ugutan | sesuatu atau pernyataan yg mengugut; ancaman: Bapanya telah menerima sepucuk surat ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ugutan | kata-kata dsb yg bertujuan utk menakut-nakutkan (supaya melakukan atau mematuhi sesuatu), ancaman: jangan-jangan ini surat ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ugutan | sesuatu atau pernyataan yg mengugut; ancaman: Bapanya telah menerima sepucuk surat ~.. | Kamus Pelajar |
gertak I | tengking (hentakan kaki, ugutan, dll) utk menakut-nakutkan, gerantang; ~-gerantang = ~ sambal ugutan utk menakut-nakutkan saja; kalah ~ Id kalah suara, kalah kerana diugut; main ~ suka menakutkan orang; menggertak mengugut (mengancam, menakutkan) dgn suara yg keras dll: ia berjalan di hadapanku dgn muka yg marah, ~, dan menakut-nakutkan; menggertakkan 1. menghentak atau mengacu (sesuatu) utk mengugut: digertakkannya perisainya kpd anjing itu; 2. memacu (kuda) supaya kencang larinya: Patan itu pun naiklah ke atas kuda itu lalu digertakkannya; 3. mengeritkan (gigi, geraham) kerana marah dll; 4. Kl menggoncang (bekas barang dll) supaya isinya padat; gertakan 1. gertak; 2. perbuatan menggertak; penggertak 1. orang yg menggertak; 2. perkakas utk menggertak; 3. benda utk memberanikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
surat ugutan | surat yg mengugut atau mengancam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gertak sambal | ugutan utk menakut-nakutkan saja; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gertak-gerantang | ugutan utk menakut-nakutkan saja; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ugut | ugutan sesuatu atau pernyataan yg mengugut; ancaman: Bapanya telah menerima sepucuk surat ~.. | Kamus Pelajar |
gelogok II | Mn ancaman, ugutan; salah ~ membuat sesuatu dgn terburu-buru; salah ~ hulu malang, pandai bertenggang hulu baik prb hati-hatilah membuat pekerjaan kalau menginginkan keuntungan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dures | (durés) (Udg) kekerasan, ugutan, ancaman dsb (yg salah di sisi undang-undang) yg dipaksakan ke atas seseorang supaya melakukan sesuatu (membuat pengakuan dsb) yg bertentangan dgn kemahuannya: pengakuan itu dibuatnya dlm keadaan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |