ulang-alik | kerap kali pergi dan balik; mundar-mandir. berulang-alik berpergian dan kembali pula (berulang-ulang), pergi (ke sesuatu tempat) dan balik semula: Perahu besar di Kuala Terengganu itu bukan sahaja ~ ke Pahang, tetapi juga ke Siam. pengulang-alik ist peranti elektrik yg menukarkan kuasa mekanikal kpd kuasa elektrik dan membekalkan arus ulang-alik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ulang-alik | kerap kali (berkali-kali) pergi dan balik, bolak-balik, mundar-mandir: empat kali Pak Pandir dgn Mak Andeh berangkut ~, baharulah habis semuanya; berulang-alik berpergian dan kembali pula (berkali-kali), pergi (ke sesuatu tempat) dan balik, berulang: aku tahu perahu besar di Kuala Terengganu itu bukan sahaja ~ ke Pahang, tetapi juga ke Siam; pengulang-alik (Kej) peranti elektrik yg menukarkan kuasa mekanik kpd kuasa elektrik dan membekalkan arus ulang-alik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencoang-coang | ulang-alik tidak tentu arah yg dituju, (berjalan dll) ke sana sini (mundar-mandir). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bolak-balik | 1 ulang-alik pergi ke sesuatu tempat dan kembali semula: Kapal itu ~ dr sini ke sana. 2 tidak tetap percakapannya atau perbuatannya; sentiasa berubah-ubah; berputar belit: Bercakaplah terus terang, jangan ~ saja. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bolak-balik | 1. ulang-alik, pergi balik: bas itu pergi ke Singapura ~; 2. tidak tetap atau berubah-ubah (percakapan atau perbuatan seseorang), berbalik-balik, berbelit-belit: cakapnya ~;berbolak-balik berbalik-balik, berulangulang: fikiran itu masih ~ dlm kepalanya; membolak-balikkan 1. membalik-balikkan, mengolak-alikkan: sudah kami bolak-balikkan, sudah kami tating-tating, dan sudah kami kaji buruk baiknya; 2. memutarbelitkan: dicubanya ~ perkara itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kapal calu | kapal yg belayar ulang-alik dgn tetap. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
wongweng | (wongwéng) Pl mundar-mandir,ulang-alik, bolak-balik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kapal calu | kapal yg belayar ulang-alik dgn tetap; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
coang II | Mn; mencoang-coang ulang-alik tidak tentu arah yg dituju, (berjalan dll) ke sana sini (mundar-mandir). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gegelung aruhan | (Fiz) alat utk menghasilkan arus ulang-alik yg bervoltan tinggi drpd bekalan arus terus yg bervoltan rendah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |