Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata warna-warna 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
aneka warna(anéka warna) 1. berbagai-bagai warna; 2. aneka ragam; beraneka warna berbagai-bagai warna; menganekawarnakan menjadikan sesuatu beraneka warna; keanekawarnaan keadaan beraneka warna: upacara majlis itu mencerminkan ~ per­hiasan.Kamus Dewan Edisi Keempat
pastel(S.Lukis) 1. = warna ~ warna yg pucat dan lembut; 2. krayon yg diperbuat drpd bahan bak kapur yg digunakan utk melukis gambar; 3. lukisan yg dihasilkan dgn menggunakan bahan pastel: potret ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
hijauwarna spt warna daun. ~ laut warna hijau spt warna air laut. ~ muda warna hijau yg keputih-putihan. ~ pucuk pisang warna hijau spt warna pucuk pisang. ~ tua warna hijau yg agak gelap. menghijau 1 nampak berwarna hijau: Di seberang jalan raya itu kelihatan padang bola ~ rata. 2 menjadi berwarna hijau: Pokok padi ~ di sawah. menghijaukan menjadikan berwarna hijau; mewarnai lukisan dsb dgn warna hijau. kehijauan 1 = kehijau-hijauan seakan-akan warna hijau; agak hijau warnanya. 2 keadaan atau sifat hijau: ~ sawah padi menenangkan fikirannya. penghijauan perihal atau perbuatan menghijaukan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
hijau1. warna spt warna daun atau rumput (banyak peringkatnya); ~ bemban (warna) hijau yg pekat atau yg gelap spt bemban; ~ daun a) (warna) hijau spt daun; b) sj pigmen yg terdapat pd daun-daun yg hijau; ~ kepala itik Kl (warna) hijau kebiru-biruan; ~ laut hijau spt air laut; ~ muda = ~ pucuk pisang (warna) hijau yg keputih-putihan; ~ serindit (warna) hijau yg lebih muda drpd (warna) hijau pucuk pisang; ~ tua (warna) hijau yg kehitam-hitam­an; 2. ki masih mentah (dlm berbagai-bagai erti), kurang pengalaman: anak-anak itu masih ~, masih belum mengerti erti hidup; naik kuda ~ ki mabuk; menghijau 1. menjadi hijau (warnanya): padi sedang ~; 2. nampak hijau (warnanya): di seberang jalan raya itu kelihatan padang bola Kolej Melayu ~ rata; menghijaukan menjadikan berwarna hijau, mewarnakan dgn warna hijau; kehijauan keadaan hijau: beberapa kawa­san yg dulunya megah dgn ~nya, kini telah berubah menjadi kawasan industri; kehijau-hijauan agak hijau warnanya: gas itu berwarna kuning ~ dan berbau sengit.Kamus Dewan Edisi Keempat
menggarangkan1. menjadikan garang, memberanikan, mengganaskan, menggalakkan; 2. menjadikan (kelihatan) terang dan bercahaya, menjadikan (warna) sangat cerah: warna-warna tersebut saling bersatu hingga dapat melembutkan atau ~ warna-warna yg bersebelahan;Kamus Dewan Edisi Keempat
warna-warni1. berbagai-bagai warna(nya) (spt biru berserta merah dan warna-warna lain): bangunan yg dihiasi bendera ~; 2. berbagai-bagai ragam atau corak, aneka ragam: ~ dlm puisi Malaysia mutakhir;Kamus Dewan Edisi Keempat
hijauwarna spt warna daun. ~ laut warna hijau spt warna air laut. ~ muda warna hijau yg keputih-putihan. ~ pucuk pisang warna hijau spt warna pucuk pisang. ~ tua warna hijau yg agak gelap. menghijau 1. nampak berwarna hijau: Di seberang jalan raya itu kelihatan padang bola ~ rata. 2. menjadi berwarna hijau: Pokok padi ~ di sawah. menghijaukan menjadikan berwarna hijau; mewarnai lukisan dsb dgn warna hijau. kehijauan keadaan hijau. Kehijauan-hijauan seakan-akan warna hijau; agak hijau warnanya.Kamus Pelajar
putih1 warna yg paling cerah spt warna kapas. 2 ki bersih; suci. ~ bersih putih sekali dan bersih. ~ hati baik hati; jujur. ~ kuning kuning muda spt warna gading (bkn warna kulit yg cantik). ~ mata a. tidak mendapat apa-apa yg diingini; terlepas peluang. b. mendapat malu. ~ melepak putih benar; putih sekali (bkn warna kulit dll). ~ pucat warna putih yg tidak menarik. ~ telur bahagian isi telur yg berwarna putih; albumin. ~ tulang meninggal dunia; mati. memutih menjadi putih: Rambutnya sudah mula ~. memutihi menjadikan berwarna putih: Ubannya yg kian banyak ~ kepalanya. memutihkan membuat supaya jadi putih; memberi berwarna putih: ~ tembok dgn kapur. keputihan 1 keadaan atau hal putih. 2 penyakit orang perempuan (selalu keluar lendir putih dr kemaluan, yg menyebabkan berasa gatal). keputih-putihan kelihatan putih; agak putih warnanya. pemutihan proses atau perbuatan menjadikan berwarna putih. pemutih bahan, krim dsb yg memutihkan: krim ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pirau I1. warna spt warna abu, kelabu; 2. Mn tidak terang (pelihatan), kabur.Kamus Dewan Edisi Keempat
senam II1. warna biru tua atau biru kehitam-hitaman: airnya keruh bagai air kerak, warna-nya ~ alamat dalam; 2. ark biru pucat; 3. warna asal (pd barang-barang yg disadur); hilang sepuh nampak ~ prb sesudah terbuka rahsia, diketahui kejahatan (kekurangannya).Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas