Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tum.puan] | تومڤوان

Definisi : 1. sesuatu yg dijadikan tempat utk menumpukan kaki dll (ketika hendak melompat dll), tempat bertumpu; 2. bantuan, sokongan, tunjangan: dia tahu bahawa dia menjadi ~ harapan ibunya; 3. pusat atau pangkalan (utk menyerang dll), tempat mengumpulkan kekuatan dll: Danang, 650 km dr sini, menjadi pusat ~ tentera Amerika; 4. bahagian bawah tempat tidur (tempat kakinya): maka Jekin itu dibangunkan oleh Seri Rama, maka ia pun terkejut lalu dilihatnya berdiri di ~nya; 5. orang dll yg menjadi pusat perhatian (tempat mengadu, berharap, dll): beliau sudah barang tentu akan menjadi tempat ~ apabila pulang ke kampung; 6. sesuatu yg menjadi sasaran (tujuan dll), sesuatu yg ditujui: jurutaip yg bernama Henry itulah jadi ~ kami berjenaka; kampung itu terletak tidak berapa jauh dr tempat ~ saudagar-saudagar dr Melaka; 7. tempat bertemunya atau bertembungnya jalan raya (sungai dll): Johor Bahru ialah pusat pentadbiran negeri Johor dan tempat ~ semua jalan raya dan jalan kereta api dr Tanah Melayu ke Singapura; 8. pusat tempat bertumpunya pancaran cahaya (setelah mela­lui sesuatu kanta): tempat semua pancaran itu bertumpu dinamakan ~ kanta itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tum.puan] | تومڤوان

Definisi : 1 sesuatu yg digunakan utk bertumpu ketika hendak melompat dll. 2 orang dll yg menjadi pusat perhatian (tempat mengadu dll): Beliaulah yg menjadi ~ orang-orang kampung. 3 pusat tempat ber­tumpu atau tempat berkumpul; pusat atau pangkalan utk menyerang dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tumpu
Kata Terbitan : bertumpu, menumpukan, tumpuan, penumpuan, penumpu,

Peribahasa

Pusat jala pumpunan ikan.

Bermaksud :

Menjadi tempat tumpuan atau menjadi pusat berbagai-bagai hal. pumpunan = tempat berkumpul.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tumpuan1 sesuatu yg digunakan utk bertumpu ketika hendak melompat dll. 2 orang dll yg menjadi pusat perhatian (tempat mengadu dll): Beliaulah yg menjadi ~ orang-orang kampung. 3 pusat tempat ber­tumpu atau tempat berkumpul; pusat atau pangkalan utk menyerang dll.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tumpuan1. sesuatu yg dijadikan tempat utk menumpukan kaki dll (ketika hendak melompat dll), tempat bertumpu; 2. bantuan, sokongan, tunjangan: dia tahu bahawa dia menjadi ~ harapan ibunya; 3. pusat atau pangkalan (utk menyerang dll), tempat mengumpulkan kekuatan dll: Danang, 650 km dr sini, menjadi pusat ~ tentera Amerika; 4. bahagian bawah tempat tidur (tempat kakinya): maka Jekin itu dibangunkan oleh Seri Rama, maka ia pun terkejut lalu dilihatnya berdiri di ~nya; 5. orang dll yg menjadi pusat perhatian (tempat mengadu, berharap, dll): beliau sudah barang tentu akan menjadi tempat ~ apabila pulang ke kampung; 6. sesuatu yg menjadi sasaran (tujuan dll), sesuatu yg ditujui: jurutaip yg bernama Henry itulah jadi ~ kami berjenaka; kampung itu terletak tidak berapa jauh dr tempat ~ saudagar-saudagar dr Melaka; 7. tempat bertemunya atau bertembungnya jalan raya (sungai dll): Johor Bahru ialah pusat pentadbiran negeri Johor dan tempat ~ semua jalan raya dan jalan kereta api dr Tanah Melayu ke Singapura; 8. pusat tempat bertumpunya pancaran cahaya (setelah mela­lui sesuatu kanta): tempat semua pancaran itu bertumpu dinamakan ~ kanta itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
tumpuan kantatitik tempat sinar cahaya bertemu sesudah melalui kanta, titik fokus.Kamus Dewan Edisi Keempat
tumpuan data(data concentration)Perkara atau tempat yang menjadi fokus taburan data dalam graf atau hasil kaji selidik.Kamus Komputer
tumpuan3 pusat tempat bertumpu atau tempat berkumpul; pusat atau pangkalan utk menyerang dll.Kamus Pelajar
tumpuan2 orang dll yg menjadi pusat perhatian (tempat mengadu dll): Beliaulah yg menjadi ~ orang-orang kampung.Kamus Pelajar
tumpuan1 sesuatu yg digunakan utk bertumpu ketika hendak melompat dll.Kamus Pelajar
jarak tumpuan kanta (cermin)jarak di antara pusat kanta (cermin) dgn tumpuan;Kamus Dewan Edisi Keempat
tanggatangga 1. tempat tumpuan kaki yg bertingkat-tingkat utk naik turun rumah dll: ~ rumah; naik ~; 2. alat utk tumpuan memanjat (takuk pd pokok, sigai, dll), injak-injak; 3. ki bahagi­an drpd sesuatu yg bertingkat-tingkat, pering­kat, skala, tingkatan; ~ bongsu anak tangga yg bawah sekali; ~ gaji tingkatan gaji; ~ nada susunan nada yg me­ning­kat naik bunyinya; ~ pilin = ~ sulur batang tangga yg berpusing; ~ senigai (sigai) tangga drpd sebatang kayu yg diberi bersigai; ~ sulung anak tangga yg di atas sekali; tolak ~ berayun kaki, peluk tubuh mengajar diri prb baik-baik dlm kesenangan dan peker­jaan yg berfaedah, tiba-tiba dilepaskan dgn sia-sia; setangga; orang ~ orang yg tinggal berde­kat­an, jiran, tetangga: barangkali engkau ber­temu di sana dgn orang ~ kita; bertangga 1. ada tangganya, memakai tang­ga; 2. ki berperingkat, bertingkat-tingkat: kanak-kanak ini kemudiannya dibimbing supaya mengenal buku-buku klasik secara ~; ber­janjang naik, ~ turun prb menurut darjat dan kedudukan masing-masing; bertanggakan menggunakan sesuatu sbg tangga: pondoknya yg ~ buluh.Kamus Dewan Edisi Keempat
titik II1. tanda yg bulat halus (utk menun­jukkan tempat berhenti membaca, tempat tumpuan, dll), noktah: di hujung tiap-tiap ayat hendaklah dibubuh ~; 2. ki sesuatu (keadaan, perkara, hal, ketika, dll) yg penting (khusus, menarik perhatian, dll): tidak ada ertinya kami berbahas lanjut-lanjutan, tidak akan bertemu ~ pengertian; pd satu ~, peng­iktirafan dan mutu tidak dapat dipisahkan; ~ api Id tumpuan pertemuan sinar yg dibalik­kan atau dipecahkan oleh kanta; ~ bengik kecil, remeh, tidak penting: jangan terlalu cenderung dgn hal-hal yg ~ bengik; ~ ber-tindih tanda yg terdiri drpd dua titik bertindih (tanda :) digunakan dlm penulisan sebelum mem­perkenalkan atau menyenaraikan sesuatu; ~ cuali = ~ neutral (Fiz) suatu tempat di antara dua kutub magnet di mana tidak terdapat medan atau kesan magnet; ~ didih Id tingkat suhu apabila sesuatu cecair men­didih; ~ dua titik (noktah) bertindih (tanda :); ~ kata kata pemutus, keputusan; ~ koma tanda koma dgn titik di atasnya, koma bernoktah (tanda ;); ~ mata a) titik (tempat) pd sesuatu yg menjadi tum­puan pelihatan mata; b) ki sesuatu yg menarik perhatian (minat) orang ramai; ~ menen­gah ark titik pusat; ~ pangkal = ~ tolak perkara yg menjadi bahan atau yg di­guna­kan utk membuka perbincangan (huraian dll) mengenai sesuatu, sesuatu yg menjadi dorongan atau permulaan bagi se­suatu (usaha, kegiatan, dll); ~ peralihan sesuatu yg menjadi atau menandakan per­mulaan sesuatu per-ubahan atau perkembangan baru; ~ per­mulaan sesuatu (hal, keadaan, keja­dian, keja­yaan, pengemukaan, dll) yg menjadi punca atau asas utk mencapai sesuatu yg lebih besar (yg selanjutnya); ~ perpuluhan tanda titik di antara dua rangka yg mengasingkan angka se(satuan) dgn pecahan perpuluhan; ~ persa­maan unsur-unsur (bahagian-bahagian) yg menampakkan persamaan (antara bebe­rapa pendapat dll); ~ persilangan (Mat) tum­puan pd persilangan dua garis (tempat ber­silang dua garis); ~ pusat Id titik di tengah-tengah bulatan dll; ~ sentuh (Mat) tumpuan (tempat) garis kena (ber-sentuh) pd sempadan (batas) bulatan; ~ tolak = ~ pangkal; tidak tentu ~ komanya ki tidak tentu hujung pangkalnya (bkn percakapan seseorang); menitik membubuh tanda titik.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910

Kembali ke atas