kena serbuk | termakan ubat guna-guna (dlm makanan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
minyak senyonyong | sj ubat guna-guna, minyak pengasih. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
senyonyong | ; minyak ~ sj ubat guna-guna, minyak pengasih. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sentung pelalai | sj ubat guna-guna yg menyebabkan perempuan tidak mahu berkahwin atau beroleh jodoh; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
si palit gila | sl sj ubat guna-guna (pengasih); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berendang | yg direndang; termakan cirit ~ prb termakan ubat guna-guna maka dikuasai orang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sentung II | Mn 1. erat, rapat; ~ pelalai sj ubat guna-guna yg menyebabkan perempuan tidak mahu berkahwin atau beroleh jodoh; ~ pintu palang pintu; 2. sj baji utk menegangkan kulit rebana (gendang); menyentung mengenakan (memasang) sen-tung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
palit I | sesuatu yg digunakan utk mengecat atau mewarnai (bibir, kening, dll); si ~ gila sl sj ubat guna-guna (pengasih); memalit mencalitkan (menyapukan) sesuatu (gincu dll) pd: kakinya disapu belaking, tubuhnya dipalit belacan; memalitkan mencalitkan (sesuatu) pd: ~ lipstik ke bibir; kemudiannya ia ~ perenjis yg basah ke atas dahi; terpalit 1. tercalit, tersapu: Tuan Sutan meraba-raba mukanya kalau-kalau ada lumpur ~; 2. ki terkait atau terlibat sama (dlm hal orang), terbabit; seekor kerbau membawa lumpur, semuanya habis ~ prb seorang yg membuat jahat (salah) semuanya mendapat nama buruk dll; palitan hasil memalit; berpalitan diliputi dgn palitan: tubuhnya ~ lumpur, begitu juga baju dan seluarnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rendang | 1. goreng; pisang ~ pisang goreng; ~ kasturi kuih kasturi, kuih rengas; 2. sj lauk yg dibuat drpd daging dll yg dirempah-rempahi (dibubuh santan dan dimasak sampai kering): ~ Johor; ~ Padang; berendang yg direndang; termakan cirit ~ prb termakan ubat guna-guna maka dikuasai orang; merendang 1. menggoreng: ~ ikan; 2. memasak hingga kering dgn santan, memasak rendang; 3. menggoreng tanpa minyak: ~ bertih; ~ biji kopi; perendangan periuk (belanga dll) yg dipakai utk merendang. merendang menjadi rendang: pokok itu tidak mungkin tumbuh ~ sepenuhnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
serbuk | benda yg berbutir-butir dan halus (spt tepung, kopi, teh, dll), bubuk: ia mengibas-ngibas ~ kopi yg tertumpah di atas tikar; kena ~ termakan ubat guna-guna (dlm makanan); ~ besi habuk drpd besi yg telah digergaji dll; ~ bunga Id debunga; ~ gergaji habuk yg diperoleh ketika menggergaji papan dll, tahi gergaji; ~ letupan campuran serbuk sulfur, arang kayu, garam kalium, dll, yg menghasilkan letupan kuat apabila dinyala-kan; ~ peluntur campuran garam kalsium (spt kalsium hipoklorit, kalsium klorida, kalsium hidroksida, dll) yg digunakan utk melunturkan bahan dan membuat ubat pembasmi kuman; ~ penaik campuran natrium bikarbonat dgn bahan lain (lazimnya asid tartarik) yg diguna-kan utk membuat roti dan kuih; ~ ubat ubat dlm bentuk serbuk; menyerbuk menjadi (spt) serbuk; menyerbukkan menghancurkan (menumbuk, mengisar, dll) menjadi serbuk; menyerbuki Id memindahkan (mengenakan) debunga pd stigma; penyerbukan 1. proses membuat sesuatu menjadi serbuk; 2. Id pemindahan debunga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |