jejak audit(audit trail) | Jejak atau bekas laluan yang ditinggalkan oleh sesuatu urus niaga apabila ia diproses. Jejak ini bermula pada titik urus niaga dimulakan dan berakhir di tempat urus niaga tamat. Pada setiap tahap, rekod tertentu dirakamkan untuk membolehkan urus niaga dijejak semula ke tempat asalnya. Jejak ini berguna jika terdapat keperluan untuk memastikan kesahihan urus niaga atau jika timbul masalah, seperti penyelewengan dan pecah amanah. | Kamus Komputer |
fail urus niaga kelompok(batch transaction file) | Fail urus niaga yang dikumpulkan untuk dijalankan secara pemprosesan berkelompok. | Kamus Komputer |
fail urus niaga tertutup(closed transaction file) | Fail komputer yang mengandungi maklumat tentang urusan atau urus niaga yang sudah ditutup dan tidak boleh menerima input baru. | Kamus Komputer |
urus niaga | berurus niaga mengadakan atau menjalankan urus niaga (dgn). | Kamus Pelajar |
urus niaga | segala urusan yg berkaitan dgn perniagaan atau perdagangan. berurus niaga mengadakan atau menjalankan urus niaga (dgn). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
fail perincian(detail file) | Fail yang mengandungi maklumat, yang lebih berbentuk sementara atau semasa, seperti rekod urus niaga perseorangan pada sesuatu ketika. Sinonim fail urus niaga. Bandingkan fail induk. | Kamus Komputer |
urus niaga | segala urusan yg berkaitan dgn perniagaan atau perdagangan. | Kamus Pelajar |
fail urus niaga(transaction file) | Lihat fail perincian. | Kamus Komputer |
teleperbankan | /téléperbankan/ urus niaga perbankan secara berkomputer yg dikendalikan melalui telefon. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sewa beli | urus niaga atau sistem jual beli yg membolehkan pembeli memperoleh atau menggunakan barang (spt kereta dll) yg dibelinya dgn hanya membayar sejumlah wang pendahuluan dan kemudian menyelesaikan bayaran baki harga barang tersebut secara ansuran; | Kamus Dewan Edisi Keempat |