Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tunggak (kata nama)
Bersinonim dengan tunggul, asas, dasar, teras, tunjang, lunas, tonggak, sendi, pegangan, sandaran, landasan, prinsip, rukun, tiang;,
Kata Terbitan : menunggak, tunggakan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tunggak II; menunggak 1 belum membayar hutang, ansuran dll. 2 tidak menyudahkan pekerjaan; masih ada pekerjaan yg belum siap. tertunggak masih belum dijelaskan, dilunaskan, dibereskan dsb (bkn bayaran, hutang, tugas dsb): Bayaran pinjamannya masih banyak yg ~. Pihaknya cuba me­nyelesaikan kes yg ~ sejak beberapa tahun kebelakangan ini. tunggakan 1 hutang, ansuran dll yg masih belum dijelaskan. 2 sisa pekerjaan yg masih belum diselesaikan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tunggak1. bahagian batang kayu yg masih tinggal dlm tanah sesudah ditebang atau patah, tunggul; 2. = tunggakan kerja yg masih belum dihabiskan; 3. ki asas, tunjangan, penunjang, pendukung; menunggak 1. belum membayar hutang (ansuran dll), menanggguhkan pembayaran hutang (ansuran dll): jika sebulan lagi ia ~, keretanya akan ditarik balik; 2. tidak meng-habiskan pekerjaan (masih ada yg belum dibuat), meninggalkan sedikit pekerjaan: kerja hari ini mesti dihabiskan hari ini juga, jangan dibiarkan ~ hingga esok; tertunggak masih belum dijelaskan, diberes-kan, diselesaikan dsb (bkn bayaran, hutang, pekerjaan dsb): seorang stokis telah gagal menjelaskan hutang ~ hampir RM900 000; beliau berpuas hati dgn kejayaan badan kehakiman dan mahkamah mengurangkan sejumlah kes ~ dgn berkesan; tunggakan 1. hutang (ansuran dll) yg masih belum dijelaskan, baki hutang dll (yg seharusnya sudah dibayar): sekali gus dua bulan akan dibayarnya ~nya; 2. pekerjaan (kerja) yg masih belum dihabiskan, sisa pekerjaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
tunggakan1 hutang, ansuran dll yg masih belum dijelaskan. 2 sisa pekerjaan yg masih belum diselesaikan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tunggakan1. hutang (ansuran dll) yg masih belum dijelaskan, baki hutang dll (yg seharusnya sudah dibayar): sekali gus dua bulan akan dibayarnya ~nya; 2. pekerjaan (kerja) yg masih belum dihabiskan, sisa pekerjaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
tunggakan1 hutang, ansuran dll yg masih belum dijelaskan.Kamus Pelajar
rapel(rapél) IB 1. bayaran (wang) kebela­kangan, tunggakan: ia telah menerima seba­ha­gian wang ~ kenaikan pangkatnya; 2. ke­naikan pangkat atau gaji yg dinanti masa pe­lak­­sanaannya kerana sesuatu sebab (spt ter­lupa dll): dua kali ~ pangkat dan dua kali kenaikan gaji.Kamus Dewan Edisi Keempat
sita1 tuntutan mahkamah. 2 perihal mengambil, menahan atau merampas barang-barang dll dgn perintah mah­kamah atau oleh polis: Warga kota yg masih belum menjelaskan tunggakan cukai pintu akan dikenakan tindakan ~. menyita merampas, mengambil, atau menahan barang-barang dll dgn perintah mahkamah atau oleh polis: JPJ telah ~ empat buah kenderaan awam dlm operasi itu. sitaan barang dll yg disita. penyitaan perbuatan atau peri­hal menyita. penyita orang atau pihak yg menyita.Kamus Pelajar Edisi Kedua

Kembali ke atas