Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ulam;

Puisi
 

Ulam temu di kebun Pak Akob,
     Halia tumbuh dalam dulang;
Mula bertemu macam tak cukup,
     Bila dah jemu tendang terajang.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Ada ulam hendaklah ada sambalnya.

Bermaksud :

Tiap-tiap suatu itu ada pasangannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ada jarum hendaklah ada benangnya, b. Ada laut, ada perampok).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
ulam I1. daun-daunan atau buah-buahan mentah (spt daun pegaga, petai, dll) yg dimakan dgn nasi, lalap: kami di rumah makan ~ pucuk janggus dgn sambal belacan; 2. = ulam-ulam, ulaman ki perempuan simpanan, gundik; ~ mencari sambal prb perempuan mencari (mendatangi) lelaki; hendak ~ pucuk menjulai = pucuk dicita ~ tiba prb yg diperoleh lebih baik drpd yg dikehendaki; ulam-ulaman berbagai-bagai jenis ulam: ~ spt pucuk paku, pucuk gajus, pucuk ubi kayu, dan pegaga sering terdapat di restoran itu; berulam makan nasi dgn ulam: saya suka makan ~; makan ~ ki sudah beristeri; berulamkan memakan sesuatu sbg ulam: kamu makan tengah hari tadi ~ apa?Kamus Dewan Edisi Keempat
ulambuah-buahan atau daun-daunan mentah (spt jering, pegaga) yg dimakan dgn nasi: ~ raja nama sj herba yg daunnya dibuat ulam, Cosmos caudatus. ulam-ulaman pelbagai jenis ulam: ~ spt pucuk paku, pucuk gajus dan pucuk ubi memang digemarinya. berulam makan nasi dgn ulam. berulamkan memakan sesuatu sbg ulam: Ketika makan tadi, kami ~ pegaga.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lalap Idaun atau buah yg dimakan mentah dgn nasi, ulam; melalap memakan ulam, makan berulam.Kamus Dewan Edisi Keempat
ulam-ulamanpelbagai jenis ulam: ~ spt pucuk paku, pucuk gajus dan pucuk ubi memang digemarinya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ulam-ulamanberbagai-bagai jenis ulam: ~ spt pucuk paku, pucuk gajus, pucuk ubi kayu, dan pegaga sering terdapat di restoran itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
ulamberulamkan memakan sesuatu sbg ulam: Ketika makan tadi kami ~ pegaga.Kamus Pelajar
ulamberulam makan nasi dgn ulam.Kamus Pelajar
ulam rajanama sj herba yg daunnya dibuat ulam, Cosmos caudatus.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ulam rajasj tumbuhan (herba yg daunnya dibuat ulam), Cosmos caudatus.Kamus Dewan Edisi Keempat
ulam II; ~ raja sj tumbuhan (herba yg daunnya dibuat ulam), Cosmos caudatus.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678

Kembali ke atas