wacana | sekumpulan ayat yg memperlihatkan satu kesatuan buah fikiran, fakta atau cerita. | Kamus Pelajar |
wacana | 1 sekumpulan ayat yg memperlihatkan satu kesatuan buah fikiran, fakta atau cerita. 2 perbincangan atau pertukaran idea secara lisan: Mereka mengadakan ~ ilmu. mewacanakan menjadikan sesuatu sbg wacana: Mereka berbincang ttg perkara yg akan diwacanakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
wacana | 1. keseluruhan tutur yg merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan; 2. perbincangan atau pertukaran idea secara lisan: mereka mengadakan ~ ilmu; 3. kesatuan fikiran yg utuh, sama ada dlm bentuk lisan (spt pidato, khutbah) atau tulisan (spt surat, artikel, novel, cerpen): kita merindui dunia subur kritikan sastera yg dibajai oleh pengetahuan tentang teori dan ~ sastera yg mendalam dan pembacaan karya sastera yg banyak; mewacanakan menjadikan sesuatu sbg wacana: para ilmuan cuba berbincang dan membuat analisis terhadap tajuk-tajuk yg dipilih utk diwacanakan secara objektif. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mewacanakan | menjadikan sesuatu sbg wacana: Mereka berbincang ttg perkara yg akan diwacanakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mewacanakan | menjadikan sesuatu sbg wacana: para ilmuan cuba berbincang dan membuat analisis terhadap tajuk-tajuk yg dipilih utk diwacanakan secara objektif. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tema | (téma) subjek yg menjadi dasar sesuatu pembicaraan, wacana, karangan, cerita, dsb, tajuk, pokok: jiwa perempuan memang telah banyak dijadikan ~ dlm kesusasteraan; bertemakan memakai sesuatu sbg tema, berdasarkan tema (yg tertentu): kebanyakan karyanya ~ percintaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mukadimah | Ar kata pengantar, prakata; 2. pendahuluan dlm sesuatu ujaran atau wacana; bermukadimah memberikan atau mengucapkan mukadimah (dlm sesuatu pertemuan dsb): setelah ~ dgn ucapan alu-aluan oleh pengerusi, perbincangan terus dimulakan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
koheren | (kohéren) 1. berhubungan, bersangkut paut: kita harus membentuk padanan kata yg ~; 2. ada kesinambungan (keterikatan) antara satu ayat dgn ayat yg lain (dlm sesebuah wacana) supaya mudah difahami. | Kamus Dewan Edisi Keempat |