vektor /véktor/ | ist kuantiti yg dpt berubah, mempunyai magnitud dan arah. | Kamus Pelajar |
vektor | /véktor/ ist kuantiti yg dpt berubah, mempunyai magnitud dan arah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
vektor | (véktor) 1. (Bio) haiwan (mis serangga) yg mengandungi parasit berbahaya yg memindahkan parasit tersebut kpd organisma lain (manusia dsb) sehingga mengakibatkan jangkitan (penyakit) kpd organisma lain itu; 2. (Bio) serangga, unggas, angin, dll yg membawa debunga dr stamen ke stigma bunga; 3. (Mat) kuantiti yg dapat berubah (mis daya) yg mempunyai magnitud dan arah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
vektor(vector) | 1. Unsur yang mempunyai sifat arah dan magnitud. 2. Tatasusunan satu matra yang digunakan dalam atur cara. | Kamus Komputer |
pemproses vektor(vector processor) | Pemproses yang pantas memproses setiap vektor dalam suatu matriks pada satu-satu masa. | Kamus Komputer |
paparan vektor(vector display) | Peranti paparan jenis tiub sinar katod yang bebas menggerakkan alur elektron pada skrin untuk melukis objek yang dikehendaki. | Kamus Komputer |
pelakar | 1. orang yg membuat lakaran; 2. alat yg digunakan utk melakar atau melakarkan sesuatu: ~ yg mudah biasanya mempunyai format vektor-8; bagi kes ~ dram, kedua-dua kertas dan pen bergerak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rutin layan sampukan(interrupt service routine) | Rutin atau atur cara yang dikarang untuk menjalankan tugas tertentu seperti yang dikehendaki oleh sampukan yang memanggil. Alamat rutin ini disimpan di dalam kawasan ingatan vektor sampukan. | Kamus Komputer |
lakar | 1. masih dikerjakan, belum siap lagi (perahu); 2. = lakaran gambar (yg dilukis) secara kasar, rajah, rangka; melakar melukis rangka (rajah, gambar, dll) secara kasar; melakarkan membuat atau melukiskan lakaran sesuatu benda; pelakaran perihal (proses atau perbuatan) melakar atau melakarkan: ~ merupakan satu cara yg baik utk mendapatkan gambaran yg dimaksudkan; pelakar 1. orang yg membuat lakaran; 2. alat yg digunakan utk melakar atau melakarkan sesuatu: ~ yg mudah biasanya mempunyai format vektor-8; bagi kes ~ dram, kedua-dua kertas dan pen bergerak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |