volumetri | /volumétri/ ist kaedah penyukatan mengikut isi padu (pepejal, cecair atau gas). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
volumetri | (volumétri) (Kim) kaedah penyukatan mengikut isi padu; analisis ~ (Kim) kaedah analisis cecair atau gas mengikut isi padu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
analisis volumetri | (Kim) analisis kuantitatif gas atau larutan berasaskan ukuran isi padu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
metilena | (métiléna) (Kim) sj radikal bebas yg sangat reaktif; ~ biru sj sebatian organik yg digunakan sbg bahan pewarna dan penunjuk dlm analisis volumetri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kimia analisis | cabang kimia yg berkaitan dgn pengenalpastian bahan (analisis kualitatif) dan penentuan peratus komposisi campuran atau juzuk sebatian tulen (analisis kuantitatif) dgn menggunakan kaedah spt volumetri, kolorimetri, kromatografi, spektroskopi, dll; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kimia | ilmu sains asas yg berkaitan dgn struktur, kelakuan, komposisi dan sifat tindak balas yg berlaku antara atom, ion, unsur, atau sebatian serta hukum-hukum yg menerangkan fenomena kimia; ~ analisis cabang kimia yg berkaitan dgn pengenalpastian bahan (analisis kualitatif) dan penentuan peratus komposisi campuran atau juzuk sebatian tulen (analisis kuantitatif) dgn menggunakan kaedah spt volumetri, kolorimetri, kromatografi, spektroskopi, dll; ~ fizik = ~ fizikal cabang kimia yg berkaitan dgn sifat dan perubahan fizik yg berlaku semasa tindak balas kimia; ~ gunaan cabang kimia yg berkaitan dgn penggunaan teknologi kimia utk memberi faedah secara langsung kpd industri atau utk kebajikan manusia; ~ haba cabang kimia yg menyelidiki banyaknya haba yg dikeluarkan atau diserap selama tindak balas kimia, termokimia; ~ hayat cabang kimia yg mengkaji proses dan bahan kimia yg ada kaitannya dgn kehidupan tumbuhan dan haiwan, biokimia; ~ nuklear cabang kimia yg berkaitan dgn perubahan di dlm nukleus atom; ~ organik cabang kimia yg mengkaji bahan yg mengandungi karbon (kecuali karbida logam, oksida karbon, dan sulfida karbon); ~ perindustrian cabang kimia yg berkaitan dgn penggunaan proses kimia dlm industri; ~ tak organik cabang kimia yg mengkaji bahan yg tidak mengandungi karbon; ahli ~ orang yg ahli dlm bidang kimia; baja ~ baja yg diperbuat dgn cara kimia; gabungan ~ percantuman bahan-bahan kimia menerusi proses kimia (perpaduan kimia); unsur ~ bahan yg tidak dapat dipecah-pecahkan menjadi bahan yg lebih ringkas (sederhana) dgn cara kimia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
analisis | penyelidikan atau penghuraian sesuatu (spt keadaan, masalah, persoalan, dll) utk mengetahui pelbagai aspeknya (ciri-cirinya dll) secara terperinci atau mendalam: ~ natrium klorida; menggubal sesuatu dasar memerlukan masa yg lama, penelitian dan ~ yg tajam dlm semua segi; ~ kos faedah (Eko) penilaian kos sesuatu perusahaan berbanding dgn faedah atau keuntungan perusahaan tersebut; ~ kualitatif (Kim) analisis secara ujian kimia atau kaedah fizik utk mengenal pasti sesuatu unsur, sebatian, campuran, dll; ~ kuantitatif (Kim) analisis secara ujian kimia atau kaedah fizik utk menentukan kuantiti setiap juzuk yg diketahui terdapat di dlm sesuatu sebatian atau larutan; ~ nisbah (Eko) kaedah penilaian prestasi sesebuah organisasi berdasarkan nisbah kewangan dan nisbah kendalian yg diperoleh drpd maklumat kewangan organisasi tersebut; ~ penyata kewangan (Eko) penilaian risiko, kredit, atau pelaburan sesebuah organisasi berdasarkan maklumat drpd kunci kira-kira, penyata pendapatan, dll; ~ pulang modal (Eko) penilaian banyaknya jualan, harga jualan, dan jumlah belanja sesuatu keluaran utk menentukan untung rugi keluaran tersebut; ~ sistem (Komp) penelitian kegiatan, peraturan, kaedah, teknik atau cara kerja sesuatu sistem utk menentukan masalah dan keperluan sistem tersebut serta menentukan cara utk menyelesaikan, memperbaik atau melaksanakan sistem dgn berkesan; ~ volumetri (Kim) analisis kuantitatif gas atau larutan berasaskan ukuran isi padu; menganalisis melakukan analisis ke atas sesuatu (bahan, data, dll): darah harus diambil drpd kedua-dua ibu bapa utk dianalisis; bahkan buku tatabahasa yg ~ aturan bahasa pun masih menggunakannya secara tidak tetap; ~ teks yg digunakan sbg data; penganalisisan perbuatan (proses) menganalisis: pengumpulan dan ~ maklumat; ~ sebuah cerita yg mudah; penganalisis orang (pihak) yg menganalisis: kaedah ini masih popular digunakan di kalangan para ~ perniagaan di Amerika Syarikat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |