Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wau] | واو

Definisi : layang-layang yg dibuat drpd kertas dan buluh: ~ bulan; ~ kapal; ~ kemetek; bagai ~ putus teraju prb putus harapan dan berserah kpd nasib; laksana ~ melawan angin prb membuat pekerjaan yg tidak mungkin terkerjakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wau] | واو

Definisi : 1. huruf ke-26 abjad Arab (mempunyai nilai enam); 2. huruf ke-30 abjad Jawi; tahun ~ tahun yg ketujuh dlm satu windu: pd tahun Hijrah seribu seratus sebelas, tahun ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wau] | واو

Definisi : sr utk melahirkan rasa kagum, terkejut, atau seronok: ~, besarnya ikan ini! (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wau] | واو

Definisi : mainan yg dibuat drpd kertas dan buluh dan dpt diterbangkan ke udara dgn menggunakan tali; layang-layang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata wau

Puisi
 

Dari Acheh belayar ke Kedah,
     Beli kurau dengan senangin;
Orang berkasih bukan mudah,
     Umpama wau mencari angin.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bagai wau putus teraju.

Bermaksud :

Tinggal berserah kepada nasib saja, daya upaya sudah tiada lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Laksana layang-layang putus teraju, b. Layang-layang putus talinya).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
waumainan yg dibuat drpd kertas dan buluh dan dpt diterbangkan ke udara dgn menggunakan tali; layang-layang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
wau IIIsr utk melahirkan rasa kagum, terkejut, atau seronok: ~, besarnya ikan ini!Kamus Dewan Edisi Keempat
wau II1. huruf ke-26 abjad Arab (mempunyai nilai enam); 2. huruf ke-30 abjad Jawi; tahun ~ tahun yg ketujuh dlm satu windu: pd tahun Hijrah seribu seratus sebelas, tahun ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
wau Ilayang-layang yg dibuat drpd kertas dan buluh: ~ bulan; ~ kapal; ~ kemetek; bagai ~ putus teraju prb putus harapan dan berserah kpd nasib; laksana ~ melawan angin prb membuat pekerjaan yg tidak mungkin terkerjakan.Kamus Dewan Edisi Keempat
waumainan yg dibuat drpd kertas dan buluh dan dpt diterbangkan ke udara dgn menggunakan tali; layang-layang.Kamus Pelajar
tahun wautahun yg ketujuh dlm satu windu: pd tahun Hijrah seribu seratus sebelas, tahun ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
mengganjurmenarik, merenggut (tali wau dll), menarik diri, mengundurkan: dia akan menyuruh Rohani ~ langkah surut.Kamus Dewan Edisi Keempat
huruf madAr huruf-huruf (alif, wau, dan ya) sbg tanda bacaan yg panjang;Kamus Dewan Edisi Keempat
awa IITr musim: sekarang ini ~ orang ber­main wau bulan.Kamus Dewan Edisi Keempat
berlambangkanmempunyai atau meng­gunakan sesuatu sbg lambang, bersimbolkan: Sistem Penerbangan Malaysia ~ wau bulan;Kamus Dewan Edisi Keempat
123

Kembali ke atas