Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
umpama (kata tugas)
Bersinonim dengan ibarat, misal, laksana, seperti, macam, amsal, sebagai, bak;,
Kata Terbitan : seumpama, mengumpamakan, perumpamaan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tamsil1. persamaan sbg umpama (misal), misalan, contoh: satu ~ lagi, adalah keruh bumi ini umpama kelapa dlm air; 2. ajaran yg terkandung dlm sesuatu cerita, ibarat: ter­kadang-kadang ia menyanyi dan melagu­kan pula beberapa gurindam yg mengan­dungi ~ dan ibarat; bertamsil menggunakan tamsil (contoh); mentamsilkan menggambarkan sesuatu (sbg contoh), mengibaratkan, mengumpama­kan; tamsilan contoh, ibarat, persamaan, perum­pamaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
ibarat1. umpama, seperti, misal: agama itu ~ suatu suluh bagi menunjukkan jalan yg lurus dan selamat; 2. contoh yg baik yg terkandung dlm sesuatu cerita (perumpamaan dll), pengajaran, teladan: ambillah ~ drpd cerita itu; cerita ~ cerita yg mengandungi pengajar­an; 3. cerita (pantun, sajak, dll) yg dijadikan perbandingan atau kiasan (bagi mengatakan sesuatu maksud); kias ~ bahasa berbunga-bunga yg mempunyai erti dua lapis serta dalam maksudnya; beribarat 1. mengandungi ibarat: dia gemar benar membaca cerita-cerita yg ~; 2. memberi pengajaran (petunjuk) dgn menggunakan ibarat: Tuk guru itu selalu ~ pd masa dia mengajar agama; mengibaratkan 1. mengumpamakan, menyamakan, membandingkan (sesuatu benda dgn yg lain): pd manusia spt inilah dapat diibaratkan pepatah: bercerai hidup umpat-umpatan, bercerai mati puji-pujian; 2. menganggap: dia ~ buku sbg temannya pd waktu lapang; 3. mengatakan sesuatu (selalunya yg berupa nasihat) dgn berbagai-bagai kiasan.Kamus Dewan Edisi Keempat
umpama1. (sesuatu yg dijadikan) perban-dingan, ibarat, misal: yg disebutnya tadi hanya sbg ~ sahaja; 2. = ~nya sesuatu yg dijadikan contoh, misalnya: banyak kehasilan negeri Lampung, ~, terutama lada kecil atau merica dan karet; 3. = spt ~ = seumpama sama halnya dgn, tidak ubahnya spt, misalnya, sebagai: budak-budak ~ rebung, boleh di-lentur dan dibentuk; 4. sesuatu yg hanya dijadikan misalan sahaja (bukan sungguh-sungguh), andai: itu hanya ~, bukan sungguh-sungguh; 5. = ~ kata = ~nya = seumpama, umpamakan jika sekiranya, katakanlah kalau, seandainya, andai kata: ~ engkau banyak wang, apa yg hendak kaubuat?; seumpama hari hujan, ke mana kita hendak lari?; umpamakan engkau pergi merantau, bagaimana engkau menyesuaikan diri dgn masyarakat asing?; bukan (tidak) ~ lagi berlaku tidak sopan, tidak hormat lagi kpd; seumpama 1. sama seperti (sesuatu yg telah dinyatakan), serupa dgn: kehidupannya ber-gantung pd susu ibu ataupun cecair yg ~nya; 2. umpama; berumpama menggunakan umpama (ibarat, misal), bercakap dgn umpama; mengumpama sl menaruh hormat (kpd), menghormati: jangan diperbuat segala pekerjaan yg tidak berbahasa dan tiada ~ kpd segala indera dan dewa; mengumpamai 1. sl sama dgn, menyamai, menyerupai; 2. = mengumpamakan memberi hormat kpd, menghargai, menghormati; mengumpamakan 1. menganggap sama dgn, menjadikan contoh (kiasan, ibarat), meng-ibaratkan, membandingkan (dgn): mata manu-sia bolehlah diumpamakan sbg sebuah kamera; 2. melakukan atau mengatakan sesuatu sbg contoh (sbg ulangan drpd yg telah dilakukan), memberitahu bagaimana (dgn gaya dll): beliau telah ~ bagaimana beliau dapat mengelakkan diri drpd tikaman pen-curi itu; 3. menganggap sbg misalan (bukan sungguh-sungguh), memisalkan, menyifat-kan: aku umpamakan kau dikahwinkan dgn seorang pemuda dr bangsamu sendiri; 4. menunjukkan hormat (menghargai) spt yg selayaknya, menghormati (sebagaimana mesti-nya): segeralah ia tangkap, jika ia melawan, bunuh olehmu, kerana ia tidak ~ daku; terumpamakan dapat disamakan atau diban-dingkan dgn yg lain yg sepertinya: pantai putih bersih tak ~; perumpamaan 1. = umpamaan sesuatu yg dianggap sama dgn, ibarat, misal: dgn menggunakan ~ dan lambang, penyajak dapat memberi makna yg banyak dan ber­lapis-lapis pd ungkapan-ungkapan kata­­nya; 2. sj peribahasa yg berupa perbanding­an dgn sesuatu yg lain (umumnya me­ngandungi ajaran); 3. sesuatu yg dijadikan contoh (mis hal-hal yg telah berlaku dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
umpama1 sesuatu yg dianggap sama dgn; ibarat.Kamus Pelajar
umpama1menganggap sama dgn; menjadikan sbg ibarat; mengibaratkan: Ia ~ pengkhianat itu sbg sampah masyarakat.Kamus Pelajar
umpama1 sesuatu yg dijadikan perbandingan; ibarat.Kamus Pelajar
umpama1 sesuatu yg dijadikan perbandingan; ibarat. 2 = seumpama sama halnya dgn; tak ada bezanya dgn: Hidupnya ~ burung dlm sangkar. umpamanya, umpamakan jika sekiranya; andai kata: ~ dia marah, bagaimana? mengumpamakan 1 menganggap sama dgn; menjadikan sbg ibarat; mengibaratkan: Ia ~ pengkhianat itu sbg sampah masyarakat. 2 memberi hormat spt yg sepatutnya: Jika kita tidak ~ orang, orang juga tidak akan ~ kita. perumpamaan 1 sesuatu yg dianggap sama dgn; ibarat. 2 peribahasa yg berupa perbandingan dgn sesuatu yg lain dan umumnya berisi pengajaran.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tenar1. sl huru-hara, gaduh, gempar, hingar bingar, rusuh: ~lah bunyi sumpah seranahnya akan Pak Pandir serta dilutunya umpama tebuan pecah sarangnya; 2. terkenal, masyhur, ternama: beliau seorang pengarang yg telah cukup ~ namanya di ibu kota.Kamus Dewan Edisi Keempat
seumpama1. sama seperti (sesuatu yg telah dinyatakan), serupa dgn: kehidupannya ber-gantung pd susu ibu ataupun cecair yg ~nya; 2. umpama;Kamus Dewan Edisi Keempat
macam1. keadaan sesuatu benda, bangsa, jenis, rupa: kain ini ada dua ~; 2. laksana, seperti, umpama: ~ rusa masuk kampung; 3. cara, kaedah: walau ~ mana sekalipun, ia mesti berjumpa dgn orang tuanya; apa ~ a) = ~ apa (mana) bagaimana; b) apa pendapatmu? semacam 1. sebangsa, sejenis; 2. sebagai, serupa, seperti: adakah orang ~ saya mena-ruh khianat di dlm hati; bermacam berbagai(-bagai); bermacam-macam, macam-macam ber­bagai-bagai, berjenis-jenis, berupa-rupa; mempermacam-macamkan memperbuat dll bermacam-macam.Kamus Dewan Edisi Keempat
1234

Kembali ke atas