semak | 1 = semak-semak tumbuh-tumbuhan yg kecil dan rendah: ~ samun berbagai-bagai jenis tumbuh-tumbuhan yg kecil dan rendah. 2 ditumbuhi tumbuh-tumbuhan yg kecil; penuh dgn pelbagai tumbuh-tumbuhan yg kecil: Halaman rumahnya ~ sekali. 3 tidak teratur dgn baik; kusut. ~ hati kusut atau kacau fikiran. menyemak 1 tumbuh menjadi semak (bkn tumbuh-tumbuhan); kotor kerana banyak semak: Bunga-bunga ini ~ saja. 2 ki mengganggu dan mengusutkan fikiran. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
semak-semak | tumbuh-tumbuhan yg kecil dan rendah: ~ samun berbagai-bagai jenis tumbuh-tumbuhan yg kecil dan rendah. 2 ditumbuhi tumbuh-tumbuhan yg kecil; penuh dgn pelbagai tumbuh-tumbuhan yg kecil: Halaman rumahnya ~ sekali. 3 tidak teratur dgn baik; kusut. ~ hati kusut atau kacau fikiran. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
nabati | Ar bkn tumbuh-tumbuhan; lemak ~ lemak drpd tumbuh-tumbuhan; sakar ~ gula yg dibuat drpd tumbuh-tumbuhan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
biak I | menjadi banyak (binatang, tumbuh-tumbuhan dsb), peridi: mereka mempunyai ternak yg ~; (ber)kembang ~ menjadi banyak (binatang, tumbuh-tumbuhan, dsb); memamah ~ memamah makanan utk kedua kalinya (lembu dsb);membiak, berbiak = ~ kembang menjadi semakin banyak (binatang, tumbuh-tumbuhan, dsb), berkembang biak: ayam jenis itu ~ dgn cepat; membiakkan membuat supaya menjadi biak: dia bermaksud hendak ~ ayam itu dlm reban ini; air yg bertakung akan ~ nyamuk; biakan benda (ternak dll) yg dibiakkan; pembiakan perihal atau perbuatan membiak(kan): pd masa ini dia bertugas dlm rancangan ~ benih padi terpilih di Kedah;pembiak benda (ternak dll) yg membiakkan, hasil drpd membiakkan ternak dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
maun | bersifat memakan tumbuh-tumbuhan, iaitu tumbuh-tumbuhan merupakan makanan utama (bkn haiwan). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bunga pecah periuk | a. nama sj tumbuh-tumbuhan atau bunganya (bunganya berjambak-jambak dan berwarna jingga atau merah tua), Ixora coccinea. b. nama sj tumbuh-tumbuhan atau bunganya (bunganya berjambak-jambak dan berwarna ungu kemerah-merahan), Ixora incarnata. c. nama sj tumbuh-tumbuhan atau bunganya (bunganya berjambak-jambak dan berwarna putih), Ixora odorata. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kacang | beberapa jenis tumbuh-tumbuhan yg boleh dimakan buahnya dan bijinya terkandung dlm lenggai. ~ bendi nama sj herba, Hibiscus esculantus. ~ botor (kelisa) nama sj tumbuh-tumbuhan memanjat, Psophocarpus tetragonolobus. ~ buncis nama sj herba, Phaseolus vulgaris. ~ hijau nama sj pokok renek, Phaseolus aureus. ~ panjang nama sj tumbuh-tumbuhan memanjat, Vigna sinensis. ~ soya nama sj herba, Glycine max. ~ tanah nama sj herba, Arachis hypogaea. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
haiwan herbivor | ist haiwan yg memakan tumbuh-tumbuhan, iaitu tumbuh-tumbuhan merupakan makanan utamanya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
herbivor | = haiwan ~ ist haiwan yg memakan tumbuh-tumbuhan, iaitu tumbuh-tumbuhan merupakan makanan utamanya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cambah | bahagian tumbuh-tumbuhan yg baru tumbuh dr biji; kecambah: ~ kacang. bercambah 1 mula tumbuh dr biji (ttg tumbuh-tumbuhan). 2 ki banyak terdapat; ada di mana-mana: Syarikat kerjasama ~ di Malaysia ini. mencambahkan membuat supaya bercambah (ttg biji tumbuh-tumbuhan); menyemaikan. percambahan perihal bercambah (bkn biji benih): ~ biji benih dipercepat dgn bantuan haba. pencambahan perihal atau perbuatan mencambahkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |