Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata untuk;

Puisi
 

Hendak memetik daun palas,
     Buat isi buah berangan;
Berbudi bukan minta balas,
     Hanya untuk kenang-kenangan.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Bertambah semakin kurang.

Bermaksud :

Tentang kawan yang datang bukan untuk membantu, melainkan untuk menambah kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(116)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
suruhan tanpa pengendalian(no operation instruction)1. Suruhan mesin yang sengaja digunakan untuk memberitahu pemproses untuk tidak membuat sebarang kerja berguna dan terus mengerjakan suruhan mengikut suruhan ini. Suruhan ini digunakan sebagai pemadat atur cara untuk menempah tempat bagi suruhan tambahan kemudiannya. 2. Sejenis suruhan semu yang digunakan untuk memisahkan rutin atau modul dalam atur cara.Kamus Komputer
tetikus(mouse)Peranti input komputer yang digunakan sebagai penunjuk untuk mengawal kursor dan untuk memilih objek. Tetikus berbentuk kotak kecil yang biasanya bersambung melalui dawai dengan terminal komputer. Tetikus biasanya mempunyai satu, dua, atau tiga butang pada bahagian kepala tetikus. Butang ini ditekan untuk membuat pilihan objek yang ditunjukkan oleh tetikus pada skrin.Kamus Komputer
penumpu data(data concentrator)1. Peranti yang digunakan untuk mengumpulkan data dari talian penghantaran berkelajuan rendah dan berkelajuan sederhana untuk dihantar melalui talian penghantaran berkelajuan tinggi. 2. Peranti yang mengumpulkan butiran data untuk dijadikan kumpulan data yang besar. 3. Peranti yang digunakan untuk menyimpan data secara sementara di dalam cakera apabila talian penghantaran sedang sibuk dan kemudiannya menghantar semula data yang disimpan apabila talian penghantaran sudah bebas semula.Kamus Komputer
sistem khusus(dedicated system)Sistem yang dikhususkan untuk fungsi khas atau untuk penggunaan seseorang atau kumpulan tertentu sahaja.Kamus Komputer
kunci(lock)1. Kod atau maklumat yang digunakan untuk menentukan kedudukan rekod atau butiran dalam suatu isihan atau untuk mencari rekod dalam pencarian. 2. Peranti atau mekanisme yang digunakan untuk mengawal penggunaan perkakasan atau perisian komputer daripada diceroboh atau digunakan secara eksklusif. 3. Peranti atau mekanisme yang digunakan untuk melindungi cakera atau pita daripada diubah atau dipadamkan.Kamus Komputer
bagi1. a) untuk, buat, guna: buku ini sebenarnya ~ adikmu; b) untuk (drpd pihak): ~ kami, itu yg sesenang-senangnya; c) untuk, sebagai: ia menerangkan ini ~ menjawab desakan-desakan pihak pembangkang; ~ kali pertama, Amerika Syarikat telah melancarkan kapal angkasa; 2. = bahagi penggal atau belahan drpd sesuatu benda;membagi bp 1. memberi izin: tidak dibaginya saya balik ke kampung; 2. membelahkan (memecahkan menjadi beberapa bahagian);membagikan, membagi-bagikan memberi, mengagih-agihkan; terbagi dibagi; habis ~ Id (bilangan) yg apabila dibagi tidak ada sisanya;bagian bp hasil membagi; kebagian Jk 1. mendapat bahagian; 2. bp bagai, seperti; ® bahagi.Kamus Dewan Edisi Keempat
sampukan persisian(peripheral interrupt)Sampukan yang dijanakan oleh persisian komputer untuk menyatakan kesediaan persisian untuk menerima tugas, atau menyatakan penamatan tugas yang dilaksanakan. Selepas menerima sampukan ini, pemproses utama akan bertindak melayan persisian. Kaedah ini membolehkan pemproses menjalankan tugas lain tanpa menunggu persisian yang biasanya lebih perlahan kendaliannya.Kamus Komputer
kitar kerja(work cycle)Siri aturan atau gerakan yang harus dijalankan untuk melaksanakan tugas atau untuk menghasilkan output.Kamus Komputer
kekunci perintah(command key)1. Kekunci yang dikhaskan untuk perintah khusus dan bukan untuk memasukkan huruf, nombor, atau simbol. 2. Kekunci yang digunakan untuk memegang urutan perintah yang diaturcarakan terlebih dahulu.Kamus Komputer
simbol grafik(graphic symbol)Simbol yang digunakan untuk menunjukkan komponen dalam gambar rajah. Simbol grafik digunakan bukan untuk memperlihatkan rupa bentuk bahagian komponen tetapi untuk menunjukkan tugas komponen tersebut.Kamus Komputer
12345678910...

Kembali ke atas