usahawan | orang yg mengusahakan sesuatu perusahaan, pengusaha; keusahawanan (segala-gala) yg berkaitan dgn usahawan atau kegiatan dan kemahiran usahawan: kita perlu mencari kaedah-kaedah baru guna membantu mempercepat pem-bangunan pengurusan dan pembangunan ~ di negara ini; kursus ~; sikap dan tabiat ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keusahawanan | (segala-gala) yg berkaitan dgn usahawan atau kegiatan dan kemahiran usahawan: kita perlu mencari kaedah-kaedah baru guna membantu mempercepat pem-bangunan pengurusan dan pembangunan ~ di negara ini; kursus ~; sikap dan tabiat ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengeluar | 1. usahawan (syarikat, negara, dsb) yg mengeluarkan (menghasilkan) sesuatu: ~-~ bahan mentah sering kali menghadapi masalah akibat kemerosotan harga; 2. yg mengeluarkan (menghasilkan): negara-negara ~ kelapa yg penting ialah Filipina dan Indonesia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
PUNB | kep Perbadanan Usahawan Nasional Berhad. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berdaya maju | berkemampuan utk maju dan berkembang: seharusnya usahawan bumiputera perlu lebih ~ dan berdaya saing dlm menghadapi dunia perniagaan yg begitu kompetitif dan mencabar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berdaya maju | mempunyai kemampuan utk maju dan berkembang: Para usahawan hendaklah berdaya saing dan ~ dlm menghadapi dunia perniagaan yg begitu kompetitif. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
seliaan | hasil atau tindakan menyelia: memang menjadi tanggungjawab usahawan utk memastikan inventori dikawal melalui ~ yg rapi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berketerampilan | mempunyai keterampilan; bersifat terampil: Mereka menganjurkan program utk melahirkan usahawan yg dinamik dan ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
wiraswasta | orang yg bijak dan berkebolehan dlm mengusahakan aktiviti perniagaan atau perdagangan secara profesional, spt mengenal pasti, menentukan keluaran baru, dsb: usahawan Melayu bukan sbg kapitalis yg berwatak binatang ekonomi, tetapi sbg ~ Muslim yg terikat dgn norma dan etika agamanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
daya maju | kemampuan atau keupayaan utk maju dan berkembang. Projek itu mempunyai ~ yg tinggi. berdaya maju mempunyai kemampuan utk maju dan berkembang: Para usahawan hendaklah berdaya saing dan ~ dlm menghadapi dunia perniagaan yg begitu kompetitif. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |