Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ulas (kata nama)
Bersinonim dengan sarung bantal, sarung tilam, sampul bantal, sampul tilam;,
Kata Terbitan : berulas, mengulas, ulas2, seulas, berulas, ulas3, mengulas, ulasan, pengulasan, pengulas,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
ulas II1 isi buah yg berbiji, atau bergugus dan boleh dipisah-pisahkan (mis isi durian, nangka, limau): Dia makan beberapa ~ durian. 2 penjodoh bilangan utk isi buah atau bahagian buah yg berbiji-biji: se~ nangka; se~ limau. berulas ada ulasnya; dlm bentuk ulas: Isi buah itu ~-ulas.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ulas II1. isi buah, biasanya berbiji, yg bergugus-gugus dan boleh dipisah-pisahkan, mis buah durian, nangka, manggis, limau dan langsat: setiap pangsa durian itu biasanya mengandungi dua atau tiga ~ sahaja isinya; 2. penjodoh bilangan utk bahagian buah yg berbiji dll: lalu dipinta se~ nangka pd penghulu istana itu; beberapa ~ bawang; limau masak se~ prb kepandaian yg melebihi kepandaian saudara-saudaranya yg lain; berulas berbentuk atau menyerupai ulas: isi buahnya putih, ~, lembut dan manis; berulas-ulas timbul ketul-ketul yg menyerupai ulas (bkn otot badan dsb): daging pd bahagian lengannya kelihatan ~; badannya ~ kerana mengamalkan sukan angkat berat.Kamus Dewan Edisi Keempat
ulas tangan1. ki pembantu dlm sesuatu hal; 2. ki kakitangan, pekerja; berulas tangan ki ada yg membantu (menolong), mempunyai pembantu; ~ dan lidah ki mendapat bantuan tenaga dan tunjuk ajar; mengulas tangan ki memberi pertolongan kpd, membantu, menolong.Kamus Dewan Edisi Keempat
ulas I1. kain yg dijadikan sampul, sarung (bantal, tilam, dll), kelubung: beberapa jenis kain ~ tiang yg indah-indah; 2. kulit buah (biji dll): pd masa padi itu direndam dan diwapkan, setengah drpd vitamin B1 yg mudah larut itu serap masuk ke dlm ~ beras; berulas ada ulasnya, bersarung (bantal dll), bersampul; mengulas, mengulasi memberi bersarung (bersampul), menyampul, menyaluti; ulasan sarung (bantal dll), sampul.Kamus Dewan Edisi Keempat
ulas I1 bersarung (bkn bantal, tilam dsb).Kamus Pelajar
ulas I1 kain yg dijadikan sampul bantal (tilam dsb); kain sampul; sarung.Kamus Pelajar
juring Iulas, pangsa; sejuring 1. sepangsa, seulas; 2. ki se­ba­hagian, sepotong (kata-kata dsb): dgn jalan ini sajalah aku dapat mengembalikan ~ kebahagiaanku yg telah hilang; juringan juring.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas