Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
waris (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
1. Bersinonim dengan penama: penerima harta, penerima pusaka, anggota keluarga, darah daging, adik-beradik, sanak saudara, kemanakan,

2. Bersinonim dengan penjaga: pengasuh, penyelenggara, pemelihara,

Kata Terbitan : mewarisi, mewariskan, warisan, pewaris,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kepupusanhilang lenyapnya, hapusnya sama sekali: kajian mengenai masalah ~ penyu akan dijalankan oleh kerajaan negeri; memelihara warisan budaya drpd ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
penjernihanproses (tindakan dsb) men­jernih­kan: budaya warisan kita memerlukan ~ utk mengikis saki-baki tahyul dan khurafat; sistem ~ air asas diperkenalkan meng­guna­kan tiga penakung yg diisi besi, pasir dan arang utk membuang bahan arsenik.Kamus Dewan Edisi Keempat
menelan1. memasukkan (makanan dll) ke dlm perut melalui kerongkong: makanan itu pun dikunyahnya, kemudian barulah di­telannya; 2. memakan mangsa dll, melulur: ular itu kononnya sangat besar dan boleh ~ seekor kerbau; 3. ki memakai banyak-banyak (perbelanjaan dll), banyak memakan atau menggunakan: utk mengundang manusia seramai itu pun sudah ~ belanja yg besar juga; 4. ki mengambil sesuatu secara gelap atau haram (makan suap dll): sebahagian wang ini ditipu dan ditelan oleh pegawai-pegawai yg bertanggungjawab dlm lapang­an sosial; 5. ki menerima sesuatu yg tidak menye­nangkan (spt kekalahan dll): walau bagaimanapun orang Melayu terpaksa ~ kecaman yg sebegitu pedas; 6. menguasai (negeri dll), menakluki: dia memberitahu kerajaan bahawa orang asing itu akhirnya akan ~ Jepun; 7. ki menguasai, menghapus­kan, melenyapkan: sesungguhnya itu satu lagi warisan budaya yg patut sama-sama di­pe­li­hara agar tidak pupus begitu sahaja ditelan zamanKamus Dewan Edisi Keempat
telan~ batu prb menyembunyikan rahsia; menelan 1. memasukkan (makanan dll) ke dlm perut melalui kerongkong: makanan itu pun dikunyahnya, kemudian barulah di­telannya; 2. memakan mangsa dll, melulur: ular itu kononnya sangat besar dan boleh ~ seekor kerbau; 3. ki memakai banyak-banyak (perbelanjaan dll), banyak memakan atau menggunakan: utk mengundang manusia seramai itu pun sudah ~ belanja yg besar juga; 4. ki mengambil sesuatu secara gelap atau haram (makan suap dll): sebahagian wang ini ditipu dan ditelan oleh pegawai-pegawai yg bertanggungjawab dlm lapang­an sosial; 5. ki menerima sesuatu yg tidak menye­nangkan (spt kekalahan dll): walau bagaimanapun orang Melayu terpaksa ~ kecaman yg sebegitu pedas; 6. menguasai (negeri dll), menakluki: dia memberitahu kerajaan bahawa orang asing itu akhirnya akan ~ Jepun; 7. ki menguasai, menghapus­kan, melenyapkan: sesungguhnya itu satu lagi warisan budaya yg patut sama-sama di­pe­li­hara agar tidak pupus begitu sahaja ditelan zaman; hendak ditelan termengkelan, hendak dilu­dah tiada keluar prb berhadapan dgn sesuatu masalah yg sangat sulit, berada dlm keadaan yg serba salah; tertelan 1. sudah ditelan, dgn tidak sengaja ditelan; 2. dapat ditelan: ubat itu tidak ~ olehnya kerana sangat pahit; penelanan perbuatan (proses dsb) menelan.Kamus Dewan Edisi Keempat
pupus Ihabis semua sekali, hilang lenyap, binasa semuanya, punah: bekerja di arkib dan mengutip bahan-bahan yg kian ~; sbg seorang yg berjiwa seni tidaklah ~ atau mati seninya dgn kerana hidupnya yg sengsara itu; ia sudah ~ ia tidak mempunyai kaum keluarga lagi; harta bendanya telah ~ harta bendanya habis semuanya; memupuskan membinasakan, memunah­kan, menghapuskan, menghilangkan sama sekali: adakah kasih sayang kita yg lama bercambah itu akan kita pupuskan?; apakah ertinya hidup ini bagiku kalau engkau pun telah ~ namaku dr hatimu?; ~ malu menghilangkan malu; terpupus sudah terhapus (hilang, lenyap, dll): perbuatanmu yg derhaka itu merupakan suatu aib yg tidak akan ~ lagi; kepupusan hilang lenyapnya, hapusnya sama sekali: kajian mengenai masalah ~ penyu akan dijalankan oleh kerajaan negeri; memelihara warisan budaya drpd ~; pemupusan perihal (perbuatan dsb) memu­puskan, pemusnahan, penghapusan: kadar pemulihan hutan yg tidak seimbang dgn kadar ~; pemupus orang yg memupuskan; ~ orang orang yg menolong menghilangkan malu (orang lain), penyelamat.Kamus Dewan Edisi Keempat
jernih1. boleh dilihat menerusinya (bkn air atau kaca), hening, bening, tidak keruh (bkn air): air yg ~; 2. manis dan berseri (bkn air muka), tidak muram: muka yg ~; 3. bersih drpd sebarang amalan salah, keburukan, niat jahat, dll; 4. tidak huru-hara (bkn sesuatu keadaan), aman: suasana politik yg ~; menjernihkan 1. menjadikan (menyebab­kan dll) jernih, mengheningkan, mem­beningkan: ~ air yg keruh; 2. menjadikan jernih (air muka): berita gembira itu ~ air mukanya; 3. menjadikan jernih (tidak huru-hara): ~ fikiran; ~ suasana menyebabkan suasana atau keadaan jadi tenang (tidak tegang dsb); kejernihan 1. perihal jernih, keheningan, kebeningan: ~ air sungai itu memberi satu rasa ketenangan pd jiwanya; 2. perihal jernih (air muka); 3. perihal jernih (hati dsb), ke­sucian, keikhlasan, kejujuran: ~ fikiran dan kedamaian hati; 4. perihal jernih (keadaan, suasana): orang itu mengancam ~ suasana rumah tangganya; penjernihan proses (tindakan dsb) men­jernih­kan: budaya warisan kita memerlukan ~ utk mengikis saki-baki tahyul dan khurafat; sistem ~ air asas diperkenalkan meng­guna­kan tiga penakung yg diisi besi, pasir dan arang utk membuang bahan arsenik.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas