Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
wayang (kata nama)
1. Bersinonim dengan pertunjukan: persembahan, filem, tayangan, pementasan, permainan, setambul, tonil, rakat, hidangan,

2. Bersinonim dengan patung: kudu, arca, boneka, anak-anakan, ungti, orang-orangan, gambar golek,

Kata Terbitan : mewayangkan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
memberhenti­kan1 menjadikan atau menyebabkan berhenti: Dia ~ motokarnya di hadapan panggung wayang. 1 menamatkan (menyudahkan) peperangan dll: Beliau tidak dpt berbuat apa-apa utk ~ pergaduhan itu. 2 melepaskan dr jawatan dll; memecat: Guru itu sudah diberhentikan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
wayang1. patung dll yg dibuat drpd kulit dll utk mempertunjukkan sesuatu cerita: kita adalah ~ di tangan dalang; 2. pertunjukan pentas (sandiwara, bangsawan, dll); anak ~ orang yg berlakon dlm pertunjukan pentas (sbg profesion); 3. = ~ gambar = ~ gelap pertunjukan gambar hidup yg berupa cerita dsb (yg ditayangkan pd layar putih): budakbudak di situ dapat menonton ~ gambar di sebuah panggung tempatan; panggung ~ tempat wayang gambar diper­tunjukkan (ditayangkan); ~ bangsawan sj pertunjukan pentas (sandiwara dan nyanyi­nyanyian); ~ Cina = ~ potehi sj permainan pentas orang Cina; ~ golek = ~ kelitik = ~ kerucil = ~ patung = ~ tongkol wayang yg dibuat drpd kayu (berupa anak-anakan dll); ~ kulit = ~ purwa wayang drpd patung-patung yg diperbuat drpd kulit; ~ orang sj sandiwara Jawa dgn tarian yg diiringi oleh gamelan (melakonkan cerita-cerita yg berasal drpd kitab Mahabharata); ~ suluh Id wayang kulit yg dimainkan dlm bahasa Indonesia; mewayangkan memainkan wayang, menjadi­kan lakonan wayang, melakonkan, mendalang­kan.Kamus Dewan Edisi Keempat
wayang1 gambar atau patung yg dibuat drpd kulit, kayu dll utk mempertunjukkan sesuatu cerita. 2 = ~ gambar (gelap) pertunjukan gambar hidup: Saya suka menonton ~ cerita perang. panggung ~ panggung tempat wayang gambar dipertunjukkan. 3 pertunjukan pentas, spt bangsawan, sandiwara: anak ~ orang yg berlakon dlm sesuatu pertunjukan pentas. ~ golek (patung) wayang yg dibuat drpd kayu (berupa anak-anakan dll). ~ kulit (purwa) wayang drpd patung-patung yg dibuat drpd kulit. ~ orang sandiwara Jawa yg melakonkan cerita-cerita yg berasal dr kitab Mahabharata.Kamus Pelajar Edisi Kedua
filem1. benda tipis drpd seluloid yg dimasukkan ke dlm kamera utk membuat gambar (negatif); 2. gambar bergerak yg ditayangkan pd layar, biasanya di pawagam, wayang gambar: mereka selalu berbicara tentang cerita ~;~ bicara wayang bersuara (wayang gambar yg pelakon-pelakonnya berkata-kata); ~ berwarna wayang gambar dlm warna-warni; ~ bisu wayang gambar yg pelakon-pelakonnya tidak berkata-kata tetapi hanya beraksi; ~ dokumentari filem yg memaparkan kisah sebenar tentang sesuatu perkara (peristiwa, aktiviti dsb) tertentu; ~ lucah filem yg banyak menayangkan adegan seks; memfilemkan menjadikan filem, membuat cerita dlm bentuk filem: syarikat perfileman itu akan ~ kisah hidup P. Ramlee; perfileman (segala hal) mengenai filem (wayang gambar): perusahaan ~ itu dibiayai oleh orang Jepun; masalah ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
kelir I1. tirai wayang kulit, tirai (layar putih) utk tayangan wayang gambar; 2. ki sesuatu (helah, muslihat, dll) utk menyembunyikan tujuan yg sebenar; bermain di belakang ~ prb memimpin dgn diam-diam (secara sulit).Kamus Dewan Edisi Keempat
henti; berhenti 1 tidak bergerak atau tidak berjalan lagi (bkn enjin kereta dll); tidak meneruskan lagi: Bas itu ~ di hadapan rumahnya. Anaknya yg tua sudah ~ sekolah. 2 berakhir; habis; tamat: Hujan sudah ~, kita boleh pulang sekarang. 3 meletakkan jawatan atau pekerjaan; tidak menjadi ahli kesatuan dll: Dia ~ kerana dia hendak melanjutkan pelajarannya di luar negara. berhenti-henti tidak terus-menerus; terputus-putus: Hujan telah turun tidak ~ selama empat hari empat malam. menghentikan menjadikan berhenti; memberhentikan: ~ segala perbuatan jahat dan keji. memberhenti­kan 1 menjadikan atau menyebabkan berhenti: Dia ~ motokarnya di hadapan panggung wayang. 1 menamatkan (menyudahkan) peperangan dll: Beliau tidak dpt berbuat apa-apa utk ~ pergaduhan itu. 2 melepaskan dr jawatan dll; memecat: Guru itu sudah diberhentikan. terhenti tidak berjalan atau tidak bergerak lagi; tertahan; tersekat: Perbualan mereka ~ apabila guru masuk ke bilik darjah. hentian tempat (kenderaan dsb) berhenti. ~ sebelah tempat kenderaan dibenarkan berhenti di tepi jalan raya atau di tepi lebuh raya. perhentian 1 tempat (bas, teksi dll) berhenti: Dia pergi ke ~ bas utk menghantar bapanya pulang ke kampung. 2 hal berhenti. penghentian perbuatan atau hal menghentikan. pemberhenti­an perbuatan atau hal memberhentikan. sehenti; pusat (kedai dsb) ~ pusat, kedai dsb yg menyediakan pelbagai perkhid­matan atau barangan yg diperlukan pelanggan di satu tempat: Pelbagai barangan dpt dibeli di pusat ~ itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
dalang1. tukang cerita (dlm wayang kulit), orang yg memainkan wayang kulit (dgn meng­gerak-gerakkan patung yg menjadi watak cerita sambil bercerita): ~ itu pun berwayang­lah lakon Pendawa Jaya; 2. ki orang yg memimpin (mengatur langkah dsb) sesuatu gerakan secara sulit atau dgn sembunyi-sembunyi: siapakah ~nya di belakang ge­rakan ini?; ~ politik orang yg merancang, mengatur, memimpin dsb sesuatu kegiatan politik secara sulit atau sembunyi: terlalu banyak ~ politik yg bermain di sebalik tabir politik parti; mendalang memainkan wayang kulit: pd perayaan hari kemerdekaan, negeri Kelantan telah mengirimkan beberapa orang utk ~; mendalangi memimpin (mengatur langkah dsb) sesuatu gerakan secara sulit atau dgn sembunyi-sembunyi: orang yg ~ pemberon­takan itu sedang dicari-cari; mendalangkan 1. bermain (memper­tunjuk­kan) wayang kulit; 2. = mendalangi; pendalangan perihal mendalang (cerita atau pengetahuan dalang).Kamus Dewan Edisi Keempat
pertunjukan1 sesuatu spt wayang, sandiwara yg dipertunjukkan atau yg dipertontonkan: ~ wayang itu habis pd pukul 10.00 malam. 2 benda-benda yg diperlihatkan. 3 pameran: ~ buku diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pertunjukan1 sesuatu spt wayang, sandiwara dll yg dipertunjukkan atau yg dipertontonkan: ~ wayang itu habis pd pukul 10.00 malam.Kamus Pelajar
tunjuk; ~ ajar1 sesuatu spt wayang, sandiwara dll yg dipertunjukkan atau yg dipertontonkan: ~ wayang itu habis pd pukul 10.00 malam.Kamus Pelajar
12345678910

Kembali ke atas