nanti II | tunggu; ~ sebentar tunggu sebentar; menanti 1. menunggu (ketibaan sesuatu): ia sedang ~ di sana; 2. tersedia utk dihadiahkan (diberikan dsb): hadiah wang tunai RM100 000 ~ kampung yg dipilih sbg yg tercantik dan terbersih; menanti-nanti sentiasa (lama) menanti, menunggu-nunggu: dinanti-nantilah oleh semua pemanggil itu akan Pak Lebai beberapa lamanya hingga beralih matahari, tiadalah juga Pak Lebai datang; menantikan menunggu ketibaan sesuatu (orang, waktu, dll), menunggu akan: maka Radin Kelang pun berdiri menghunus keris ~ orang mengamuk itu; ia ~ hari malam, sangat lama rasanya; menanti-nantikan menunggu-nunggu ketibaan sesuatu, menunggu-nunggu akan: orang yg telah lama hilang dilarikan si pengayau dinanti-nantikan; ternanti-nanti, nanti-nantian menunggu-nunggu dgn penuh harapan, selalu berharap: ibu tirinya memang ~ hendak mendengar buah fikirannya; ibu telah ~ agaknya; ~ bagai berlakikan raja prb a) perihal orang yg berhajat kpd seseorang yg tidak sangat berkehendak kepadanya; b) menantikan pertolongan orang yg banyak pekerjaannya; penantian 1. perihal menanti: ~ itu membingungkan dan mencemaskan; Encik Ramli beku dlm ~; pertunangan selama enam bulan bukanlah suatu ~ yg singkat bagi orang yg sedang mabuk cinta; 2. tempat menanti (menunggu); penanti (orang) yg menanti, penunggu, penyambut tetamu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tunggu; bertunggu | tertunggu-tunggu dlm keadaan menunggu-nunggu. | Kamus Pelajar |
tertunggu-tunggu | asyik menunggu, lama menunggu, sentiasa me-nunggu: ~ buah yg tidak kunjung jatuh; Sharifah Aini sedang tertunggu-tunggu kepulangan anaknya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tunggu I | bp = menunggu; ruang ~ ruang tempat menanti; bertunggu 1. sedang menjaga, berjaga, berkawal: orang besar-besar sekaliannya ~ negeri; 2. sl menanti: maka baginda pun sediakala duduk menghadap Seri Betara ~ tunangan; menunggu 1. = menunggui menjaga supaya selamat (rumah, orang sakit, dll), mengawasi: rumah itu tidak ditunggu orang; 2. menanti (ketibaan orang, berlakunya atau berlang-sungnya sesuatu dll), menyambut atau menyongsong (tetamu): dia ~ kepulangan anaknya di muka tangga; 3. = menunggukan ark bersabar menanti sesuatu yg akan berlaku, menantikan: pokok getah itu hen-daklah ditunggu sehingga tujuh tahun barulah boleh ditoreh; 4. = menunggui menduduki, mendiami, menghuni, tinggal di: harimau yg dijumpai mereka itu ialah jin kuning yg ~ kaki bukit selekoh tiga; ~ angin lalu menunggu dgn sia-sia; ~ masa menunggu hingga tiba masanya (ketikanya); ~ tanduk kerbau goyah prb mengharapkan sesuatu yg tidak mungkin (berlaku, tiba, dll); menunggu-nungu, tertunggu-tunggu asyik menunggu, lama menunggu, sentiasa me-nunggu: ~ buah yg tidak kunjung jatuh; Sharifah Aini sedang tertunggu-tunggu kepulangan anaknya; menunggui 1. menjaga (orang sakit, rumah, dll), mengawal: orang yg ~ orang sakit itu di-suruhnya keluar semuanya; segala bangunan itu pun disuruh tunggui dan parit pun diisi air; 2. mendiami, menduduki, menghuni: tempat-tempat demikian itulah pula menurut kepercayaan mereka kerap ditunggui jin jembalang dsb; penungguan perihal menunggu, penantian: apa yg ditunggu dia sendiri kurang tahu, barangkali ~ itu cuma utk mencari ruang utk menarik nafas; penunggu 1. orang yg menunggu (mengawal, menjaga), pengawal, penjaga: ~ pintu; 2. orang yg menunggu (kedatangan orang dll), penyambut (tetamu): bangun lagi dia dan datang lagi ke arah pintu bangunan tempat orang-orang ~ jemputan datang; 3. yg men-diami, penghuni: binatang-binatang ~ hutan membuat lagu alam yg tidak pernah berubah-ubah; 4. (hantu, puaka, dll) yg menunggui atau mendiami: seumur hidupku belum aku ber-jumpa hantu syaitan atau puaka ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tunggu | ; bertunggu sedang menjaga; berjaga; berkawal. menunggu 1 menjaga supaya selamat (ttg rumah, orang sakit dll): Sudah dua malam ia tidak tidur kerana ~ anaknya yg sakit itu. 2 menanti ketibaan sesuatu (spt tetamu, kereta api): Sudah lama ia ~ kereta api tetapi belum juga sampai. ~ masa menanti hingga tiba masanya. 3 mendiami atau menduduki sesuatu tempat: Sudah lima tahun ia ~ pondok itu. menunggu-nunggu sentiasa menunggu; lama menunggu: Ia masih ~ kepulangan suaminya. menunggukan 1 menjaga atau mengawal sesuatu utk orang lain. 2 menunggu sesuatu yg akan terjadi; menantikan sesuatu. tertunggu-tunggu dlm keadaan menunggu-nunggu. penungguan perbuatan atau hal menunggu; penantian. penunggu 1 orang yg menunggu, mengawal dsb; pengawal; penjaga. 2 orang yg menunggu atau yg menanti utk menyambut kedatangan tetamu dll. 3 orang yg mendiami atau yg menghuni sesuatu tempat. 4 hantu atau puaka yg kononnya menunggu (mendiami) sesuatu tempat: Pokok besar itu dikatakan ada ~nya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tunggu III | Mn; menunggu 1. meminta kembali (barang yg telah diberikan dll); 2. meminta supaya dijelaskan hutang, menagih; 3. menuntut (janji). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tunggu II | ; burung ~ taman sj burung, Terpsiphone incii. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tunggu kejap | nanti sebentar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tunggu(wait) | 1. Ciri pemprosesan yang memaksa sesuatu proses berhenti sehingga capaian atau pencarian data selesai sebelum meneruskan pengerjaannya. 2. Nama suruhan bahasa aras rendah yang membuatkan proses menunggu untuk suatu masa tertentu. | Kamus Komputer |
tunggu; bertunggu | 4 hantu atau puaka yg kononnya menunggu (mendiami) sesuatu tempat: <i>Pokok besar itu dikatakan orang ada ~nyai>. | Kamus Pelajar |