norma | 1. ukuran utk menentukan sesuatu; 2. peraturan atau ketentuan yg telah menjadi kebiasaan yg dijangka akan dipatuhi oleh setiap anggota masyarakat dsb: dia ingin memelihara ukuran-ukuran dan ~ yg telah ditetapkan; tindakan mereka mengikut ~ dan peraturan kekeluargaan mereka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
karat II | 1 ukuran utk menentukan kadar emas: emas 24 ~ emas tulen (tidak bercampur); emas 20 ~ emas campuran yg terdiri drpd emas tulen 20 bahagian dan campurannya (logam-logam lain) 4 bahagian. 2 ukuran berat utk berlian (intan). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dimensi | (diménsi) 1. ukuran saiz sesuatu (spt tinggi, panjang, lebar) atau garis pusat: dlm rajah yg kamu lukis itu, tunjukkan ~nya; cara ideal ialah audiovisual dan tiga ~; 2. aspek: apakah ~ baru yg harus kita cari, terokai, dan membinanya supaya kecemerlangan itu akan menjadi sesuatu yg hakiki dan abadi? berdimensi mempunyai dimensi; mendimensi mengambil ukuran, mengukur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
skala | 1 tanda-tanda tetap yg terdapat pd sesuatu alat pengukur: Pd pembaris ini, ada ~ inci dan ada ~ sentimeter. 2 alat yg bertanda dgn ukuran-ukuran tertentu: kayu ~ kayu pembaris. 3 susunan sesuatu tangga gaji; tingkatan gaji. 4 bandingan ukuran antara sesuatu yg benar dgn yg dilukis (dipetakan): Pelan rumah itu dibuat dgn ~ 1 inci bagi 10 kaki. ~ Richter skala yg digunakan utk mengukur kekuatan gempa bumi (ukuran 5.5 hingga 8.9 dianggap sbg gempa yg teruk dan menyebabkan kemusnahan). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hun | C 1. ukuran berat yg bersamaan dgn seperatus tahil (sepersepuluh ci atau 6.48 gm); 2. ukuran panjang yg bersamaan dgn seperlapan inci atau 3.1 milimeter. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cupak | 1 ukuran isi sebanyak gantang. 2 alat (utk menyukat sesuatu) yg bentuknya bulat torak atau spt tempurung yg besar dan dpt berisi sebanyak gantang. ~ hanyut lenggang yg lemah lembut (perlahan). ~ pesuk orang yg tidak boleh menyimpan rahsia. mencupak menyukat dgn cupak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
irama | 1. ukuran masa atau tempo (pd muzik): ~ perlahan digantikan dgn yg rancak; 2. panjang pendek bunyi yg teratur, turun naik bunyi yg teratur (pd lagu dll), rentak: penari-penari sedang rancak menari mengikut ~; 3. ki gaya, tingkah, ragam, rentak: cara pelaksanaan oleh budi daya manusia berubah-ubah, se~ dgn perubahan suasana dan keadaan. berirama dgn (memakai) irama, berentak; gerak badan ~ gerak badan mengikut irama; mengiramakan memberikan irama (pd lagu dll): kanak-kanak boleh bertepuk ~ lagu, kalau irama lagu itu senang diikuti. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meter | (méter) 1. ukuran panjang yg bersamaan dgn 39.37 inci; 2. = meteran Id alat utk mengukur atau merakamkan banyaknya air (tenaga elektrik dsb) yg telah mengalir melaluinya (iaitu yg telah digunakan); 3. = ~ laju alat yg dipasang di dlm kenderaan bermotor utk menunjukkan kelajuan pergerakannya; 4. alat (pd teksi) utk menunjukkan tambang yg harus dibayar; ~ lembapan (Hut) alat utk menyukat kandungan lembapan kayu secara langsung, sama ada dgn memasukkan elektrod ke dlm kayu atau meletakkannya pd permukaan kayu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kunca I | 1. ukuran isi bagi padi (biasanya sama dgn 160 gantang): hasil sawahnya seluas kira-kira tiga ekar itu cuma lebih sedikit drpd tiga ~; 2. berkas besar (padi, jerami, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
karat II | 1. ukuran ketulenan emas (emas tulen ialah 24 karat); emas 20 ~ emas murni 20 bahagian dan logam-logam lain 4 bahagian; 2. unit berat bagi berlian, intan, mutiara; 3. ki mutu, nilai, kaliber (bkn orang). | Kamus Dewan Edisi Keempat |