peruntungan | untung nasib (diri seseorang), nasib, untung malang: menitik air matanya mengenang-ngenang ~ saudaranya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
untung nasib | nasib seseorang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
untung nasib | nasib badan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tuah badan | untung nasib seseorang; | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tuah | 1 untung yg berlebihan; bahagia: ~ orang tidak sama dgn ~ kita. ~ badan untung nasib seseorang; menolak ~ melepaskan peluang baik. | Kamus Pelajar |
tuah | 1 untung yg berlebihan; bahagia: ~ orang tidak sama dgn ~ kita. ~ badan untung nasib seseorang; menolak ~ melepaskan peluang baik. 2 sesuatu kuasa atau pengaruh yg membawa keuntungan, kebahagian dll; sakti; keramat. bertuah 1 mempunyai tuah; beruntung: Ia berasa ~ kerana mempunyai anak yg pandai. 2 mendatangkan untung atau tuah; berhikmat: cincin ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sukat I | 1. takaran yg besarnya empat gantang; 2. = sukatan ukuran (panjang, luas, dan isipadu); 3. bp = menyukat mengukur (menakar dll); tukang ~ bp orang yg mengukur tanah; yg se~ tak akan jadi segantang prb untung nasib tidak dapat diubah-ubah; bersukat 1. mengukur (menakar) dgn sukat; 2. diukur (dikira) dgn satuan tertentu: makanan itu ~ betul-betul; ~ dgn rah sl membunuh orang; ~ darah, bertimbang daging prb berlawan bermati-matian; telah penuh sbg ~ prb sudah habis kesabarannya; menyukat 1. mengukur dgn sukat; 2. mengukur (panjang, luas, isi): selepas itu aku bekerja di hutan ~ tanah; sukatan 1. satuan yg digunakan utk menyukat, ukuran: berapakah luasnya dlm ~ hektar?; sebutkan isinya dlm ~ liter; 2. sesuatu hasil drpd menyukat (setelah disukat), catuan: di bawah ini diberikan lagi satu ~ makanan yg memberi tenaga sebanyak 2600 kilogram kalori; 3. sesuatu yg digunakan utk menyukat (menentukan, menilai, dll): sudut itu diukur dgn ~ darjah; ~ pelajaran butir-butir ringkas drpd mata pelajaran yg diberikan (di sekolah dll); penyukatan perbuatan menyukat; penyukat 1. alat yg digunakan utk menyukat (mengukur dll): ~ suhu; 2. orang yg menyukat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
takdir I | = ~ Allah = takdirullah sesuatu yg ditentukan oleh Allah terlebih dahulu, penentuan drpd Allah, qadak: suratan ~ di tangan Tuhan; 2. ki untung nasib: jangan berpeluk tubuh sahaja menyerahkan diri kpd ~; 3. = ~nya jikalaulah, seandainya, sekiranya: ~nya terjadi apa-apa kpd diri abang, kpd siapa kami akan bergantung; 4. kalau... pun, meski... pun: ~ pun kita tidak membelinya, orang lain akan membelinya; mentakdirkan menentukan lebih dahulu (oleh Allah), memutuskan lebih dahulu: dia telah ditakdirkan mati dgn cara yg dahsyat;ketakdiran perihal ditakdirkan (ditentukan), ketentuan (nasib dll): sesuatu ~ tiada datang dgn tiba-tiba, tetapi ada garis yg dilaluinya; yg ada sekarang ini, menurut fikiranku ialah buatan orang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mujur | 1. terletak menurut panjangnya (memanjang), membujur; 2. nasib baik, beruntung: ~ aku telah balik ke rumah, kalau di sana entah macam mana; ~lah bukan zaman Jepun; ~ malang untung nasib (yg belum boleh ditentukan); kemujuran perihal mujur, keuntungan; pemujur orang yg selalu bernasib baik (beruntung). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bintang | 1 cakerawala yg panas pijar (umumnya tetap kedudukannya) dan kelihatan bercahaya atau berkerdip di langit pd waktu malam: Malam itu gelap pekat, sebiji ~ pun tidak kelihatan. 2 lukisan dsb yg berbentuk seakan-akan ikan tapak sulaiman: Di hadapan rumahnya, terkibar bendera bulan ~. 3 gugusan bintang sebanyak dua belas yg dipercayai mempengaruhi untung nasib seseorang; rasi: ~ mayang; ~ kala. 4 untung nasib seseorang: ~nya semakin cerah nasibnya makin beruntung. 5 tanda jasa kebaktian yg dianugerahkan oleh pembesar-pembesar negara: Baru-baru ini, dia telah dikurniai ~ PMN. 6 orang yg terkenal sbg pelakon filem dsb: ~ filem pelakon filem: ~ radio penyanyi yg terkenal di radio. ~ siarah cakerawala yg beredar mengelilingi bumi; planet. berbintang 1 ada bintangnya: Langit tidak ~. 2 mempunyai rasi; di bawah bintang: Saya ~ Aries. berbintang-bintang 1 banyak bintang yg kelihatan (di langit). 2 berkunang-kunang atau berpinar-pinar penglihatan seseorang: Selepas kepalanya terhantuk pd dinding, matanya ~ dan kepalanya pening. 3 berlubang-lubang pd dinding dsb sehingga cahaya dpt masuk. membintangi mengambil bahagian dlm filem dsb: Beliau telah ~ filem itu sbg orang jahat. perbintangan 1 ilmu ttg bintang; astronomi. 2 ilmu ramalan berdasarkan bintang; astrologi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |