ukur | 1 orang yg kerjanya mengukur; tukang sukat. | Kamus Pelajar |
ukur | 1 hasil mengukur; sukatan: ~nya tidak tepat. | Kamus Pelajar |
ukur | 1 mencari luas (lebar, besar dll) sesuatu dgn menggunakan alat-alat tertentu; menyukat. | Kamus Pelajar |
ukur | 1. alat yg digunakan utk menyukat (utk mengetahui panjang, lebar, dsb sesuatu), sukat (dlm kata majmuk); ilmu ~ pengetahuan bkn sukat-menyukat tanah dll; pita ~ pita yg diguna-kan utk menyukat (utk mengetahui panjang, lebar, dsb sesuatu); 2. Mn layak, padan, patut; ~ alit sl aturan, tindakan; ~ jangka jangka waktu yg tertentu; ~ mata dgn telinga ki menurut apa yg didengar dan dilihat; ~ tanah menyukat tanah (utk menentukan atau menge-tahui panjangnya, luasnya, dsb); tukang ~ jalan ki orang yg kerjanya berjalan-jalan sahaja dgn tidak menentu; seukur 1. sama besarnya; 2. Mn secocok, sepadan; telah ~ a) sepadan dgn; b) sama dgn; c) sepatutnya, selayaknya; d) sefaham (dgn), seia sekata; ~ berbaur, bertopang bercerai prb jika sekata tentu bercampur (bersatu) dan jika berlainan pendapat (fikiran) tentu ber-cerai; mengukur 1. mencari luas (besar, lebar, dll) sesuatu dgn menggunakan alat-alat, me-nyukat: maka sebentar-sebentar diukurnya bayang-bayang itu; 2. ki menilai dgn mem-bandingkannya dgn yg lain, mencuba, menguji, memeriksa: dr jalan rayalah dapat dipandang gelagat lelaki dan dapat diukur perangai lelaki; mak tidak harus ~ segala-galanya drpd pandangan diri mak sahaja; ~ jalan ki berjalan mundar-mandir di jalan raya; ukur baju di badan sendiri prb tiap-tiap pekerjaan itu hendaklah dipilih sesuai dgn kebolehan kita; ukuran 1. alat yg digunakan utk mengukur (spt kayu skala, pita, dll); 2. satuan atau unit kiraan utk mengukur (menyukat), sukatan: berapa panjang jalan itu dlm ~ kilometer? 3. hasil drpd mengukur, perolehan drpd mengukur; 4. besarnya (panjangnya, lebar-nya, dll), saiz: kasut ~ besar; 5. ki sesuatu yg digunakan sbg bandingan (pegangan, nilaian, dll): sastera lama tidak boleh dan tidak dapat dinilai dgn ~-~ moden; pengukuran perihal (perbuatan, kerja, dsb) mengukur, penyukatan: ~ bagi agama-agama ini mestilah menggunakan kayu ukur yg sama; pengukur 1. orang yg kerjanya mengukur, juruukur, tukang sukat; 2. alat yg digunakan utk mengukur atau menyukat (spt kayu skala dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mikrometer | (mikrométer) 1. alat utk mengukur dgn tepat jarak, ketebalan dsb yg sangat kecil; 2. satu persejuta meter, mikron. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anemometer | (anémométer) 1. alat utk mengukur kelajuan dan hala tiupan angin; 2. alat utk mengukur kadar pergerakan bendalir. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
skala | 1. tanda-tanda yg terdapat pd alat pengukur (jangka suhu dsb) utk menentukan besarnya satuan ukuran: ~ Centigrade; kayu ~ kayu pembaris; 2. tingkatan (gaji dll); 3. nisbah atau kadar jarak (dlm peta, pelan, dll) sbg ganti yg sebenarnya: pelan sebuah rumah dilukis dgn ~ satu sentimeter bagi satu meter; ~ Celsius skala suhu yg berdasarkan takat beku air (diberi nilai 0) dan takat didih air (diberi nilai 100); ~ Fahrenheit skala suhu yg berdasarkan takat beku air (diberi nilai 32) dan takat didih air (diberi nilai 212); ~ Richter skala yg digunakan utk mengukur kekuatan gempa bumi, bernilai dr 0 hingga 8 atau lebih; penskalaan penghasilan skala. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
setrip | IB 1. garis yg lebar-lebar, jalur (perhiasan, tanda, dll), senggatan (pd alat pengukur); 2. tanda, pangkat di lengan; menyetrip membubuh (memasang) setrip. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tolok | 1 imbangan yg sama; bandingan: tiada ~ bandingnya tidak ada yg menyamainya. 2 berbagai-bagai jenis alat khusus yg digunakan utk mengukur atau utk menyukat sesuatu: ~ hujan; ~ tekanan; ~ ukur dalam. ~ dawai tolok utk mengukur tebalnya logam keping. ~ hujan alat yg digunakan utk mengukur banyaknya hujan yg turun. ~ tekanan alat utk mengukur tekanan sesuatu. bertolok berbanding; berimbang: tidak ~ tidak ada yg menyamainya. menolok menyamakan ukuran atau timbangan dgn ukuran atau timbangan yg sebenarnya. setolok sama kedudukan dll; sebanding; setara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
parut | 1. = pemarut, parutan alat utk mengukur kelapa dll; 2. bekas luka (bisul dll) pd kulit: di dahinya kelihatan satu ~ yg telah tua; 3. bekas ditetak pd pokok (kayu dll): kapak itu mengunggis ~-~ luka di pokok itu; luka itu sembuh ~nya tinggal juga = luka sudah hilang ~ tinggal juga prb walaupun sudah berbaik-baik tetapi dlm hati, pertelingkahan yg lepas itu terasa jua; berparut mempunyai parut: kepala yg ~; memarut mengukur (kelapa dll) dgn parut: kelapa diparut kemudian diperah; parutan 1. parut; 2. sesuatu yg sudah diparut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |