suku kata | (Lin) satuan (unit) bunyi yg terdiri drpd satu vokal sahaja atau drpd vokal yg didahului atau diikuti oleh konsonan (atau didahului serta diikuti oleh konsonan) dan merupakan bahagian drpd sesuatu kata: ada empat suku ~ pd perkataan ‘hulubalang’; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
vokal | bunyi suara yg dilambangkan dgn huruf-huruf a, e, i, o, u. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
vokal | bunyi suara yg dilambangkan dgn huruf-huruf a, e, i, o, u. | Kamus Pelajar |
anaptiksis | (Lin) penyisipan vokal di antara dua konsonan utk menyederhanakan struktur suku kata, mis penyisipan vokal e dlm perkataan putra menjadi putera dan e dlm perkataan sri menjadi seri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
afesis | (afésis) (Lin) pengguguran vokal awal yg tidak bertekanan bagi sesuatu kata, mis apabila vokal awal a dlm abang digugurkan menjadi bang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sirkumfleks | (sirkumfléks) (Lin) tanda (^) yg diletakkan di atas huruf vokal bahasa tertentu, mis bahasa Perancis, utk menunjukkan bagaimana vokal itu dibunyikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
vokal | 1. = ~ tulen (Lin) huruf hidup atau huruf saksi (a, e, é, i, o, u); 2. lantang bersuara, berani menyuarakan pendapat, perasaan, dsb dgn terus terang: suara beberapa orang drpd golongan minoriti yg ~ boleh mempengaruhi majoriti yg berdiam diri; bervokalkan mempunyai sbg vokal: saya menganggap suku-suku kata yg ~ a,i,u merupakan asas utama dlm mengenali lambang bacaan bahasa Inggeris. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
huruf saksi | vokal; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bervokalkan | mempunyai sbg vokal: saya menganggap suku-suku kata yg ~ a,i,u merupakan asas utama dlm mengenali lambang bacaan bahasa Inggeris. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
monoftong | (Lin) bunyi vokal tunggal yg tidak mengalami perubahan dr segi kualiti dr awal hingga akhir pengeluarannya, berbanding dgn diftong. | Kamus Dewan Edisi Keempat |