Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : terbalik (kepala ke bawah dan kaki ke atas), terjungkir, tertelungkup, ter­tonggeng; ~-langgang = ~-tenggang a) ber­lari pontang-panting (lintang-pukang); b) = ~ balik jungkir balik, berguling-guling; ~-tunggit = ~-tonggek a) tidak rata (permukaan jalan dll), lekuk-lekak, berjendul-jendul; b) bergerak turun naik (orang berjalan); c) terumbang-ambing (perahu dimainkan gelombang dll); d) menundukkan kepala dan kemudian menegakkannya semula (spt orang sembahyang), tunduk dan tegak semula; ~ buyung pergerakan dlm gimnastik apabila belakang tengkuk berada di lantai, gulingan depan; kuat ~ kuat minum (minuman keras); bersetunggang berputar balik (kepala ke bawah kaki ke atas), berjungkir: tidur ~ kaki ke atas; ~ balik berputar-putar (kepala ke bawah kaki ke atas), berjungkir balik; menunggangkan 1. membalikkan (cawan, botol, dll) supaya tumpah isinya, menung­gitkan supaya tumpah, menuangkan, menum­pahkan: ia ~ air yg di dlm baldi itu ke dlm tempayan; 2. = mempertunggang, mempertunggangkan menjadikan berse­tung­gang, membalikkan (kepala ke bawah kaki ke atas), menjungkirkan: di situ diusahakannya mempertunggang supaya air keluar dr hidung dan mulutnya; budak itu ditung-gangkan ke atas asap sabut kering itu; tertunggang 1. terbalik (yg di bawah ke atas dan yg di atas ke bawah), terjungkir; 2. tertumpah atau tercurah (sesuatu dr bekasnya). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : terbalik, spt kepala ke bawah dan kaki ke atas (bahagian atas ke bawah dan bahagian bawah ke atas); terjungkir. ~-tunggit a. tidak rata (ttg permukaan jalan dll); lekuk-lekak. b. (dlm keadaan) bergerak turun naik spt orang berjalan. c. terumbang-ambing spt perahu dimainkan gelombang dll. d. tunduk dan tegak semula spt orang bersembahyang. menunggangkan 1 membalikkan (botol, mangkuk dll) supaya tumpah isinya; menonggengkan. 2 membalikkan supaya kepala ke bawah dan kaki ke atas atau bahagian atas ke bawah dan bahagian bawah ke atas; menjungkirkan. tertunggang1 terbalik (yg di atas ke bawah dan yg di bawah ke atas); terjungkir. 2 tercurah isinya dr bekas atau dr tempatnya. bersetunggang berputar balik (ke­pala ke bawah dan kaki ke atas); berjungkir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tunggang
Kata Terbitan : menunggangkan, mempertunggangkan, tertunggang,

Puisi
 

Sayang Tunggang jauh ke hulu,
     Gunung Gading nampak melintang;
Hatiku bimbang dari dahulu,
     Putih kuning di mana menghilang?


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Tunggang hilang berani mati.

Bermaksud :

Tiada gentar menjalankan kewajipan, terutama untuk membela bangsa dan negara.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
suling IIIMn kepala ke bawah dan kaki (buntut dll) ke atas, jungkir, tunggang; ~-daling = ~­paling tunggang-langgang, tunggang-balik; menyulingkan meletakkan kepala ke ba­wah dan kaki ke atas, membalikkan, men­jungkirkan, menunggangkan; tersuling terbalik (kepala ke bawah dan kaki ke atas), tertunggang.Kamus Dewan Edisi Keempat
suling palingtunggang-langgang, tunggang-balik;Kamus Dewan Edisi Keempat
suling-dalingtunggang-langgang, tunggang-balik;Kamus Dewan Edisi Keempat
langgang; tunggang-~; ®tunggang I.Kamus Dewan Edisi Keempat
tonggek(tonggék) 1. tonggeng; 2. tidak lurus punggungnya apabila berjalan, punggungnya terkeluar ke belakang (apabila berjalan); tunggang-~ tunggang balik; menonggek menonggeng; menonggekkan menonggengkan, men­jung­kirkan (kepala ke bawah dan kaki atau ekor ke atas): ia ~ punggungnya ke muka kipas; tertonggek jatuh terjungkir.Kamus Dewan Edisi Keempat
tunggang-langgangberlari pontang-panting (lintang-pukang), tunggang-tenggang; menunggang-langgangkan 1. menjadikan berguling-guling, mengguling-gulingkan, men-jungkirbalikkan; 2. menjadikan berlari tunggang-langgang (mengusir, mengejar, dll); 3. memutar-mutar atau membelit-belitkan (perkara, perkataan, perjanjian, dll), memu­tar­balikkan;Kamus Dewan Edisi Keempat
tunggang-langgang; ®tunggang I.Kamus Dewan Edisi Keempat
tunggang Itunggang-langgangKamus Pelajar
tunggang Itunggang balik bergerak berguling-guling.Kamus Pelajar
tunggang-langgang2 = tunggang balik bergerak berguling-guling.Kamus Pelajar
12345678910...

Kembali ke atas