tunda-menunda | saling menunda (tolak-menolak): ombak bergulungan ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tunda II | ; kail ~ kail yg ditarik di belakang perahu. pukat ~ pukat yg ditarik di belakang perahu dll. sampan ~ sampan yg berisi muatan dan ditarik oleh kapal kecil. bertunda sedang menarik sampan tunda. menunda 1 menarik sampan dll dgn tali dsb. 2 ki berjalan dll berikut-ikut atau berturut-turut; mengikut di belakang. penundaan perbuatan menunda. penunda sesuatu yg digunakan utk menunda; penarik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tunda III | Mn tolak dr belakang, sorong; bertunda 1. berlepas, bertolak; 2. berpanjangan melakukan sesuatu, berlama-lama; ~ berkelahi berkelahi berlama-lama; bertunda-tunda berlama-lama, berpanjang-an; ~ banyaknya sangat banyak; ~ berbicara lama berbicara; menunda, menundakan 1. menolak atau menolakkan, mendorong, menyorong; ~ pedati menolak pedati; 2. ki meminta supaya melakukan (mengadakan dll) sesuatu, men-desak: dgn mengumumkan parti politik yg baru, kita dapat ~ pemerintah mengambil suatu keputusan; tunda-menunda saling menunda (tolak-menolak): ombak bergulungan ~; tundaan hasil perbuatan menunda, tolakan: agak cepat juga gerak ~ itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tunda I; menunda | penundaan perbuatan atau hal menunda. | Kamus Pelajar |
tunda II | bp tangguh; menunda menghentikan dan meneruskan kemudiannya, mengundurkan waktu, menang-guhkan (pelaksanaan dll sesuatu): mulanya sukan itu hendak diadakan pd bulan Ogos, kemudian ditunda kpd bulan Disember; menunda-nunda selalu menunda, menangguh-nangguhkan waktu, memperlama; tertunda 1. ditangguhkan, ditunda; 2. sengaja dilambat-lambatkan; penundaan perihal menunda, penangguhan: kepulanganmu cuma bererti ~ waktu, janji memang telah sampai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tunda I; menunda | tertunda terhenti; ditangguhkan. | Kamus Pelajar |
tunda I; menunda | menghentikan buat sementara waktu dan dilangsungkan pd waktu lain; menangguhkan: Pengerusi kumpulan itu telah ~ mesyuarat ke minggu hadapan. | Kamus Pelajar |
tunda I | ; menunda menghentikan buat sementara waktu dan dilangsungkan pd waktu lain; menangguhkan: Pengerusi kumpulan itu telah ~ mesyuarat ke minggu hadapan. tertunda terhenti; ditangguhkan. penundaan perbuatan atau hal menunda. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tali tunda | tali utk menunda perahu dll | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tunda I | sesuatu yg ditarik dgn tali di belakang perahu; kail ~ kail yg ditarik di belakang perahu; pukat ~ pukat yg ditarik di belakang bot dll; sampan ~ sampan yg berisi muatan (ditarik oleh kapal yg kecil-kecil); tali ~ tali utk menarik pukat (sampan dll); bertunda 1. sedang menarik sampan tunda (kapal, sekoci, dll); 2. ki berikut-ikut, berturut-turut: beberapa kali orang melihat Lajim balik bersaingan dan ~ dgn Saodah; bertunda-tunda 1. sl berduyun-duyun dgn banyaknya, berbondong-bondong: rakyat ~ menuju ke padang tempat orang berperang itu; 2. ki berjalan dll berikut-ikut (berturut-turut): anjing itu berlari-lari dan di belakangnya ~ anaknya; menunda 1. menarik sampan dll dgn tali: sebentar kemudian dgn ~ perahu si Tenggang, mereka pun berkayuh balik ke pantai; 2. ki mengikut dr belakang, mengikut, mengiringi: orang tua itu sedang mengingat peristiwa kematian isterinya yg ditunda dgn kematian anak-anaknya; Pak Sudin masuk ke dlm bilik hadapan dan Yusof ~nya dr belakang; penundaan perihal (perbuatan atau kerja) menunda: ~ kereta yg rosak di lebuh raya itu telah diswastakan kpd sebuah syarikat tempatan; penunda sesuatu yg digunakan utk menunda (menarik); kapal ~ kapal penarik (sampan dll); ~ kereta orang yg kerjanya menunda kereta yg rosak atau remuk akibat kemalangan; tali ~ tali utk menarik sampan dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |