Islam | agama yg disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW; masuk ~ menjadi orang yg beragama Islam; orang (umat) ~ orang (umat) yg beragama Islam; rukun ~ teras yg terdiri drpd lima perkara yg wajib diamalkan oleh setiap umat Islam; ~ baka a) Islam kerana keturunan; b) orang Islam yg tidak patuh kpd agama; mengislamkan 1. memasukkan seseorang ke dlm agama Islam, menjadikan beragama Islam: orang Perlak itu pun diislamkan oleh Fakir Muhammad; 2. mengkhatankan, menyunatkan: ia hendak ~ anak sulungnya; 3. menjadikan patuh kpd atau menyesuaikan dgn ajaran (ciri-ciri dsb) agama Islam; keislaman hal atau keadaan yg berkaitan dgn Islam: semangat kita haruslah semangat ~; pengislaman perbuatan mengislamkan seseorang: upacara ~ beramai-ramai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
umat | 1 pengikut Nabi; penganut sesuatu agama: ~ Islam; ~ Muhammad SAW. 2 seluruh rakyat; orang ramai. 3 = ~ manusia sekalian manusia. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
umat | 1. para pemeluk atau penganut sesuatu agama, pengikut Nabi: ~ Islam terdiri drpd bermacam-macam bangsa dgn berbagai-bagai bahasa; 2. seluruh rakyat, orang banyak, khalayak ramai: ~ Asia-Afrika; 3. segolongan manusia, bangsa: ayuhai kaum bangsaku, cubalah kita renungkan keduduk-an ~ kita, Melayu! 4. = ~ manusia seluruh bangsa manusia, sekalian manusia: Nabi bagi segala ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
umat | 1 pengikut Nabi; penganut sesuatu agama: ~ Islam; ~ Muhammad. | Kamus Pelajar |
mazhab | Ar 1. cabang ajaran Islam yg diikuti oleh umat Islam (iaitu mazhab Syafii, Hanafi, Hambali dan Maliki): di Mesir umpamanya pd masa dahulu, mahkamah Syariah se-mata-mata berpegang pd ~ Hanafi; 2. aliran, fahaman, atau ajaran (spt dlm bidang ekonomi dll): ~ laissez-faire; 3. ark ajaran Kristian yg telah menyimpang drpd yg asli: ~ Protestan; bermazhab tergolong dlm, berpegang pd atau menganuti mazhab: rata-rata umat Is-lam Chechnya beraliran Sunni dan ~ Hanafi; dr segi agama, mereka ~ Syafii; kemazhaban hal yg berkaitan dgn mazhab: tersebarnya semangat taklid dan fanatik ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
imam | 1 orang yg mengepalai sembahyang yg dilakukan beramai-ramai (berjemaah). 2 orang yg menjadi penganjur atau pemimpin sesuatu ajaran (negara dll): ~ Yaman raja negara Yaman. ~ Mahdi pemimpin Islam yg dianggap akan muncul pd akhir zaman utk menyelamatkan umat Islam. ~ perang orang yg memimpin sesuatu pasukan perang. ~ yg empat empat orang penganjur (iaitu Syafie, Hanafi, Hanbali dan Maliki) yg menjadi ikutan sebahagian besar umat Islam sekarang. berimamkan 1 memilih atau menjadikan seseorang sbg imam (ketika sembahyang berjemaah): Kami bersembahyang jemaah ~ Ustaz Yazid. 2 mempunyai seseorang sbg pemimpin atau ketua; berketuakan. mengimami menjadi imam (ketika sembahyang berjemaah); mengepalai. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kufur | Ar 1. tidak percaya atau tidak beriman kpd Allah dan rasul-Nya, kafir: ada antara umat Islam yg ragu-ragu tentang kerasulan Nabi Muhammad dan kembali ~; ilmu ~ ilmu yg menafikan wujudnya Allah; 2. ingkar terhadap suruhan dan larangan Allah: orang yg meninggalkan sembahyang dgn sengaja adalah ~; 3. = ~ nikmat tidak bersyukur kpd nikmat Allah: utk menguji sama ada mereka bersyukur atau ~ terhadap segala nikmat Allah; mengkufuri 1. tidak percaya kpd Tuhan: kami akan dianggap ~ Allah andainya kami kembali kafir; 2. tidak bersyukur kpd (nikmat Allah): ini bermakna, mereka ~ nikmat Allah; mengkufurkan 1. memandang sbg kufur, menganggap kufur; 2. ark mengeluarkan (mengucilkan) dr golongan yg beragama; kekufuran keadaan kufur: dia berusaha utk mengelakkan umat Islam drpd ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengumandangkan | 1. mengeluarkan bunyi atau suara yg bergema: suara menyeru umat Islam menunaikan kewajiban mereka kpd Allah dikumandangkan ke telinga umum; 2. ki mendengung-dengungkan, menyeru-nyerukan dgn nyaring: suaranya akan ~ kekesalan yg tidak terungkai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
wajib | 1 mesti diamalkan (menurut agama Islam); tidak boleh tidak: Umat Islam ~ melakukan sembahyang lima waktu sehari semalam. | Kamus Pelajar |
tahunan | 1. (berlaku atau diadakan) setiap tahun: salah satu drpd tujuan ibadat haji ialah utk menyatukan umat Islam melalui satu muktamar Islam ~ yg berlangsung di tanah suci; mesyuarat agung ~; penyata ~; 2. bp sudah bertahun-tahun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |