Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tabah atau tetap hati (dlm mengerjakan sesuatu), tidak berasa gentar atau takut, cekal; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tabah hati ketika mengerjakan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tunggang
Kata Terbitan : menunggangkan, mempertunggangkan, tertunggang,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tunggang hatitabah hati ketika mengerjakan sesuatu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tunggang hatitabah atau tetap hati (dlm mengerjakan sesuatu), tidak berasa gentar atau takut, cekal;Kamus Dewan Edisi Keempat
tunggang IIIhampir tegak; curam: Lereng gunung itu sangat ~. ~ hati tabah hati ketika mengerjakan sesuatu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tunggang IIIhampir tegak; curam: Lereng gunung itu sangat ~. ~ hati tabah hati ketika mengerjakan sesuatu.Kamus Pelajar
tunggang IIIlurus ke bawah, curam (bukit dll): lereng gunung yg ~; akar ~ = urat ~ Id akar yg tumbuh lurus ke bawah, akar tunjang; ~ hati tabah atau tetap hati (dlm mengerjakan sesuatu), tidak berasa gentar atau takut, cekal; ~ hilang berani mati tidak berasa takut akan apa-apa pun, berani; ~ hilang, tak hilang a) yg berani hilang (mati) tidak akan hilang (mati); b) siapa yg cekal dan tabah hati akan tercapai maksudnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
tunggang hilang, tak hilanga) yg berani hilang (mati) tidak akan hilang (mati); b) siapa yg cekal dan tabah hati akan tercapai maksudnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
urat I1. = ~ darah saluran kecil-kecil dlm tubuh yg membawa (mengalirkan) darah, pembuluh darah; 2. = ~ daging tisu pd daging yg halus spt benang; 3. gumpalan daging yg menggerakkan bahagian badan, otot; 4. = ~ saraf tisu yg menjadi alat perasa, asabat; 5. garisan-garisan yg kelihatan pd permukaan kayu, (batu marmar dll); 6. serat yg terdapat pd kayu, tisu pd tumbuh-tumbuhan; 7. tulang daun: daun pokok ini mempunyai ~ yg selari antara satu sama lain; 8. akar (pd tumbuh-tumbuhan); 9. penjodoh bilangan utk gelang atau benda yg kecil (halus) dan panjang (spt rotan dll): di pergelangan tangannya mem-belit dua ~ gelang halus diperbuat drpd emas; 10. ki asal mula (sesuatu hal), pokok pangkal; ~ amris urat di kiri kanan batang leher; ~ belikat otot pd belikat; ~ benang jalur benang (pd jahitan); ~ daun tulang-tulang daun; ~ daya garisan (titik-titik, jaluran) yg menun-jukkan aliran tenaga dll; ~ kata akar kata; ~ keting otot di atas tumit; ~ leher otot pd leher; ~ nadi saluran darah yg berdenyut pd pergelangan tangan; ~ pengetul otot pd lengan (atau kaki) utk melipatkan lengan (atau kaki); ~ tendon sj tisu yg menghubungkan otot dgn tulang; ~ tunggal = ~ tunggang akar tunjang (pd tumbuh-tumbuhan); menghendaki ~ lesung prb menghendaki sesuatu yg tidak mungkin akan dapat; nan berseluk ~, nan berjumbai akar, nan ber-lambai pucuk prb, Mn orang yg berkaum menurut adat; berurat 1. mempunyai urat; 2. mempunyai akar, berakar: ke atas tidak berpucuk, ke bawah tidak ~; ~ berakar a) sudah mendalam benar (perasaan dll); b) sudah lama (di sesuatu tempat dll); berhati baja, ~ kawat prb orang yg tabah serta keras hati.Kamus Dewan Edisi Keempat
kaki I1. anggota badan (mulai dr paha ke bawah) utk berjalan (berdiri, melompat, dsb): sebelah ~nya dilunjurkan; ~ kewet Kl kaki tempang; (ber)jalan ~ berjalan dgn tidak menggunakan kenderaan; mesin (jahit) ~ mesin jahit yg dijalankan dgn kaki; 2. bahagian kaki (anggota badan) yg di sebelah bawah (dr buku lali ke bawah): ~nya terlalu besar utk kasut itu; tapak ~ permukaan kaki yg di bawah se­kali (dr tumit hingga ke jari); 3. bahagian (sbg penyangga atau penopang) tempat se­suatu benda berdiri: ~ kerusi; ~ meja; 4. bahagian yg di sebelah bawah sesuatu; ~ gunung bahagian bawah gunung; ~ kain bahagian kain sarung yg di sebelah bawah; ~ langit bahagian langit yg kelihatan spt ber­temu dgn permukaan laut atau bumi; ~ seluar bahagian seluar yg menyelubungi kaki (apabila dipakai); 5. penjodoh bilangan bagi beberapa jenis benda: se~ bunga; se~ payung; se~ kunyit; 6. ukuran panjang yg sama dgn 12 inci atau 30 sentimeter: kira-kira satu ~ setengah tingginya; 7. ki (orang yg) suka melakukan sesuatu: ~ arak; ~ pancing; ~ arak orang yg suka minum arak; ~ bajang tiang yg beralaskan batu dll yg lebar; ~ bangkang orang yg sering menentang atau tidak bersetuju dgn pandangan, pendapat dsb orang lain; ~ bangku (orang yg) tidak pandai ber­main (menyepak) bola; ~ botol orang yg suka minum minuman keras; ~ buli orang yg suka menyakiti, menganiayai atau menakuti orang yg lemah (utk membuat sesuatu); ~ butang benang penjahit yg dililitkan di bawah butang yg dikenakan pd baju dll; ~ gaduh (orang yg) suka bergaduh; ~ hutan tepi (pinggir) hutan; ~ judi (orang yg) suka berjudi; ~ lima a) lantai di antara depan (deretan) kedai atau rumah dgn tepi jalan; b) lantai yg beratap yg meng­hubungkan dua buah rumah; ~ (meng)umpat orang yg suka mengumpat; ~ pancing orang yg suka dan biasanya pandai memancing; ~ papan unit ukuran papan gergaji (dgn dimensi satu kaki panjang, satu kaki lebar, dan satu inci tebal); ~ perempuan orang yg suka main perempuan; ~ seribu lari kerana ketakutan, langkah seribu; ~ telanjang kaki yg tidak berkasut; ~ tengkar orang yg suka bertengkar; ~ tiga penopang kamera dll, tripod; ~ tiung padi yg hampir masak; ~ tunggang kaki botol; ~ naik, kepala turun prb tidak berhenti-henti bekerja utk mencari rezeki; ~ pekuk lenggang ke perut prb orang yg hodoh; ~ sudah ter-langkahkan, tangan sudah terjembakan Mn, prb sudah melakukan kesalahan; berjalan peliharakan ~, berkata peliharakan lidah prb berhati-hati apabila melakukan atau mem­perkatakan sesuatu; cepat ~ ringan tangan prb sangat cekap dan suka menolong; naik basuh ~ sahaja prb mendapat sesuatu dgn mudah sahaja; terikat ~ tangan prb tidak bebas atau tidak berkuasa (lagi); berkaki mempunyai (memakai) kaki; ~ seribu lari kerana ketakutan, membuka langkah seribu; ~ kpd (pd) bergantung pd; mengaki 1. turut bekerja dgn tidak mendapat bayaran (upah); 2. menurut segala perintah, mengabdi, patuh: betapa garangnya ia, tunduk ~ juga kpd anggota polis; ~ langit rata (lurus) sbg kaki langit; ~ meja bp tidak naik darjah; pekaki; ~ layar galah besar di sebelah bawah layar.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas