Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[Öu.mum]/[u.mum] | عموم

Definisi : 1. secara keseluruhan (tidak pd atau mengenai yg tertentu sahaja), bersifat menyeluruh, mengenai keseluruhan sesuatu, lwn khusus (khas): perbualan kami bersifat ~ belaka; penjelasan emaknya itu terlalu ~ dan tidak dapat meredakan kegelisahan-nya; pemandangan ~ pemandangan mengenai keseluruhan soal; pd ~nya pd keseluruhannya, ghalibnya, kebiasaannya; 2. khalayak ramai, orang banyak (bukan orang atau golongan tertentu sahaja): sebagaimana yg diketahui ~, di negeri ini cuma ada empat buah akhbar yg menyebarkan siarannya dlm Bahasa Kebangsaan; kepentingan ~ kepen-tingan orang banyak, kepentingan semua orang (tidak terbatas kpd orang atau golongan tertentu); rapat ~ rapat utk orang ramai; 3. berkaitan dgn orang ramai, utk orang ramai; pilihanraya ~ pemilihan (dgn cara mengundi) yg dilakukan oleh semua orang; rumah sakit ~ rumah sakit utk sekalian orang (bukan utk orang tertentu sahaja); 4. sudah diketahui oleh orang banyak, bukan merupakan rahsia lagi, sudah tersiar ke mana-mana: cerita itu sudah ~, tidak perlu diceritakan lagi; 5. biasa terdapat (digunakan dll) di mana-mana, sudah lazim, tidak asing lagi: sudah banyak perkataan Indonesia yg ~ dipakai di sini; seumumnya 1. sekaliannya, seluruhnya, semuanya: pendeknya perkara-perkara yg bersangkut-paut dgn kepentingan kebangsaan ~ diserahkan kpd kerajaan pusat; keten-teraman yg amat dihajati oleh manusia ~; 2. pd kebiasaannya, pd lazimnya, pd umum-nya; mengumumkan 1. memberitahu kpd orang ramai, memaklumkan, menyerantakan: beliau ~ hari ini bahawa pelajaran sains akan diadakan menerusi televisyen; 2. menyiarkan (dlm akhbar dll), menyebarkan: keputusan-keputusan lengkap peperiksaan akan di-umumkan dlm akhbar-akhbar tempatan; 3. menjadikan umum, menjadikan tersebar di merata-rata tempat, melazimkan; keumuman perihal (sifat dsb) umum, sifat menyeluruh (tidak khusus kpd sesuatu): ~ dan kekhususan tiap-tiap satu kemahiran itu tidak sama; ~ fasal-fasal yg terkandung dlm syarat-syarat dan peraturan-peraturan itu; pengumuman 1. perihal (perbuatan dsb) mengumumkan, pemberitahuan kpd orang ramai, pemakluman: kerajaan dijangka akan membuat ~ mengenai pelantikan itu tidak berapa lama lagi; 2. yg diumumkan: ~ dlm akhbar itu ringkas sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[Öu.mum]/[u.mum] | عموم

Definisi : sl 1. tidak terang, gelap; 2. sukar difahami, sulit: ® umun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[Öu.mum]/[u.mum] | عموم

Definisi : 1 mengenai seluruhnya; tidak khas: pd ~nya pd keseluruhannya; kebiasaannya. 2 orang ramai; khalayak ramai: rapat ~ rapat utk semua orang; jalan ~ jalan utk semua orang. 3 sudah diketahui oleh orang ramai; sudah tersiar di merata-rata tempat: Peristiwa itu sudah ~. mengumumkan memberitahukan sesuatu kpd orang ramai; memaklumkan: Guru sudah ~ keputusan peperiksaan kpd murid-murid. pengumuman 1 perbuatan atau hal mengumumkan; pemberitahuan kpd orang banyak. 2 sesuatu yg diumumkan; pernyataan utk mengumumkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
umum
1. Bersinonim dengan biasa
( sudah lazim, bukan rahsia lagi, tidak asing lagi, ghalibnya, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan secara keseluruhan
( tidak terbatas, tidak terhad, )
(adjektif:)
Berantonim dengan khusus

3. Bersinonim dengan orang awam
( khalayak ramai, orang ramai, orang biasa, orang preman, mahajana, )
(kata nama:)

Kata Terbitan : seumumnya, mengumumkan, pengumuman,

Peribahasa

Bacang dibungkus tentu baunya keluar juga.

Bermaksud :

Menyimpan rahsia yang telah diketahui umum. (Peribahasa lain yang sama makna: Menyimpan embacang masak).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
publik1. orang ramai, masyarakat umum, awam, umum: menarik perhatian ~; di muka ~ di hadapan orang ramai; 2. bkn orang ramai, terbuka kpd umum.Kamus Dewan Edisi Keempat
anggapan umumpendapat umum;Kamus Dewan Edisi Keempat
(di) mata umum(pd) pandangan umum, di khalayak ramai;Kamus Dewan Edisi Keempat
publisiti1. teknik menarik perhatian umum terhadap sesuatu (mis barangan, personaliti, dsb) terutamanya melalui media massa: 2. perhatian umum: seberapa boleh ia mahu mengelakkan dirinya drpd ~; 3. maklumat yg disebarkan utk menarik perhatian umum: memberi ~ yg secukup-cukupnya tentang barang-barang keluaran kami; mempublisitikan menyebarkan maklumat tentang sesuatu perkara utk menarik per­hatian umum, membuat supaya mendapat publisiti (perhatian umum): semoga banyak pihak yg mementingkan perspektif agama ~ amalan spt sembahyang sunat gerhana, doa dan ceramah menjelang gerhana.Kamus Dewan Edisi Keempat
itlakAr hal merumuskan sesuatu secara umum atau menyeluruh; mengitlakkan merumuskan sesuatu secara umum atau menyeluruh; itlakan rumusan secara umum atau menyeluruh: sekurang-kurangnya penterjemah berupaya membuat ~ terhadap teks; keitlakan perihal itlak; pengitlakan perihal atau perbuatan mengitlakkan: dgn melihat kedua-dua contoh ini kita dapat membuat sedikit ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
kempen(kémpén) segala usaha (kegiatan dan tindakan) yg dirancangkan dan dilaksanakan dgn menggunakan penerangan (rayuan dll) utk mempengaruhi pendapat umum atau mendapatkan sokongan umum terhadap sesuatu (matlamat dll): jabatan tersebut akan memperhebat ~nya utk menyedarkan pekebun-pekebun kecil tentang pentingnya penanaman semula getah; ~ pilihan raya kempen utk mendapatkan sokongan pengundi bagi calon (parti politik) yg bertanding dlm sesuatu pilihan raya; berkempen melancarkan (menjalankan) kem­pen: pegawai penerangan parti itu sedang giat ~ membidas dasar-dasar ekonomi parti yg memerintah.Kamus Dewan Edisi Keempat
umum1 mengenai seluruhnya; tidak khas: pd ~nya pd keseluruhannya; kebiasaannya. 2 orang ramai; khalayak ramai: rapat ~ rapat utk semua orang; jalan ~ jalan utk semua orang. 3 sudah diketahui oleh orang ramai; sudah tersiar di merata-rata tempat: Peristiwa itu sudah ~. mengumumkan memberitahukan sesuatu kpd orang ramai; memaklumkan: Guru sudah ~ keputusan peperiksaan kpd murid-murid. pengumuman 1 perbuatan atau hal mengumumkan; pemberitahuan kpd orang banyak. 2 sesuatu yg diumumkan; pernyataan utk mengumumkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
umum IIsl 1. tidak terang, gelap; 2. sukar difahami, sulit: ® umun.Kamus Dewan Edisi Keempat
umum2 sesuatu yg diumumkan; pernyataan utk mengumumkan.Kamus Pelajar
umum1 perbuatan atau hal mengumumkan; pemberitahuan kpd orang banyak.Kamus Pelajar
12345678910...

Kembali ke atas