Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
wajah (kata nama)
1. Bersinonim dengan muka: paras, rupa, roman muka, tampang muka, bentuk muka, raut muka, air muka,

2. Bersinonim dengan keadaan luaran: rupa, bentuk.,



Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
wajah1. air muka, muka paras, roman muka: ~ ibunya di rumah mula terbayang; ~nya sungguh-sungguh menyenangkan; 2. keada­an luaran (spt pemandangan dll), rupa atau keadaan (sesuatu) sebagaimana yg dapat dilihat: ~ kampung itu sudah berubah sekarang; sekiranya itu dapat memberikan nafas serta ~ baru, ia pasti menggembirakan; berwajah 1. mempunyai (menampakkan) wajah: ~ sedih (suka, lesu, dsb); 2. mem­punyai atau menampakkan wajah (rupa atau keadaan sebagaimana yg dapat dilihat): sesuai dgn struktur pembinaannya, dekor banglo ~ antik ini turut melahirkan imej sebagaimana yg dikehendaki oleh tuannya; buku lama ~ baru; berwajahkan menggunakan atau mempunyai sesuatu sbg wajah: masyarakat gempar apabila menjumpai ikan yg ~ manusia; mewajahi memberikan keadaan atau rupa luaran kpd: begitulah sastera hipermodenisme yg akan ~ sastera dunia.Kamus Dewan Edisi Keempat
wajahair muka; muka; paras: ~nya berseri-seri. berwajah 1 mempunyai atau menampakkan wajah (paras rupa, air muka dsb): ~ ceria. 2 mempunyai atau menampakkan keadaan luaran atau pemandangan sesuatu: Buku lama ~ baru. berwajahkah menggunakan atau mempunyai sesuatu sbg wajah: “Apakah benar kalian berani kerana benar?” tanya ketua makhluk ~ semut itu. mewajahi memberikan rupa atau keadaan luaran kpd: Pemandangan alam semula jadi yg indah ~ pulau legenda itu. perwajahan perihal atau proses menjadikan sesuatu berwajah: ~ yg menarik telah dirancang utk iklan bagi menarik pelancong. pewajahan perihal atau perbuatan memberikan wajah kpd sesuatu; proses mewajahi sesuatu: ~ merupakan salah satu usaha penting dlm mereka bentuk kulit majalah tsb.Kamus Pelajar Edisi Kedua
persis1. kena benar, sama benar, serupa benar: lagaknya ~ lagak seorang diplomat; wajah Amelia ~ wajah emaknya; 2. tepat (bkn waktu), genap: Mimi meninggalkannya ~ pukul 12 tengah hari; kepersisan perihal (keadaan) persis, kete­patan, kejituan: arahan yg ideal ialah yg tidak berulang dan terperinci, tetapi sempurna dr segi ~nya; ~ daya fikiran masyarakat di Malaysia dapat diukur pd mutu bahasa Melayu yg dikuasai.Kamus Dewan Edisi Keempat
berwajah1. mempunyai (menampakkan) wajah: ~ sedih (suka, lesu, dsb); 2. mem­punyai atau menampakkan wajah (rupa atau keadaan sebagaimana yg dapat dilihat): sesuai dgn struktur pembinaannya, dekor banglo ~ antik ini turut melahirkan imej sebagaimana yg dikehendaki oleh tuannya; buku lama ~ baru;Kamus Dewan Edisi Keempat
terbayang1. seakanakan tampak: wajah anaknya ~ di matanya: 2. kelihatan, tampak: pd mukanya ~ cahaya gembira; 3. (sudah) ada tanda-tandanya, (sudah) kelihatan tetapi tidak dgn jelas sekali: konsep struktur dalaman dan struktur permukaan diperkenalkan dgn tegas dlm versi ini walaupun konsepnya telah ~ dlm versi 1957;Kamus Dewan Edisi Keempat
berwajah1 mempunyai atau menampakkan wajah (paras rupa, air muka dsb): ~ ceria. 2 mempunyai atau menampakkan keadaan luaran atau pemandangan sesuatu: Buku lama ~ baru.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menyerikan1 menjadikan berseri (bkn wajah, suasana dsb): Ia ~ lagi suasana di ruang makan itu dgn hiasan yg indah. 2 menjadikan (majlis, kehidupan dll) meriah dan ceria: Ramai artis akan ~ konsert Ambang Merdeka. Ketibaan orang baru akan ~ lagi kehidupan mereka.Kamus Pelajar Edisi Kedua
terbayang-bayang1. seakanakan tampak: wajah anaknya ~ di matanya: 2. kelihatan, tampak: pd mukanya ~ cahaya gembira; 3. (sudah) ada tanda-tandanya, (sudah) kelihatan tetapi tidak dgn jelas sekali: konsep struktur dalaman dan struktur permukaan diperkenalkan dgn tegas dlm versi ini walaupun konsepnya telah ~ dlm versi 1957;Kamus Dewan Edisi Keempat
terbayang1 seakan-akan dpt dilihat: Wajah anaknya ~ di ruang matanya. 2 kelihatan bayangnya; tampak berbayang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
dukacita1. duka, susah (sedih) hati: pd wajah baginda kelihatan tanda-tanda yg me­nunjukkan baginda sedang dilamun ~; 2. = berdukacita berasa sedih atau susah hati, berduka: dia sangat ~ atas kematian tu­nangannya; turut (ikut) ~ sama (turut) bersedih; mendukacitakan menyebabkan timbul rasa dukacita, mendukakan, menyedihkan atau menyusahkan hati: hari itu merupakan hari yg sangat ~nya; kemalangan yg menimpa keluarganya sungguh ~nya; kedukacitaan perasaan dukacita atau se­suatu yg mendukacitakan, kedukaan, ke­sedihan, kesusahan hati.Kamus Dewan Edisi Keempat
123456789

Kembali ke atas