vaksin | benih cacar yg dilemahkan dan disuntikkan ke dlm badan utk menjauhkan seseorang drpd dijangkiti penyakit cacar. | Kamus Pelajar |
vaksin | benih cacar yg dilemahkan dan disuntikkan ke dlm badan utk menjauhkan seseorang drpd dijangkiti penyakit cacar. memvaksin menyuntikkan vaksin ke dlm tubuh seseorang atau haiwan utk melindunginya drpd dijangkiti sesuatu penyakit: Kementerian Kesihatan mengadakan kempen ~ penduduk utk mengelakkan jangkitan penyakit tsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
vaksin | sediaan bakteria, virus, dll yg sudah mati atau dilemahkan utk disuntik atau ditanam ke dlm badan supaya menghasilkan daya tahan terhadap penyakit tertentu; memvaksin menyuntik vaksin ke dlm tubuh seseorang atau haiwan utk melindunginya drpd sesuatu penyakit: baru-baru ini, Kementerian Kesihatan telah melakukan kempen ~ penduduk di kampung itu; pemvaksinan proses (tindakan atau perbuatan) memvaksin, vaksinasi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
imun | (Ubat) terlindung drpd atau tidak dapat diserang oleh sesuatu penyakit tertentu kerana adanya antibodi, inokulasi dsb, lali: ~ terhadap rubela; mengimunkan membuat seseorang imun terhadap sesuatu penyakit atau jangkitan, terutamanya dgn menyuntiknya dgn vaksin, melalikan: mereka sudah diimunkan terhadap cacar; keimunan keupayaan manusia dan haiwan melawan sesuatu penyakit, jangkitan dsb melalui tindakan antibodi atau vaksin: ~ terhadap polio; pengimunan perihal (tindakan, proses dsb) melindungi seseorang drpd penyakit dgn memberi suntikan vaksin, pelalian: program ~ orang ramai terhadap virus hepatitis B. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memvaksin | menyuntikkan vaksin ke dlm tubuh seseorang atau haiwan utk melindunginya drpd dijangkiti sesuatu penyakit: Kementerian Kesihatan mengadakan kempen ~ penduduk utk mengelakkan jangkitan penyakit tsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memvaksin | menyuntik vaksin ke dlm tubuh seseorang atau haiwan utk melindunginya drpd sesuatu penyakit: baru-baru ini, Kementerian Kesihatan telah melakukan kempen ~ penduduk di kampung itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
vaksinologi | kajian ttg vaksin. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
vaksinologi | kajian tentang vaksin. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
vaksinasi | proses menyuntikkan vaksin ke dlm tubuh seseorang sbg langkah perlindungan mencegah sesuatu penyakit, pemvaksinan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
inokulasi | (Ubat) penyuntikan agen penyakit spt vaksin virus ke dlm tubuh individu yg sihat utk menghasilkan keimunan aktif pd individu berkenaan; menginokulasi melakukan inokulasi (terhadap): ~ murid sekolah itu utk mencegah penyakit taun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |