Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : wang sogok, rasuah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : wang yg diterima drpd seseorang kerana membenarkan orang itu melakukan sesuatu yg salah di sisi undang-undang; wang rasuah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wang (kata nama)
1. Bersinonim dengan duit: fulus, pitis, dukat, tikal,

2. Bersinonim dengan gaji: upah, pendapatan, elaun,

Kata Terbitan : berwang, mengewangi,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tolak1. dorong, sorong; kereta (gerabak, pedati) ~ kereta dll sorong; wang ~ wang suap (sogok); 2. kurang, potong; kira-kira ~ kira-kira bkn mengurangi angka; tanda ~ tanda utk mengurangkan (-); ~ ansur = ~ raih saling menuruti (memberi); ~ bahara (bara) pemberat sbg pengimbang dlm perahu; ~ bala penangkal bahaya (bencana, penyakit, dll) dgn doa, kenduri utk menjauhkan bencana dll; ~ balik a) pulang pergi; b) menghantar kembali (barang-barang dll); ~ senjata sl wang atau pemberian-pem­berian yg lain yg diberikan oleh penduduk kpd musuh supaya jangan dilanggar (diganggu dll); ~ sumpah Mn sj hiasan kalung (dokoh); ~ tepi ditinggalkan dan tidak dipedulikan, tidak masuk kira; bertolak 1. berangkat, belayar: kami ~ dgn perahu besar esok paginya; 2. pergi, beralih dr, pergi meninggalkan, berangkat: dia ~ petang ini dr Lapangan Terbang Subang; 3. ber­mula (dgn sesuatu sbg asas), berpunca, ber­pangkal: sistem sosialis ~ drpd pendapat bahawa nasib rakyat hanya boleh dibaiki kalau kerajaan campur tangan dlm ekonomi; definisi pula perlu ~ drpd dua sudut pandangan; ~ ansur saling menuruti (memberi), ber­kom-promi; ~ belakang (dgn) berpisah dan saling membelakangi (spt seorang ke utara seorang lagi ke selatan); ~ pinggang Jk bercekak pinggang; ~ punggung berangkat pergi; bertolak-tolak Mn saling membebankan orang lain (kesalahan, pekerjaan, dll), saling melepaskan tanggungjawab; bertolak-tolakan saling menolak antara satu sama lain: orang ramai berasak-asakan dan ~ utk membeli tiket perlawanan akhir bola sepak pd malam itu; menolak 1. mendorong, menyorong: mereka datang beramai-ramai ~ motokar saya hingga selamat; 2. mencegah (bahaya dll), mengelakkan atau menangkis (serangan dll), menangkal (penyakit dll): ~ serangan musuh; ~ bencana bah; 3. tidak mahu mene­rima (meluluskan, mengabulkan, membenar­kan), tidak membenarkan (pendapat), me­nam­pik: pinangannya ditolak orang; rezeki jangan ditolak; pendirianmu itu saya tolak keras; mazhab purisme bahasa memper­lihatkan kecenderungan ~ unsur asing; 4. = menolakkan menghalau, mengusir: isterinya ditolak dr rumahnya; 5. mengurangi, mem­buang, memotong: ia hanya menerima beberapa ratus ringgit sahaja drpd gajinya apabila ditolak cukai pendapatan dan hutang-hutangnya; harga ini boleh ditolak sedikit boleh dikurangi sedikit; ~ bala men­jauh­kan bala dgn berdoa dll; ~ tuah melepas­kan peluang yg baik; tolak-menolak bertolak-tolakan; menolakkan 1. mendorongkan, menyorong-kan: maka dibawanya Sang Naya ke atas kota tinggi lalu ditolakkannya keluar; 2. membebankan pekerjaan (tanggungjawab): jangan ditolakkan kesilapan itu kpd orang lain, awak sendiri yg bertanggungjawab; 3. mengurangkan, membuangkan, memotong; tertolak dapat atau berupaya menolak: dia tidak ~ seorang diri keretanya yg rosak di tepi jalan; tolakan 1. desakan ke depan, dorongan, so­rong­­an; 2. sesuatu yg sudah ditolak, tampi­kan; 3. potongan, surutan (harga dll); penolakan perihal (perbuatan dsb) meno­lak(kan), penampikan, penangkalan, penang-kisan, pencegahan, pengurangan: ~ pemakaian tenaga atom dlm peperangan; penolak sesuatu yg menolak, alat utk menolak, penangkal, penangkis, pencegah.Kamus Dewan Edisi Keempat
sogok, = wang ~ wang yg diterima kerana membenarkan berlakunya se­suatu yg salah di sisi undang-undang; wang suap; wang rasuah; makan ~ menerima wang sogok; makan suap. menyogok 1 memberi wang sogok; memberi rasuah; menyuap. 2 me­rodok ke dlm lubang dll; menjolok. me­nyogokkan 1 memberikan se­suatu sbg rasuah: Setelah disogokkan beberapa keping wang kertas, mereka segera diam. 2 memberikan sesuatu dgn menghulurkannya; mengunjukkan: Tangannya ~ sebatang rokok daun kpd Pak Mat. 3 ki mengemukakan sesuatu utk diterima, digunakan dsb: Sebelum bahan-bahan pelajaran yg lebih formal disogokkan, murid-murid haruslah menguasai beberapa kemahiran persediaan. sogokan wang sogok. penyogok orang yg memberikan sogokan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
wang sogokwang yg diterima kerana membenarkan berlakunya se­suatu yg salah di sisi undang-undang; wang suap; wang rasuah; makan ~ menerima wang sogok; makan suap.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sogok, = wang ~, = sogokanwang yg diterima kerana membenarkan berlakunya sesuatu yg salah di sisi undang-undang; wang suap; wang rasuah; makan ~ menerima wang sogok; makan suap.Kamus Pelajar
menyuapimemberi wang suap kpd, memberi rasuah, menyogok: mana­-mana yg boleh diugut telah diugut, dan mana-mana yg boleh disuap telah juga disuap;Kamus Dewan Edisi Keempat
wang suapwang sogok, rasuah;Kamus Dewan Edisi Keempat
kena emasmenerima rasuah (wang suap);Kamus Dewan Edisi Keempat
suapan 2 wang suap.Kamus Pelajar
suapan1 apa-apa yg disuapkan. 2 wang suap.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tutup muluta. tidak berkata-kata; membisu. b. wang suap supaya rahsia tidak dibocorkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
123456

Kembali ke atas