virus komputer(computer virus) | Lihat virus. | Kamus Komputer |
HIV | kep Human Immunodeficiency Virus (sj virus yg menyebabkan AIDS). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
interferon | (interféron) (Ubat) sj bahan protein yg dihasilkan oleh sel badan sbg tindak balas kpd jangkitan virus yg membantutkan pertumbuhan virus tersebut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
virus | kehidupan seni yg menyebabkan penyakit dan menularkannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
virus | 1. sj kuman yg lebih halus drpd bakteria yg boleh menyebabkan penyakit pd manusia, haiwan, atau tumbuhan; 2. (Komp) atur cara asing yg menerobosi sesuatu sistem komputer sehingga dapat mengganggu, mengubah, merosakkan, atau memusnahkan maklumat yg tersimpan di dlm sistem berkenaan; 3. ki pengaruh yg buruk, jahat, atau merosakkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
virus | Atur cara komputer yang disorok di dalam atur cara lain dan dapat menyalin dirinya sendiri ke dalam perisian lain apabila atur cara itu digunakan. | Kamus Komputer |
virus | kehidupan seni yg menyebabkan penyakit dan menularkannya. | Kamus Pelajar |
virologi | kajian tentang virus dan penyakitpenyakit yg disebabkan virus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bakteriofaj | /baktériofaj/ ist virus yg dimasukkan ke dlm tubuh utk tujuan membunuh bakteria, virus ini menjangkiti bakteria dan membiak lalu menyebabkan bakteria itu pecah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cacar I | sj penyakit virus yg mudah berjangkit yg berbintik-bintik dan meninggalkan kesan atau parut pd kulit, ketumbuhan; ~ air cacar yg mengandungi air, cengkering, jeluntung; ~ ayam sj penyakit ayam; ~ betul = ~ nanah cacar yg mengandungi nanah; ~ lembu sj penyakit virus yg mudah berjangkit yg menjangkiti bahagian puting tetek lembu (boleh juga menular kpd manusia); ~ monyet sj cacar yg kecil-kecil; ~ palsu campak; bercacar ditanam benih cacar (utk mencegah penyakit cacar), bercungkil; mencacar menanam benih cacar dlm tubuh, mencungkil; pencacaran perihal mencacar, pencungkilan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |