umum | 1 perbuatan atau hal mengumumkan; pemberitahuan kpd orang banyak. | Kamus Pelajar |
umum | 1 mengenai seluruhnya; tidak khas: pd ~nya pd keseluruhannya; kebiasaannya. 2 orang ramai; khalayak ramai: rapat ~ rapat utk semua orang; jalan ~ jalan utk semua orang. 3 sudah diketahui oleh orang ramai; sudah tersiar di merata-rata tempat: Peristiwa itu sudah ~. mengumumkan memberitahukan sesuatu kpd orang ramai; memaklumkan: Guru sudah ~ keputusan peperiksaan kpd murid-murid. pengumuman 1 perbuatan atau hal mengumumkan; pemberitahuan kpd orang banyak. 2 sesuatu yg diumumkan; pernyataan utk mengumumkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
seni II | 1 kecekapan atau kepandaian membuat sesuatu yg indah-indah. 2 hasil karya yg dicipta dgn kebolehan atau dgn kepandaian yg luar biasa; hasil drpd sesuatu ciptaan. ~ bina (bangunan) seni ttg pembuatan bangunan. ~ drama seni ttg lakonan pentas (sandiwara). ~ jarum kepandaian dlm hal jahit-menjahit atau sulam-menyulam. ~ halus cabang seni dan karya seni yg mempunyai nilai keindahan dan memberikan kepuasan cita rasa kpd peminatnya, spt lukisan, muzik, puisi dan ukiran. ~ kata susunan kata yg indah-indah (dlm sesebuah lagu dll). ~ lukis kepandaian dlm hal lukis-melukis. ~ pahat (ukir) kepandaian membuat ukiran. ~ suara seni ttg suara dan lagu. ~ tari seni ttg tari-tarian. kesenian segala sesuatu yg berkaitan dgn seni: ilmu ~ (seni) pengetahuan ttg seni secara umum. seniman 1 orang yg mencipta sesuatu hasil seni spt pelukis, penyair. 2 bintang filem lelaki. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
publik | 1. orang ramai, masyarakat umum, awam, umum: menarik perhatian ~; di muka ~ di hadapan orang ramai; 2. bkn orang ramai, terbuka kpd umum. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
publisiti | 1. teknik menarik perhatian umum terhadap sesuatu (mis barangan, personaliti, dsb) terutamanya melalui media massa: 2. perhatian umum: seberapa boleh ia mahu mengelakkan dirinya drpd ~; 3. maklumat yg disebarkan utk menarik perhatian umum: memberi ~ yg secukup-cukupnya tentang barang-barang keluaran kami; mempublisitikan menyebarkan maklumat tentang sesuatu perkara utk menarik perhatian umum, membuat supaya mendapat publisiti (perhatian umum): semoga banyak pihak yg mementingkan perspektif agama ~ amalan spt sembahyang sunat gerhana, doa dan ceramah menjelang gerhana. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pilih | ; ~ bulu memandang kedudukan, bangsa, keturunan, dsb; ~ kasih mengasihi (memihak) sesuatu pihak, berat sebelah dlm membuat keputusan dll; berpilih-pilih 1. pilih dgn amat teliti; 2. susah didapat, sedikit saja (yg), tidak sebarang (orang dll): ~ orang yg boleh menjadi pemimpin perkumpulan itu; raja-raja dan menteri-menteri yg banyak itu ~ yg tahu akan bahasa Nigrama itu; memilih 1. menunjukkan (menentukan) barang (orang dll) yg disukai: ia ~ Mak Haji menjadi teman hidupnya ini ialah semata-mata kerana memandang hartanya; mereka tidak dapat ~ nasi yg lain drpd jenis yg dimakan di rumah masing-masing; kami bariskan orang-orang tu, tentu kakak boleh ~ yg mana satu; tidak ~ = tidak memilih-milih tidak memandang orang (tempat dll), tidak menghiraukan orang (tempat dll); 2. mencari atau memisah-misahkan mana yg baik (besar, kecil, dll): ~ beras; ~ kopi; 3. menentukan calon (orang dll) dgn menyatakannya: ahli-ahli persatuan ini telah ~ Encik Amdun sbg pengerusinya; 4. = memilih-milih sangat teliti memilih, berpilih-pilih; pilih-pilih ruas, terpilih buku prb kerana berharap sangat mendapat yg baik, akhirnya menerima yg buruk; memilihkan memilih (barang, jodoh, dll) utk orang lain; terpilih 1. dapat dipilih, telah dipilih: wakil PAS yg tunggal dlm Parlimen pernah ~ dr Kerian; 2. memilih dgn tidak sengaja; pilihan 1. yg telah dipilih, hasil memilih: siapalah yg tahu agaknya di sana telah sedia ada anak gadis ~ ayah As sendiri; 2. yg terbaik (terpilih, terkemuka, dll): dihantarnya beberapa orang ~; pemilihan hal atau perbuatan memilih: suara merdu sesuatu biola kecil adalah bergantung pd ~ kayu yg istimewa; ~ yg dijalankan itu tidak begitu adil; ~ alamiah (Bio) teori tentang evolusi organisma (dipelopori oleh Darwin) yg menyatakan bahawa individu sesuatu spesies yg dapat menyesuaikan diri dgn persekitaran akan dapat hidup dlm persekitaran itu dan cenderung membiak dgn banyak; ~ bertingkat (berjenjang) ark Id pemilihan wakil parlimen yg tidak langsung oleh rakyat; ~ buatan (Bio) pemilihan tumbuhan atau haiwan yg mempunyai ciri terbaik utk dikacukkan; ~ langsung Id pemilihan wakil parlimen yg langsung oleh rakyat; ~ umum Id pilihan raya umum; pemilih 1. orang yg memilih; 2. terlalu memilih-milih: ia sangat ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
awam | 1 umum; am: Kami telah berbincang ttg perkara-perkara ~ saja. 2 tidak bersifat ketenteraan; preman; biasa: orang ~ orang biasa; perkhidmatan ~ perkhidmatan kerajaan yg bukan ketenteraan sifatnya. mengawamkan 1 memberitahukan sesuatu kpd orang ramai; mengumumkan. 2 menganjurkan; mengesyorkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pengantar | 1 pandangan umum yg ringkas ttg isi buku, ceramah, dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
membiasakan | 1. menjadikan umum (lazim, teradat, dll): pepatah ini ialah mengenai perkara yg telah teradat atau peraturan yg sudah dibiasakan; 2. menjadikan biasa (utk mengerjakan sesuatu), melatih supaya biasa: Basir berdiri sebentar utk ~ pemandangannya di dlm dewan yg kelam itu; ~ diri bergaul dgn orang atasan; 3. menjadikan biasa (dgn keadaan cuaca, suasana, dsb), menyesuaikan: dia tidak dapat ~ dirinya dgn cuaca yg terlalu panas di Mekah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengantar | 1. padangan umum yg ringkas tentang isi buku, ceramah, dll; kata ~ prakata; 2. sesuatu (bahasa) yg digunakan utk menyampaikan maklumat, spt ilmu penge-tahuan dll: bermula pd tahun 1982, bahasa Melayu telah digunakan sbg bahasa ~ pen-didikan di peringkat sekolah menengah; ® hantar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |