Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.pai] | توڤاي

Definisi : sj binatang yg mengerip (mengunggis), bajing; jenis-jenisnya: ~ akar sj tupai, Tupaia ferruginea; ~ belang = ~ galang perahu, Lariscus spp.; ~ biji nangka = ~ naning sj tupai, Rhinosciurus laticaudatus; ~ gading sj tupai, Callosciurus prevostii; ~ kampung = ~ kelapa = ~ merah = ~ nyiur sj tupai, Callos-ciurus notatus; ~ kerawak hitam = ~ janjang = ~ nandung sj tupai, Ratufa bicolor; ~ kericik = ~ lengkuas sj tupai, Nannosciurus exilis; ~ tanah belang pendek sj tupai, Tupaia tana; ~ tanah belang panjang sj tupai, Tupaia dorsalis; bagai ~ bergelut prb rupa kehebatan langkah seorang pendekar tatkala menarikkan pedang; sepandai-pandai ~ melompat, sekali akan gawal juga prb sepandai-pandai orang, sekali akan salah juga perbuatannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.pai] | توڤاي

Definisi : ; ekor ~ sj tumbuhan (herba), Justicia betonica; sarang ~ sj tumbuhan (rumpai), rumput tapak burung (itik), rumput keremit, Aneilema nudiflorum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.pai] | توڤاي

Definisi : beberapa jenis binatang pe­nge­­rip atau pengunggis yg pandai melompat, Tupaia (Sciurus) spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[tu.pai] | توڤاي

Definisi : ; tupai-tupai keratan kayu yg dilekapkan pd tiang dll utk menyangga sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tupai

Puisi
 

Anak tupai di atas carang,
     Jatuh melompat patah kaki;
Kalau pandai menjaga barang,
     Mana boleh jadi rugi.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Kelapa ditebuk tupai.

Bermaksud :

Gadis yang sudah kehilangan daranya. (Peribahasa lain yang sama makna: Labu dikerbuk tikus).

 

Lihat selanjutnya...(14)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tupai II; tupai-tupaikeratan kayu yg dilekapkan pd tiang dll utk menyangga sesuatu.Kamus Pelajar
tupai II; tupai-tupai keratan kayu yg dilekapkan pd tiang dll utk menyangga sesuatu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tupai-tupaikeratan kayu yg dilekapkan pd tiang dll utk menyangga sesuatu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tupai-tupaikeratan kayu yg dilekapkan (dipakukan) pd tiang dll utk menyangga sesuatu.Kamus Dewan Edisi Keempat
tetupaitupai-tupai.Kamus Dewan Edisi Keempat
akar kuayaha) sj tumbuhan (pokok renek), akar membur, akar nyamuk, akar tulang daing, akar tupai-tupai, tangisan burung, Connarus semidecandrus; b) sj tumbuhan (pokok memanjat), akar berumat, akar pialu, akar tulang daing bukit, jendereh, jenderus burung, Derris thyrsiflora; c) sj tumbuhan (pokok memanjat), akar koyah, akar pua, Whitfordiodendron erianthum.Kamus Dewan Edisi Keempat
kuayah; akar ~ a) sj tumbuhan (pokok renek), akar membur, akar nyamuk, akar tulang daing, akar tupai-tupai, tangisan burung, Connarus semidecandrus; b) sj tumbuhan (pokok me­manjat), akar berumat, akar pialu, akar tulang daing bukit, jendereh, jenderus burung, Derris thyrsiflora; c) sj tumbuhan (pokok memanjat), akar koyah, akar pua, Whitfordiodendron erianthum.Kamus Dewan Edisi Keempat
tangis (tangisan) burungsj tumbuhan (pokok renek), akar cincin, akar kuayah, akar membur, akar tulang daeng, akar (se)nyamuk, akar tukar, akar tupai-tupai, hisap nanah, Connarus semidecandrus.Kamus Dewan Edisi Keempat
tangis II~ (tangisan) burung sj tumbuhan (pokok renek), akar cincin, akar kuayah, akar membur, akar tulang daeng, akar (se)nyamuk, akar tukar, akar tupai-tupai, hisap nanah, Connarus semidecandrus.Kamus Dewan Edisi Keempat
tupaisj binatang yg mengerip (mengunggis), bajing; jenis-jenisnya: ~ akar sj tupai, Tupaia ferruginea; ~ belang = ~ galang perahu, Lariscus spp.; ~ biji nangka = ~ naning sj tupai, Rhinosciurus laticaudatus; ~ gading sj tupai, Callosciurus prevostii; ~ kampung = ~ kelapa = ~ merah = ~ nyiur sj tupai, Callos-ciurus notatus; ~ kerawak hitam = ~ janjang = ~ nandung sj tupai, Ratufa bicolor; ~ kericik = ~ lengkuas sj tupai, Nannosciurus exilis; ~ tanah belang pendek sj tupai, Tupaia tana; ~ tanah belang panjang sj tupai, Tupaia dorsalis; bagai ~ bergelut prb rupa kehebatan langkah seorang pendekar tatkala menarikkan pedang; sepandai-pandai ~ melompat, sekali akan gawal juga prb sepandai-pandai orang, sekali akan salah juga perbuatannya.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910

Kembali ke atas