waris | 1 orang yg berhak menerima pusaka orang yg telah meninggal. 2 penjaga atau wali (kanak-kanak). ~ kuat (karib) waris yg hampir sekali (spt anak, cucu). ~ negeri waris yg bakal mengganti sultan. ~ sah orang yg berhak menjadi waris menurut hukum adat (agama dll). mewarisi 1 menerima harta pusaka; memusakai: Ia ~ dua ekar tanah sawah ibunya. 2 ki menerima apa-apa yg ditinggalkan oleh orang yg terdahulu: Malaysia masih ~ sistem pentadbiran Inggeris. mewariskan 1 meninggalkan harta pusaka kpd. 2 menjadikan seseorang sbg waris. warisan 1 harta peninggalan; harta pusaka. 2 sesuatu yg diwarisi. pewarisan perbuatan, hal dsb mewarisi atau mewariskan. pewaris orang yg mewarisi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
waris I | Ar 1. orang atau pihak yg berhak menerima pusaka orang yg telah meninggal: apabila seseorang mati meninggalkan harta, maka harta itu mestilah diturunkan kpd ~nya; ahli ~ orang yg menjadi waris; 2. penjaga atau wali (kanak-kanak): apakah hukumnya jika penjaga atau ~ kanak-kanak yg berumur tujuh hingga sepuluh tahun mengabaikan ajaran sembahyang kpd kanakkanak tersebut? 3. = warisan harta pusaka, harta peninggalan: anak cucu akan menerima ~ ayah bondanya; ~ ahli waris yg sebenarnya (anak dll); ~ kuat (yg karib) waris yg hampir sekali (anak, cucu, dll); ~ negeri sl waris yg bakal menggantikan sultan; ~ sah orang yg berhak menjadi waris menurut hukum (adat, agama, dll); berwaris meninggalkan waris, ada warisnya: bagi orang mati yg tidak ~, urusan harta peninggalannya terserah kpd pemerintah; mewarisi 1. menerima harta pusaka drpd, mempusakai: dia telah ~ tanah getah ibunya; 2. menurut dan membawa perangai (rupa, sifat, dll) orang tua dll, mengikut jejak orang dll yg sebelumnya (dlm pekerjaan dll): Martinah ~ muka ibunya; Semaun ~ sifatsifat Pak Kasa; ayah seorang lelaki yg ~ zamannya; 3. ki menerima apa yg ditinggalkan: pegawai-pegawai tinggi Melayu yg sudah memang biasa di kelab itu sejak zaman lampau, berasa diri mereka ~ sisasisa nikmat menjadi tuan yg ditinggalkan oleh pegawai kolonial; mewariskan 1. meninggalkan harta pusaka kpd, memberikan pusaka atau peninggalan kpd: aku akan ~ hasil-hasil seni ini kpd rakyatku; 2. menjadikan seseorang sbg waris; 3. ark mewarisi; warisan 1. harta peninggalan, harta pusaka: Mimi pergi ke Bandung utk suatu urusan ~; 2. sesuatu yg diwarisi, sesuatu yg turuntemurun, peninggalan: kata jongos merupakan kata ~ kolonial; kewarisan mendapat warisan; perwarisan hal yg berkaitan dgn berwaris: undang-undang ~; hak ~; pewarisan perihal mewarisi (mewariskan): penyelidikan tentang asal-usul dan ~ segala gagasan bahasa merupakan bidang sejarah linguistik; pewaris orang (pihak) yg mewarisi, waris: kita adalah ~ kebudayaan yg terkaya dlm dunia; ~ ilmu Yunani; beliau muncul sbg ~ jawatan Perdana Menteri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
warisan | 1 harta peninggalan; harta pusaka. 2 sesuatu yg diwarisi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
warisan | 1. harta peninggalan, harta pusaka: Mimi pergi ke Bandung utk suatu urusan ~; 2. sesuatu yg diwarisi, sesuatu yg turuntemurun, peninggalan: kata jongos merupakan kata ~ kolonial; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
warisan(inheritance) | 1. Pesanan dalam pengaturcaraan tertuju objek yang dihulur ke objek pada aras atas sehingga objek yang dikehendaki memerangkap pesanan tersebut. 2. Sifat objek atau konsep yang lebih tinggi yang diwarisi oleh objek atau konsep rendah di bawah satu struktur berhierarki. | Kamus Komputer |
warisan | 1 harta peninggalan; harta pusaka. | Kamus Pelajar |
peninggalan | 1. sesuatu yg ditinggalkan, pusaka, warisan: ~nya, sebuah buku, sekarang ini terletak di hadapan saya di atas meja; 2. = sepeninggalan seberangkatan, sepemergian, sesudah matinya: sepeninggalannya, agama Islam telah tersebar di Samudra; 3. sesuatu sisa atau bekas dr zaman dahulu (purbakala): saya lihat ada sebuah kota batu besar ~ kerajaan Hindu atau Islam agaknya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membanggakan | 1. memegahkan: apakah yg hendak dibanggakan dgn gelaran warisan yg diterimanya itu? 2. menimbulkan rasa bangga, menimbulkan rasa besar hati: keputusan yg dicapai sungguh ~ kita semua; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pusaka | 1. segala harta benda yg ditinggalkan oleh orang yg telah meninggal (utk diwarisi oleh keluarganya dll), warisan: ayahnya baru meninggal dunia dgn meninggalkannya ~ yg agak banyak juga; 2. sesuatu yg diwarisi turun-temurun; adat ~ adat yg turun-temurun; keris (tanah) ~ keris (tanah) yg diwarisi turun-temurun; 3. = harta ~ Mn harta turun-temurun drpd nenek moyang yg boleh digunakan oleh kaum keluarga sahaja dan tidak boleh dijual dll; ~ rendah pusaka yg diperoleh drpd orang perseorangan (barang-barang pemberian dll); ~ tinggi harta pusaka yg dimiliki oleh kaum (tanah dll); berpusaka beroleh (memiliki) pusaka; memusakai menerima (mewarisi) pusaka drpd: kepercayaan-kepercayaan ini telah dipusakai oleh orang Melayu drpd nenek moyang mereka; waris-warisnya ~ hartanya; memusakakan meninggalkan (memberi) pusaka kpd: dlm wasiatnya segala hartanya dipusakakan kpd isteri dan anaknya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bea | (béa) 1. wang yg dibayar oleh pemilik kapal dll; ~ pelabuhan wang yg dibayar oleh pemilik kapal utk kegunaan pelabuhan; 2. Id cukai yg dikenakan ke atas barang yg dieksport; ~ meterai Id cukai yg merupakan setem; ~ warisan cukai ke atas harta benda yg diwarisi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |