Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.zir] | وازير

Definisi : sl menteri, perdana menteri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.zir] | وازير

Definisi : menteri; perdana menteri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wazir (kata nama,)
Bahasa Asal :sastera lama
Bersinonim dengan menteri, perdana menteri, mangkubumi, bendahara, patih.,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
wazirmenteri; perdana menteri.Kamus Pelajar Edisi Kedua
wazirsl menteri, perdana menteri.Kamus Dewan Edisi Keempat
wazirmenteri; perdana menteri.Kamus Pelajar
peri I1. hal, keadaan, sifat: diwartakannya kpd wazir-wazirnya ~ kebesaran negeri Melaka; terdengarlah ke Singapura ~ baik paras puteri itu; ~ kebinatangan sifat-sifat yg terdapat pd binatang; ~ kehidupan keada­an kehidupan; ~ kesopanan sifat sopan; 2. cara (mengerjakan sesuatu dll), laku: akibat perbuatan suaminya itu jugalah ia terlantar demikian ~; betapa ~(nya) bagaimana cara­nya (halnya); ~ yg layak bagi manusia per­buatan yg layak bagi manusia; 3. bagaimana, betapa: kita hendaklah sentiasa sedar ~ mustahaknya perpaduan dan taat setia rakyat pd negara; 4. sl hal (yg berlaku), kejadian, peristiwa: pd bicara patik, baik juga Duli Yang Dipertuan menyuruh membantu Pahang, dr kerana barang suatu ~ Pahang itu tidaklah Duli Yang Dipertuan rugi.Kamus Dewan Edisi Keempat
patih IIJw 1. perdana menteri, bendahara, mangkubumi, wazir; 2. timbalan bupati (ke­pala daerah); 3. sl panggilan (sebutan) orang besar, tuan; kepatihan tempat tinggal patih, kediaman patih.Kamus Dewan Edisi Keempat
bendahara1. sl orang yg memegang harta benda kerajaan; 2. perdana menteri, wazir; 3. menteri dlm permainan catur; perbendaharaan 1. khazanah (tempat simpanan harta benda negara): pejabat ~; 2. kekayaan (harta benda, barang-barang, dll): jika laksamana itu hidup, seumpama kita mendapat ~ di muka bumi; Imam Hanafi, Maliki, Shafii telah meninggalkan ~ hukum atau undang-undang yg amat banyak kpd kita; ~ kata-kata Melayu keseluruhan kata-kata Melayu.Kamus Dewan Edisi Keempat
tadbirurusan mengelola atau menjalankan sesuatu pejabat (kerajaan dll), tugas mengurus­kan sesuatu, pemerintahan: Tuan Kadi itu menjalankan ~nya; mangkubumi wazir yg em-punya ~ di dlm negeri Johor Darul Takzim; ~ urus korporat (Tadb) cara (tindakan atau sistem) mentadbir, mengurus, mengawal selia dsb dasar, fungsi, perjalanan dsb sesebuah organisasi (syarikat dsb) yg dipertanggung­jawabkan kpd Lembaga Pengarah;mentadbirkan mengurus dan menjalankan (pejabat dll), mengelolakan, memerintah: mereka ini haruslah mempunyai pengetahu­an asas utk mengelola dan ~ perpustakaan; baik buruknya pemerintahan sesebuah ne­geri bergantung pd keadaan pegawai-pega­wai yg ~ kerajaan negeri itu; tadbiran (sesuatu) yg ditadbirkan: bumi ~ manusia; pentadbiran perbuatan mentadbirkan, pe­­­ngelo­laan, pengurusan, pemerintahan: dgn adanya pegawai itu, ~ negara tetap berjalan dgn tidak putus-putus; pentadbir orang yg mentadbirkan, penge­lola, pengurus, pemerintah.Kamus Dewan Edisi Keempat
menyelang1. mencelah dgn sesuatu (dlm membuat pekerjaan dll), mencelah (menyela, menyampuk) percakapan orang: di muka pintu, gugup kedengaran diketuk orang dan diselang dgn bunyi suara orang memanggil; ~ perkataan wazir menteri itu dgn perkataan yg lemah lembut; 2. menghalang (menegah, menyela) perbuatan orang;Kamus Dewan Edisi Keempat
selang I1. lat (waktu, tempat, dll): ~ beberapa lama dr itu, permaisuri pun hamillah pula; meriam ditembak ~-~ satu minit; 2. = selangan sesuatu yg letaknya di antara benda lain: tanaman ~; ~ surup Jk salah faham; berselang 1. berantara (waktu), ada antara­nya: tiap-tiap hari dia menghantar susu kpd ibu dan bapanya dgn tidak pernah ~; 2. ada selangnya (antaranya): temilang dua ~; sudut yg ~; berselang-selang 1. saling berganti, ber­ganti-ganti, lepas satu yg lain pula: di luar, hujan mencurah-curah, deruannya ~ dgn bunyi desiran daun-daun kayu yg bergeser; 2. tidak terus-menerus, ada jarak atau antaranya, berlat: maka adalah pekerjaanku itu ~ hari, pd sehari pergi menyalinkan kpd bahasa Melayu dan sehari pergi menga­rangkan dia dlm tempat cap; berselangan menggunakan sesuatu sbg selang: kemahiran orang Mesir menyusun tulang-tulang kecil yg ~ dgn pasak kayu utk mengukuhkannya; menyelang 1. mencelah dgn sesuatu (dlm membuat pekerjaan dll), mencelah (menyela, menyampuk) percakapan orang: di muka pintu, gugup kedengaran diketuk orang dan diselang dgn bunyi suara orang memanggil; ~ perkataan wazir menteri itu dgn perkataan yg lemah lembut; 2. menghalang (menegah, menyela) perbuatan orang; menyelangi mencelah dgn sesuatu: bunyi guruh sayup-sayup dgn diselangi angin menderu; kawasan yg tidak ramai pendu­duknya ini kadang-kadang diselangi oleh kampung-kampung nelayan; selangan 1. sesuatu yg letaknya di antara benda lain; 2. lat atau jarak (bkn waktu): bunyi itu terdengar dgn ~ masa yg sama; berselangan ada selangnya, tidak terus-menerus: sekalian hulubalang memegang tombak benderang hingga tiada ~ lagi; perselangan 1. perihal berselang; 2. selang: apabila kita mainkan filem itu, ~ gelap di antara gambar-gambar tidak kelihatan pd layar; penyelangan perihal (perbuatan atau pro­ses) menyelang atau menyelangi; penyelang sesuatu yg menyelang (meng­antarai).Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas