umrah | ibadat sunat yg terdiri drpd niat dan beberapa perbuatan (spt ihram, tawaf dan sai) tetapi tidak melakukan rukun dan wajib haji; haji kecil. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
umrah | ibadat sunat yg terdiri drpd niat dan beberapa perbuatan (spt ihram, tawaf dan sa’i) tetapi tidak melakukan rukun dan wajib haji; haji kecil. | Kamus Pelajar |
tawaf | Ar mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali dgn syarat tertentu sambil berdoa (bkn orang yg sedang mengerjakan haji atau umrah): pekerjaan yg berhubung dgn umrah, iaitu ~ dan sai; ~ berpisah = ~ widak tawaf yg dilakukan oleh setiap orang yg mengerjakan haji ketika hendak keluar meninggalkan Mekah; ~ ifadat tawaf rukun dlm ibadat haji dan umrah; ~ qudum = ~ tiba tawaf kerana selamat tiba di Kaabah yg dilakukan oleh setiap orang yg baru masuk ke Mekah sebaik-baik sahaja tiba di sana; ~ sunat tawaf biasa yg boleh dilakukan pd bila-bila masa sahaja; bertawaf melakukan (mengerjakan) tawaf: sedang saya ~ di Baitullah dlm orang ber-sesak-sesak tiba-tiba tangan saya dilanggar oleh orang perempuan yg sama-sama sedang melakukan tawaf. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
umrah | Ar ibadat yg mengandungi beberapa perbuatan (ihram, tawaf, sai, dan tahalul) tanpa wukuf dan wajib-wajib haji, haji kecil; berumrah mengerjakan umrah: ~ ke Mekah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tahalul | 1 (dlm keadaan) dihalalkan melakukan sesuatu yg dilarang atau yg disyaratkan dlm mengerjakan ibadat haji atau umrah setelah selesai mengerjakan rukun atau beberapa rukun. 2 perbuatan bercukur atau menggunting rambut utk melepaskan diri drpd ihram dlm melakukan ibadah haji atau umrah. bertahalul bergunting atau bercukur utk melepaskan diri drpd ihram dlm melakukan ibadah haji atau umrah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ihram | tempoh larangan drpd melakukan perkara-perkara tertentu (spt memakai pakaian berjahit, memotong kuku, berburu dsb) ketika mengerjakan ibadat haji atau umrah. pakaian ~ pakaian drpd kain putih yg tidak berjahit dan dipakai ketika mengerjakan haji atau umrah. | Kamus Pelajar |
ihram | tempoh larangan drpd melakukan perkara-perkara tertentu, spt memakai pakaian berjahit (bagi lelaki), memotong kuku, berburu dsb ketika mengerjakan ibadat haji atau umrah. pakaian ~ pakaian drpd kain putih yg tidak berjahit (utk lelaki) dan dipakai ketika dlm ihram semasa mengerjakan haji atau umrah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tawaf | 1 perbuatan berjalan mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali sambil berdoa (dilakukan sbg ibadat). ~ ifadah tawaf yg menjadi rukun dlm ibadat haji atau umrah. ~ qudum tawaf yg sunat dilakukan oleh orang-orang yg baru tiba di Mekah. ~ widak tawaf yg wajib dilakukan oleh setiap jemaah haji (umrah) ketika hendak keluar dr Mekah. 2 = bertawaf mengerjakan atau melakukan tawaf. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ihram | Ar 1. keadaan seseorang yg telah berniat mengerjakan haji atau umrah (atau kedua-duanya sekali) yg pd ketika itu diharamkan baginya melakukan perbuatan tertentu spt memakai pakaian berjahit dan bau-bauan, menutup kepala (bagi lelaki) dan menutup muka (bagi perempuan), dan bersetubuh; 2. pakaian ihram: selepas memakai ~ di maktab, jemaah berkenaan terus ke Masjid al-Haram; pakaian ~ pakaian khusus yg digunakan pd masa mengerjakan haji dan umrah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berumrah | mengerjakan umrah: ~ ke Mekah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |