variasi | kelainan drpd keadaan yg biasa. bervariasi berlainan atau berbeza-beza keadaan, bentuk atau sifat sesuatu: Teknik yg ~ digunakan utk menangani projek itu. memvariasikan menjadikan bervariasi: Usaha utk ~ cara atau kaedah pengajaran diharapkan dpt membantu mengatasi rasa bosan para pelajar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
variasi | 1. penyimpangan atau sesuatu yg menyimpang drpd keadaan (sifat, ciri-ciri, dsb) yg lazim atau standard, kelainan: ~ bahasa; 2. bentuk dll yg tidak seragam atau berbeza-beza, kelainan atau pelbagaian (dlm bentuk, reka cipta, dll): ~ reka bentuk kraftangan tempatan terhad dan tidak banyak berubah; 3. penyimpangan pd ciri-ciri organisma drpd yg biasa bagi kumpulannya; bervariasi berlainan atau berbeza-beza keadaaan (bentuk, ciri atau sifatnya dsb): kehidupan kesusasteraan mulai beragam dan ~; latihan selalunya dijalankan dlm bentuk permainan kecil yg ~ supaya pemain tidak merasa bosan semasa menjalani latihan; memvariasikan menjadikan bervariasi: ~ teknik pengajaran dan pemelajaran dapat mengelakkan perasaan jemu dan meningkatkan kemahiran berfikir pelajar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
variasi | kelainan drpd keadaan yg biasa. | Kamus Pelajar |
ragam bahasa | variasi bahasa berdasarkan penggunaannya, yg berkaitan dgn situasi (tajuk pembicaraan, bidang, dll) yg tertentu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
laras bahasa | variasi bahasa berdasarkan penggunaannya (mis sbg bahasa klasik, bahasa istana, bahasa sains, dll), ragam bahasa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
idiolek | (idiolék) (Lin) variasi bahasa seseorang individu: walaupun seorang penutur bahasa Melayu itu mempunyai dialek dan ~nya sendiri, bahasa Melayu baku mestilah digunakan dlm situasi formal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dialek sosial | (Lin) variasi bahasa yg dituturkan oleh sesuatu kumpulan sosial atau lapisan masyarakat bahasa, mis bahasa istana. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkeupayaan | mempunyai keupayaan: satu variasi yg lengkap dan sempurna, ~ memperkatakan semua gejala dlm masyarakat kita; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
diglosia | (Lin) kewujudan dua variasi bahasa dlm sesuatu bahasa mengikut situasi, yg satu lebih tinggi statusnya apabila berada dlm situasi formal berbanding dgn yg satu lagi dlm situasi tidak formal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lompatan lumpuh(crippled leapfrog) | Variasi ujian lompat katak yang dilakukan berulang kali dari satu kedudukan sahaja. | Kamus Komputer |