ubat | 1 sesuatu yg disapukan, dimakan atau digunakan utk menyembuhkan penyakit atau utk menyihatkan badan. 2 bahan kimia yg digunakan utk bermacam-macam maksud spt membunuh kuman, meracun serangga. 3 jampi; guna-guna; mantera. ~ batuk ubat utk menyembuhkan batuk. ~ bedil bahan ledakan utk peluru senapang, pistol dll. ~ bius ubat utk membuat pesakit tidak sedar atau tidak berasa sakit sewaktu menjalani pembedahan, rawatan dsb. ~ getah asid yg digunakan utk membekukan susu getah. ~ periuk ubat kampung utk orang perempuan yg baru bersalin. ~ sedut ubat mudah meruap yg biasanya diisikan dlm bekas kecil, yg disedut utk melegakan penyakit lelah, selesema dsb. ~ tidur a. ubat utk menidurkan orang yg susah hendak tidur. b. ubat bius. ubat-ubatan berbagai-bagai jenis ubat; ramuan utk membuat ubat. berubat 1 menggunakan ubat: Jika tidak mahu ~, bila akan baik sakitmu itu? 2 meminta ubat (kpd): Dia ~ kpd doktor Ramli. mengubati 1 memberikan ubat supaya sembuh penyakitnya; menyembuhkan dgn ubat: Doktor baru saja ~ emaknya. ~ penyakit kulit. 2 ki menghibur: ~ hati yg luka. mengubatkan menggunakan sesuatu sbg ubat; memakai sesuatu utk mengubati; mengubati dgn. perubatan semua perkara yg bersangkutan dgn hal berubat: ilmu ~. pengubatan perbuatan (cara dsb) mengubati. pengubat sesuatu yg digunakan utk mengubati: ~ hati penghibur hati. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
wakaf | diuntukkan bagi kegunaan umum (sbg derma atau sedekah): telaga ~ telaga yg dibuat utk orang ramai; tanah ~ tanah yg diuntukkan bagi keperluan agama (spt utk perkuburan, utk mendirikan masjid). mewakafkan memberikan harta benda atau tanah utk kegunaan orang ramai; memberikan sesuatu utk hal-hal yg berkaitan dgn agama: Raja Mokhtar telah ~ anjung rumahnya utk dijadikan surau. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
titip | ; menitip memberikan sesuatu utk disimpan atau utk disampaikan kpd orang lain: Dia tidak menyampaikan barang itu sendiri, dia cuma ~. menitipkan memberikan (sesuatu) utk disimpan atau utk disampaikan kpd orang lain; mengamanahkan: Ibu ~ bungkusan itu kpd kawan saya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
umpan | 1 sesuatu, spt cacing, yg dilekatkan pd mata kail dll dan digunakan utk memancing atau utk menangkap binatang: ~ habis, ikan tak dpt. 2 ki sesuatu yg dilakukan utk memerangkap atau utk memperdaya orang. 3 mangsa: menjadi ~ harimau. ~ api bahan mudah terbakar yg digunakan utk menyalakan api. mengumpan 1 menangkap atau memikat binatang dgn menggunakan umpan. 2 ki melakukan sesuatu supaya orang terpedaya atau terpikat; mengenakan tipu daya. mengumpankan menggunakan sesuatu sbg umpan; melekatkan umpan pd sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
waran | surat kuasa utk menangkap atau utk menahan orang salah dll: Polis telah membawa ~ utk menangkap orang itu. ~ geledah perintah bertulis yg dikeluarkan oleh pihak berkuasa kpd polis atau pihak berkuasa lain utk menggeledah sesuatu tempat bagi mencari barang curi, dadah dokumen dsb. ~ tangkap surat kuasa yg dikeluarkan oleh mahkamah kpd pihak polis utk menangkap seseorang kerana tidak hadir di mahkamah dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
wenang | , = wewenang hak dan kekuasaan utk berbuat sesuatu atau utk mengeluarkan perintah. berwenang berhak atau berkuasa utk melakukan sesuatu: Guru Besar ~ utk menjalankan pentadbiran sesebuah sekolah. sewenang-wenang 1 dgn sekehendak hati (membuat sesuatu): Ia bertindak ~ saja. 2 dgn kejam atau dgn zalim (melakukan sesuatu): Jangan menyeksa tawanan perang ~nya. 3 tidak dgn usul periksa lagi (melakukan sesuatu). kesewenang-wenangan hal atau keadaan sewenang-wenang; kezaliman. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menebus guna | menjalankan usaha dsb utk membaiki keadaan tanah supaya menjadi sesuai utk digunakan (utk bercucuk tanam, membina bangunan dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ya | 1 kata utk mengatakan betul atau sungguh; memang benar: ~, saya pun ada melihatnya. 2 kata utk menyahut panggilan orang. 3 kata utk menyatakan sanggup melakukan sesuatu. 4 kata utk memanggil atau utk menarik perhatian; wahai: ~ Allah, ~ Tuhanku! | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tengku | gelaran bangsawan Melayu utk anak raja atau utk orang-orang yg berketurunan raja. ~ ampuan gelaran utk permaisuri sultan di beberapa buah negeri. ~ mahkota gelaran utk anak raja (di beberapa buah negeri) yg bakal menjadi sultan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sudip | alat yg dibuat drpd bilah atau drpd kayu utk mencedok atau utk menyenduk nasi dll. ~ sepatu alat spt sudu utk memudahkan memasukkan kaki ke dlm kasut. ~ tangan alat bermata lebar dan melengkung yg digunakan utk menggemburkan tanah dsb. menyudip mengaut atau menyenduk dgn sudip. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |