tunggul | 1 pangkal pokok kayu yg masih tertinggal setelah pokok ditebang: ~-~ kayu itu habis disungkur dgn traktor. 2 batang padi, lalang dll yg tertinggal setelah padi dituai, lalang disabit dsb. 3 pancang atau tonggak utk menambat perahu dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tunggul I | 1. pangkal pokok kayu yg masih tertinggal dlm tanah (setelah ditebang): ia duduk di atas sebuah ~ kayu; ~ punggur pangkal batang kayu yg sudah mati; 2. batang padi (lalang dll) yg tertinggal setelah dituai atau disabit: ~ padi; 3. pancang, tongkat (utk menambatkan perahu dll); ~ kayu ditarah pelicin, (dia) elok juga, jangankan manusia = ~ itu kalau dipakai, elok juga prb perempuan yg buruk itu akan cantik juga kelihatannya apabila diberi pakaian yg elok; ~ terbakar di tengah huma prb rupa seseorang yg sangat hitam; berunding dgn ~ prb perihal menanyai dan memberi nasihat kpd seseorang yg hanya mendiamkan diri (tidak menjawab, membantah, atau mengiakan); bertunggul ada tunggulnya; ~ pemarasan prb pekerjaan yg tidak sempurna; penunggul kayu yg agak berat tempat menambatkan kerbau dll (supaya jangan pergi jauh); ~ gobek kayu utk mengeluarkan sirih dlm gobek; kayu ~ tonggak pd empang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tunggul | 1 pangkal pokok kayu yg masih tertinggal setelah pokok ditebang: <i>~-~ kayu itu habis disungkur dgn traktoi>. | Kamus Pelajar |
tonggak I | 1 kayu yg panjang dan dipasang tegak (spt tiang telegraf). 2 pangkal batang kayu yg masih tegak berdiri; tunggul. 3 asas atau dasar sesuatu kepercayaan, pegangan dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tonggak I | 1. kayu yg panjang dan dipasang tegak (tiang telegraf dll), pal; 2. tiang rumah (jambatan dll); 3. ukuran jauh yg bersamaan dgn 4901 kaki atau 1500 meter, pal; 4. pangkal batang kayu yg masih tegak berdiri (tunggul), sisa batang kayu yg sudah ditebang atau yg ada dlm air dll; 5. ki orang yg tidak suka bercakap, orang yg sangat pendiam; 6. ki asas, dasar, pokok (pegangan, kepercayaan, dll): agama Islam sbg ~ masyarakat; tawakal adalah ~ kepercayaan kita; ~ gantung tiang rumah yg hanya sampai ke lantai (tidak sampai ke tanah); ~ tua tiang rumah yg mula-mula didirikan; bagai mengatai ~ prb perihal memberi nasihat kpd orang yg hanya diam sahaja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tunggak | 1. bahagian batang kayu yg masih tinggal dlm tanah sesudah ditebang atau patah, tunggul; 2. = tunggakan kerja yg masih belum dihabiskan; 3. ki asas, tunjangan, penunjang, pendukung; menunggak 1. belum membayar hutang (ansuran dll), menanggguhkan pembayaran hutang (ansuran dll): jika sebulan lagi ia ~, keretanya akan ditarik balik; 2. tidak meng-habiskan pekerjaan (masih ada yg belum dibuat), meninggalkan sedikit pekerjaan: kerja hari ini mesti dihabiskan hari ini juga, jangan dibiarkan ~ hingga esok; tertunggak masih belum dijelaskan, diberes-kan, diselesaikan dsb (bkn bayaran, hutang, pekerjaan dsb): seorang stokis telah gagal menjelaskan hutang ~ hampir RM900 000; beliau berpuas hati dgn kejayaan badan kehakiman dan mahkamah mengurangkan sejumlah kes ~ dgn berkesan; tunggakan 1. hutang (ansuran dll) yg masih belum dijelaskan, baki hutang dll (yg seharusnya sudah dibayar): sekali gus dua bulan akan dibayarnya ~nya; 2. pekerjaan (kerja) yg masih belum dihabiskan, sisa pekerjaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
denak | 1. burung atau binatang pemikat (utk menarik burung atau binatang yg hendak diperangkap dsb), umpan: Dolah batuk menguku-nguku macam ~ tekukur melawan; 2. Kd telur yg digunakan utk mengumpan ayam supaya bertelur; ayam ~ a) ayam hutan; b) ayam katik; ~ penunggul (burung) pemikat yg dilekatkan pd tunggul kayu; spt ~ mencari lawan prb seseorang yg gagah dan berani. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pokok | 1 segala jenis tumbuh-tumbuhan: ~ pisang; ~ keladi; ~ beringin. 2 bahagian tumbuh-tumbuhan dr pangkal hingga ke pucuk: Jika akarnya dikerat, ~ tentu mati. 3 ki sesuatu yg terpenting atau yg terutama; sesuatu yg menjadi asas: Dlm hal ini, ~nya, kita perlu bekerja keras. 4 modal dlm sesuatu perniagaan: Jika tiap-tiap bulan termakan ~, bila kedai akan maju? ~ angin awan yg bergumpal-gumpal di kaki langit alamat ribut akan turun. ~ hujan mendung yg tebal menandakan hari akan hujan. ~ jalar (rayap) pokok yg menjalar di permukaan tanah (pd tunggul kayu dsb) spt keledek, tembikai. ~ kata, = kata ~ kata dasar yg belum diberi imbuhan. ~ pagar pokok yg ditanam berbaris spt pagar. ~ pangkal hal-hal atau sebab yg terpenting. ~ panjat (lilit) jenis tumbuh-tumbuhan yg hidupnya berpaut pd pokok atau pd benda lain. ~ pembicaraan (cerita) perkara yg dibicarakan (diceritakan). ~ penanti pokok yg menerima tunas baka pokok lain yg sama jenis dgnnya dlm proses cantuman. ~ renek jenis pokok kecil yg batangnya berteras. ~ tirus jenis pokok malar hijau yg mengeluarkan kon, spt pain, fir. berpokok berasas (pd); berdasar (pd). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pokok | 1 segala jenis tumbuh-tumbuhan: ~<i> pisang; ~ keladi; ~ beringin.i> 2 bahagian tumbuh-tumbuhan dr pangkal hingga ke pucuk:<i> Jika akarnya dikerat, ~ tentu mati.i> 3 <i>kii> sesuatu yg terpenting atau yg terutama; sesuatu yg menjadi asas:<i> Dlm hal ini, ~nya kita perlu bekerja keras.i> 4 modal dlm sesuatu perniagaan: <i>Jika tiap-tiap bulan termakan ~ bila kedai akan maju?i> ~ angin awan yg bergumpal-gumpal di kaki langit alamat ribut akan turun. ~ hujan mendung yg tebal menandakan hari akan hujan. ~ jalar (rayap) pokok yg menjalar di permukaan tanah (pd tunggul kayu dsb) spt keledek dll. ~ kata, = kata ~ kata dasar yg belum diberi imbuhan. ~ pagar pokok yg ditanam berbaris spt pagar. ~ pangkal hal-hal atau sebab yg terpenting. ~ panjat (lilit) jenis tumbuh-tumbuhan yg hidupnya berpaut pd pokok atau pd benda lain. ~ pembicaraan (cerita) perkara yg dibicarakan (diceritakan). ~ renek jenis pokok kecil yg batangnya berteras. ~ tirus jenis pokok malar hijau yg mengeluarkan kon spt pain, fir dll. berpokok berasas (kpd); berdasar (kpd). | Kamus Pelajar |
abu I | 1. sisa sesuatu yg telah hangus dibakar atau terbakar: ~ drpd ranting dan daun kering yg dibakar boleh dijadikan baja; ~ dapur; ~ rokok; 2. debu, serbuk; ~ kayu (Hut) bahan tak organik (terutama oksida, karbonat, dan fosfat drpd kalsium, kalium, dan magnesium) yg terdapat di dlm kayu; ~ logam (Hut) bahan lebihan logam yg tertinggal selepas selesai proses pembakaran lengkap kayu atau bahan organik lain; spt ~ di atas tunggul prb Mn dgn mudah boleh tercampak atau terhalau, tidak bererti, tidak tetap (suami dlm rumah keluarga isterinya dlm masyarakat Minangkabau dan di tempat-tempat tertentu di NS); sudah jadi ~ arang prb sudah rosak sama sekali, tidak ada gunanya lagi; terpegang di ~ hangat prb Mn baru saja memulai sesuatu pekerjaan sudah mendapat kesusahan; mengabu menjadi abu, menyerupai abu; mengabui 1. membubuh abu (pd sesuatu); 2. = ~ mata ki menyebabkan (seseorang) terpedaya hingga tidak mengetahui atau menyedari keadaan atau tujuan yg sebenar, mengelirukan, menyesatkan pandangan, memperdaya: beliau mengingatkan penduduk-penduduk di situ supaya mengawasi tindak-tanduk golongan yg cuba ~ mata orang ramai; | Kamus Dewan Edisi Keempat |