tuntung | sj labi-labi air tawar yg telur-nya boleh dimakan, Batagur baska. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tuntung IV | sj penyu, Batagur baska. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tuntung II | Mn sj tabung kecil (utk bekas garam dll); tebu se~ tebu sekerat yg kecil; menuntung mengerat kecil-kecil (tebu). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tuntung I | hujung yg runcing (jarum, keris, dll): ~ keris; ~ lembing; spt mengadu ~ jarum prb menyatakan fikiran yg sukar-sukar itu terlalu susah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tuntung taji | hujung taji yg tajam | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tuntung | nama sj labi-labi air tawar yg telurnya boleh dimakan, Batagur baska. | Kamus Pelajar |
tuntung III | Mn; menuntung menterbalikkan bekas supaya tumpah (keluar) isinya: dia mengambil tabung sambal itu, diketuk-ketukkan pd tepi sampan dan dituntung-tuntung; menuntungkan 1. membalikkan letak sesuatu (mulutnya ke bawah dan dasarnya ke atas), menjungkirkan, menunggitkan, menunggang-kan; 2. menuntung; 3. ki mengeluarkan (perasaan hati dll), mencurahkan; tertuntung 1. tertonggeng atau terbalik (letak sesuatu), terjungkir; 2. tertumpah, tercurah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menuntung | menterbalikkan bekas supaya tumpah (keluar) isinya: dia mengambil tabung sambal itu, diketuk-ketukkan pd tepi sampan dan dituntung-tuntung; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengadu | 1. mempertemukan (dua benda), meletakkan dsb berdekatan, mendekatkan (utk membandingkan dsb); 2. menyentuhkan (gelas dll), menghantukkan (gelas, kepala, dll), melagakan: ~ kepala ke dinding; ~ tuntung jarum prb menyatukan fikiran yg sukar itu sangat susah; 3. memperlagakan, menyabung: ~ ayam; 4. mempertandingkan, memperlawankan: ~ layang-layang; ~ tenaga mempertandingkan kekuatan; 5. memberitahu seseorang mengenai sesuatu (yg tidak menyenangkan dsb) utk mendapatkan pertolongan (sokongan, simpati, dsb): dia ~ kpd ibunya apabila dia dicubit oleh kakaknya; dia tidak ~ kpd sesiapa tentang layanan buruk yg dialaminya itu; 6. meminta keadilan: ~ kpd hakim; ~ lidah berbantah; ~ nasib = ~ untung mencuba untung, beradu nasib; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
taji I | = ~ ayam susuh buatan (drpd besi, tembaga, dll) yg dipasang pd kaki ayam sabungan; ~ bentuk taji yg melengkung bentuknya dipasang pd susuh ayam; ~ golok taji yg dipasang pd kais ayam (bermacam-macam bentuknya); berombong ~ memakai taji (ayam sabungan); membulang ~ mengikat atau melekatkan taji pd kaki ayam sabungan; penggabus ~ alat tempat memasang taji (pd kaki ayam); tuntung ~ hujung taji yg tajam; spt ~ dibentuk ki bentuk alis atau kening yg cantik; duduk diambung-ambung ~ prb perihal seseorang yg senantiasa dlm kerunsingan; bertaji memakai taji (ayam sabungan); belum ~ hendak berkokok prb belum berilmu apa-apa sudah hendak mengagungkan diri; menaji menikam, mencucuk, menusuk dsb dgn taji atau dgn benda tajam: dia segera berpaling ke belakang utk ~ Sang Jebat tetapi ditahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |