri. pertumbuhan perihal atau proses tumbuh (ttg manusia, tumbuh-tumbuhan dan binatang); tumbesaran: Makanan bayi mempengaruhi ~ mental dan fizikalnya. ~ pokok itu terbantut kerana iklim di situ tidak sesuai dgnnya. penumbuhan perbuatan (proses, hal dsb) menumbuhkan. penumbuhan perbuatan (proses, hal dsb) menumbuhkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kacang kelisa tumbuh di dusun,
     Tumbuh sepohon di tiang layang;
Kami menyambut bersusun-susun,
     Kerana meraikan pengantin datang.


Lihat selanjutnya...(83)
Peribahasa

Tumbuh di tanah yang gembur.

Bermaksud :

Anak gadis daripada keluarga yang mewah-mewah.

 

Lihat selanjutnya...(47)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
cambahbahagian tumbuh-tumbuhan yg baru tumbuh dr biji; kecambah: ~ kacang. bercambah 1 mula tumbuh dr biji (ttg tumbuh-tumbuhan). 2 ki banyak terdapat; ada di mana-mana: Syarikat kerjasama ~ di Malaysia ini. mencambahkan membuat supaya bercambah (ttg biji tumbuh-tumbuh­an); menyemaikan. percambahan perihal bercambah (bkn biji benih): ~ biji benih dipercepat dgn bantuan haba. pencambahan perihal atau perbuatan mencambahkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
aerofit/aérofit/ ist sj tumbuh-tumbuh an yg hidup dgn menumpangi tumbuh-tumbuhan atau benda lain.Kamus Pelajar Edisi Kedua
hibridist 1 haiwan atau tumbuh-tumbuh­an yg terhasil drpd kacukan dua orga­nisma yg berlainan jenis atau spesies. 2 sifat sistem komputer yg terbentuk drpd gabungan beberapa teknologi yg berlainan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mencambahkanmembuat supaya bercambah (ttg biji tumbuh-tumbuh­an); menyemaikan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kulat Itumbuh-tumbuhan yg tidak berdaun, tidak berbunga dan tidak mempunyai klorofil dan tumbuh pd tumbuh-tumbuhan lain atau pd bahan yg reput. ~ padang kulat yg tumbuh di atas batas. ~ sisir kulat yg biasanya tumbuh pd batang getah yg sudah mati. ~ tian kulat yg tumbuh pd batang kayu mati di dlm hutan. berkulat ditumbuhi kulat; berlapuk: Roti itu sudah ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tunas, = mata ~ bahagian tumbuh-tumbuhan yg baru tumbuh pd batang (dahan yg diparas dll); bakal dahan atau bakal ranting yg baru tumbuh. ~ baka tunas yg menjadi baka bagi sesuatu pokok yg dicantumkan. ~ celah (ketiak) tunas yg tumbuh di antara daun dgn dahan atau di antara daun dgn ranting. ~ hujung (pucuk) tunas yg terdapat di hujung ranting atau di hujung dahan. ~ padi batang padi yg tumbuh sesudah padi dituai. ~ rasa bintil-bintil pd lidah yg memungkinkan kita merasa sesuatu (manis, masin dll). ~ sulung tunas yg mula-mula sekali tumbuh dr biji. ber­tunas 1 mempunyai tunas; baru tumbuh tunasnya. 2 ki mempunyai keturunan; me­nurunkan baka.Kamus Pelajar Edisi Kedua
semak1 = semak-semak tumbuh-tumbuhan yg kecil dan rendah: ~ samun berbagai-bagai jenis tumbuh-tumbuhan yg kecil dan rendah. 2 ditumbuhi tumbuh-tumbuhan yg kecil; penuh dgn pelbagai tumbuh-tumbuhan yg kecil: Halaman rumahnya ~ sekali. 3 tidak teratur dgn baik; kusut. ~ hati kusut atau kacau fikiran. menyemak 1 tumbuh menjadi semak (bkn tumbuh-tumbuhan); kotor kerana banyak semak: Bunga-bunga ini ~ saja. 2 ki mengganggu dan mengusutkan fikiran.Kamus Pelajar Edisi Kedua
merebungtumbuh rebungnya, (tumbuh) spt rebung (janggut dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
berkecambah1. mulai (baru) tumbuh; 2. tumbuh dgn banyak(nya); ®cambah.Kamus Dewan Edisi Keempat
kacukan1. campuran, kacauan: padi Malinja ialah hasil ~ padi Malaya, India dan Jepun; bahasa Melayu ~ bahasa Melayu yg bercampur dgn bahasa lain (dlm penggunaan kata dsb), bahasa Melayu pasar; orang ~ orang yg ibu bapanya berlainan bangsa. 2. hasil drpd mengacukkan (haiwan atau tumbuh-tumbuh­an);Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas