kawula | Jw 1. ark hamba, abdi, rakyat; 2. saya, patik; 3. Id rakyat sesuatu negara, warganegara; kaula. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mewarganegarakan | menjadikan warganegara; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
naturalisasi | (Udg) pemberian hak warganegara kpd seseorang yg bukan warganegara asal sesebuah negara setelah orang itu memenuhi syarat permastautinan dan syarat lain; menaturalisasikan memberikan hak sbg warganegara kpd orang asing setelah orang itu memenuhi syarat permastautinan dan syarat lain, mewarganegarakan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mahaputera | Id gelaran yg diberi kpd warganegara yg sangat besar jasanya terhadap negara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
warganegara | rakyat sesebuah negara (yg terdiri drpd penduduk asli tempatan ataupun orang asing yg telah diterima menjadi rakyat mengikut undang-undang): ~ Malaysia; mewarganegarakan menjadikan warganegara; kewarganegaraan perihal warganegara, kerakyatan sesebuah negara: tidak seorang pun boleh dilucuti ~nya secara sewenangwenang; pewarganegaraan perihal mewarganegarakan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mutu IV | 1. ukuran kemurnian emas (1 mutu = 2.4 karat); emas sepuluh ~ emas murni; 2.taraf (kebaikan, kecerdasan, kepandaian, dll),kualiti, nilaian (utk sesuatu): di samping projek meninggikan ekonomi negara, harusada rancangan utk meninggikan ~ warga-negara; bermutu tinggi mutunya, bernilai tinggi: akankucipta sebuah lukisan yg benar-benar ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
antarabangsa | 1. antara atau di kalangan negara-negara, melibatkan dua atau lebih negara: meng-galakkan persefahaman ~; perhubungan ~; perdagangan ~; 2. bkn atau berkaitan dgn dua atau lebih negara atau warganegaranya: maha-siswa kita cenderung terhadap perkara-perkara ~; 3. ditubuhkan oleh dan dikawal atau digubal utk beberapa negara: mahkamah ~; undang-undang ~; 4. dimiliki atau dikaitkan dgn pertubuhan dsb yg mempunyai ahli-ahli dlm dua atau lebih negara: pertubuhan ~; pergerakan ~; 5. boleh digunakan oleh semua negara: perairan ~; 6. diterima oleh beberapa negara besar sbg tinggi tarafnya: hotel ber-taraf ~; mengantarabangsakan menjadikan sesuatu (hak, isu, dsb) bersifat antarabangsa: ada pihak-pihak tertentu yg cuba ~ pergolakan politik negara itu; keantarabangsaan keadaan sesuatu yg bersifat antarabangsa: sikap ~ pucuk pimpinan Malaysia telah menarik minat seluruh dunia; pengantarabangsaan perbuatan (proses) mengantarabangsakan: wujudnya peluang ekonomi yg semakin banyak akibat pembangunan dan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
warga | 1. ahli (suatu keluarga, syarikat, dll), anggota; ~ dalam kerabat raja yg tinggal dlm istana; ~ dunia orang yg bukan rakyat sesuatu negara; ~ emas bh orang yg sudah tua; ~ jagat ark warga dunia; ~ kota penduduk kota; ~ tua warga emas: Hari W~ Tua Sedunia disambut pd 1 Oktober; 2. ark tingkatan masyarakat dlm agama Hindu, kasta; kewargaan keanggotaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
diaspora | 1. penyebaran ke merata-rata tempat, spt orang yg pd asalnya tergolong dlm budaya yg sama, warga sebuah negara yg sama dsb: pengkajian tentang ~ Cina di wilayah lain di Indonesia jauh kurang mendapat perhatian; 2. kelompok manusia yg pd asalnya tergolong dlm budaya yg sama yg telah tersebar di merata-rata tempat lain: penentang ini mewujudkan ~ di kalangan bangsa, puak atau keturunan mereka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
warga dunia | orang yg bukan rakyat sesuatu negara; | Kamus Dewan Edisi Keempat |