plecet | (plécét) Jk; wang ~ wang sogok. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sogok | , = wang ~ wang yg diterima kerana membenarkan berlakunya sesuatu yg salah di sisi undang-undang; wang suap; wang rasuah; makan ~ menerima wang sogok; makan suap. menyogok 1 memberi wang sogok; memberi rasuah; menyuap. 2 merodok ke dlm lubang dll; menjolok. menyogokkan 1 memberikan sesuatu sbg rasuah: Setelah disogokkan beberapa keping wang kertas, mereka segera diam. 2 memberikan sesuatu dgn menghulurkannya; mengunjukkan: Tangannya ~ sebatang rokok daun kpd Pak Mat. 3 ki mengemukakan sesuatu utk diterima, digunakan dsb: Sebelum bahan-bahan pelajaran yg lebih formal disogokkan, murid-murid haruslah menguasai beberapa kemahiran persediaan. sogokan wang sogok. penyogok orang yg memberikan sogokan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
wang sogok | wang yg diterima kerana membenarkan berlakunya sesuatu yg salah di sisi undang-undang; wang suap; wang rasuah; makan ~ menerima wang sogok; makan suap. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sogok, = wang ~, = sogokan | 1 memberi wang sogok; memberi rasuah; menyuap. | Kamus Pelajar |
sogokan | wang sogok. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
suap | 1. sebanyak yg dijemput dan dimasukkan ke mulut (nasi dll): boleh kita kendurikan anak kita barang se~ nasi dan seteguk air; 2. = wang ~ wang sogok, rasuah; makan ~ menerima rasuah; bersuap makan dgn tangan; bersuap-suapan saling memberi makan dgn tangan, bertukar suap (pengantin yg sedang bersanding dll): setelah sudah ~, maka ia pun memimpin tangan isterinya; menyuap 1. makan dgn tangan (tidak dgn sepit atau dgn sudu dll); 2. = menyuapi memasukkan makanan ke dlm mulut orang, memberi makan dgn tangan: ia terus ~ anaknya; 3. = menyuapi memberi wang suap kpd, memberi rasuah, menyogok: mana-mana yg boleh diugut telah diugut, dan mana-mana yg boleh disuap telah juga disuap; menyuapkan memasukkan (makanan dll) ke dlm mulut seseorang: ia ~ pulut kacau ke dlm mulut anaknya; mempersuapkan sl menyuruh atau meminta bersuap-suapan (pengantin yg sedang bersanding): pengantin itu dibawa naik ke dlm istana dipersandingkan dan dipersuapsuapkan makan nasi kunyit; suapan 1. apa-apa yg disuapkan: tiap-tiap ~ itu harus dipaksa-paksa utk ditelan; 2. wang rasuah, sogokan; 3. (Kej) bahan yg dimasukkan ke dlm sesuatu peralatan unit operasi utk diproses bagi mendapatkan hasil; penyuapan perbuatan menyuap(i) atau menyuapkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
wang sogok | wang rasuah (suap); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyogok | 1 memberi wang sogok; memberi rasuah; menyuap. 2 merodok ke dlm lubang dll; menjolok. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyogok | 1 memberi wang sogok; memberi rasuah; menyuap. | Kamus Pelajar |
makan sogok | menerima wang sogok; makan suap. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |